Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Kek coklat kukus yang sungguh sedap ini, diambil resepinya dari dapur kak NoorMasri. Resepi kek yang sungguh lembut dan lembap ini dipunyai oleh Puan Munira Baharom dari Kongsi Resepi. Terima kasih kerana berkongsi resepi yang sungguh sedap ini. Terima kasih juga kepada kak NoorMasri kerana mengetengahkan resepi ini untuk dicuba ramai.
Selepas membaca entry kak NoorMasri tentang kek ini, yang sungguh gebu, sungguh lembut hingga susah nak handle membuatkan Naz mengambil keputusan membuatnya di dalam loyang spring foam agar mudah dikeluarkan setelah masak nanti. Memang tepat pilihan loyang Naz tu. Mudah saja mengeluarkan kek ini setelah masak dan disejukkan seketika di dalam loyang. Lebih-lebih lagi Naz lapikkan bahagian dasar loyang dengan kertas kalis minyak sebelum menuang kek ke dalam loyang.
Kek ini Naz buat untuk dibawa bersama Puding Koktail Berkuah hari tu ke jamuan ringkas di rumah sahabat ni. Jadi gambar kek yang dah dipotong tak dapat diambil. Malulah pulak..Orang sibuk makan-makan..kita sibuk-sibuk tangkap gambar. Orang lain sibuk tangkap gambar orang, Naz sibuk pula tangkap gambar makanan..heheheee..
Anakanda Husna tu suka sangat makan kek ni. Tak sabar-sabar dia minta ummi potongkan untuknya. Yang anakanda Haris pula, bila dah masuk ke dalam kereta untuk pulang baru teringat dia tak makan kek coklat ni sebab sibuk sangat dengan makanan lain tadi..heheheee.. Kena buat jugalah lagi sekali dalam waktu terdekat ni. Tapi sebab kek ni sedap, tak apa kena buat banyak kali pun.
KEK COKLAT KUKUS (MUNIRA)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Resepi Oleh : Puan Munira Baharom (kongsi resepi)
Sumber Resepi : Coretan Dari Dapur NoorMasri
Bahan-bahan A :
- 1 cawan gula pasir - Naz guna 3/4 cawan sahaja
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak - Naz guna minyak jagung
- 1 sudu kecil serbuk nescafe - Tambah sendiri
Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati
Bahan-bahan B:
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
- 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Ayak semua bahan di atas bersama.
Bahan-bahan C:
4 biji telur - dipukul hingga kembang
Cara-cara membuat:
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap. (Naz kukus 1 jam 30 minit)
SELAMAT MENCUBA!
Memang nampak moist..
ReplyDeletewahhhhhh...kek coklat yang terbaikkk..
ReplyDeletesedappnya tengok......
nampak lembut lembab jerk...
salam kak naz!~ adeh..tergode tgk kek ceklat ni.. baru berazam nak melupekan kek sementare waktu..tak tertahan akan godaan kek akak nih..sedapppppnyeeeeeeeee... mai la bg seslice..ehehe
ReplyDeleteSalam Naz...
ReplyDeleteDtg lagi kak cek ni...he he...ada kek kukus la...siap ada deco lagi...rajinnya adik kak cek sorang ni....
Kak cek lama betul tak membaking kek2 ni....
salam Naz..wah masuk je dapur Naz ni terus nampak kek..bila lah nak rajin buat kek ni..masuk list dulu ya
ReplyDeleteNaz
ReplyDeletekita pong nak try gak...dah berzaman kita ckp nak try...lepas tgk Naz buatkan...harusla pi wat jugak ni.. sedappp..
tengok jer pun dah taw sedap nih...
ReplyDeleteSedapnya!!! nk try buatlah nnti.
ReplyDelete