Friday, 8 April 2011

MEE REBUS



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Menu makan tengahari tadi. Mee rebus... Ni cara biasa Naz menyediakan mee rebus. Resepi ni belajar dari bonda Naz sendiri. Sedap kuahnya jika dibuat pekat-pekat.

MEE REBUS
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan pelengkap :

  • Mee kuning
  • 4 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
  • 10 biji bebola ikan (direbus sekejap dalam air panas dan dibelah 2)
  • Sayur sawi (dipotong-potong dan dicelur)
  • Tauge (dibasuh dan celur sekejap)
  • 4 biji telur rebus (dibelah 4 atau 2)
Bahan-bahan hiasan:
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • 4 biji cili merah (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi atau limau nipis


Bahan-bahan kuah :

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1.5 inci halia
  • 2 Tbsp udang kering (basuh dan rendam dalam air)
  • 4 Tbsp serbuk kari daging
  • 4 batang serai (dititik)
  • 1 kg ubi keledek (direbus dan dikisar halus)
  • 500 gm daging lembu (dipotong kecil)
  • 1-2 ketul kiub pati lembu
  • 3 keping asam gelugor
  • Air secukupnya (lebih kurang 2500 ml)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak jagung untuk menumis

Cara-cara memasak kuah :
  1. Toskan udang kering dari air. Kisar bersama bawang merah, bawang putih dan juga halia.
  2. Panaskan minyak jagung di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan juga serai hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk kari dan gaul sesekali selama 1-2 minit.
  3. Masukkan daging lembu yang telah dipotong kecil. Biar hingga daging bertukar warna.
  4. Masukkan air dan juga keledek yang telah dikisar. Masukkan juga asam gelugor. Biar hingga menggelegak.
  5. Masukkan kiub pati lembu, garam dan gula secukup rasa dan masak kuah hingga sedikit likat mengikut selera masing-masing.
  6. Hidangkan mee kuning bersama bahan-bahan pelengkap. Curahkan kuah ke atasnya apabila menghidang dan taburkan bahan-bahan hiasan. Perahkan asam limau sekiranya suka.


SELAMAT MENCUBA!

7 comments:

  1. wah sedapnya mee rebus nieza suka mee ni..nampak akak buat ni sungguh menyelerakan...:)

    ReplyDelete
  2. assalam naz..akk pun suka mee rebus tapi beli rencah perserai tu je hehehe

    ReplyDelete
  3. sedappnya mee rebus kak..
    nak semangkuk...

    ReplyDelete
  4. telan liur nengoknya...huhu..mi2 ni mmg fav saya... =)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    td nampak kat rembau terus follow mai sini. sedapkan mee rebus.

    ReplyDelete
  6. Naz..mmg sedap! Yummyy...thanx.

    ReplyDelete
  7. Naz..sedapnya mee rebus..tetiba rindu mee rebus Hj Wahid pulak..huhuhu

    ReplyDelete