Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Resepi kuih yang sangat mudah untuk dibuat. Tak kira..nak letak juga dalam ni. Manalah tau, esok-esok dah tua, dah mula pelupa, nak buat kuih keria pun dah tak tau dan tak ingat(tapi bab on komputer still ingat..hehehe..). Jadi boleh la rujuk resepinya...hahahahaaaaa...(Logik tak alasan ni..??)
Sebenarnya Naz kalau buat kuih keria ni tak sukat pun keledek dan juga tepung gandum tu. Main agak-agak je. Tapi memang tak letak banyak sangat tepung sebab nanti kuih ni akan keras bila digoreng. Biar keledek yang lebih baru sedap rasanya dan lembut je kuih ni. Tak ada lah kalau dibaling ke dinding, retak pula dinding tu.
Jadi sebenarnya, membuat kuih ni berdasarkan pengalaman. Sebab apa Naz kata pengalaman? Kerana keledak ni ada beberapa jenis. Setiap jenis keledek mempunyai kandungan air yang berbeza-beza jadi tahap penyerapan air pun berbeza sewaktu merebusnya. Jadi penggunaan tepung pun berbeza juga sukatannya untuk setiap jenis keledek. Jadi untuk mendapatkan doh yang sempurna kenalah cuba jaya bak kata orang "try and error" la..
Walau bagimana pun, resepi di bawah ni Naz copy & paste dari blog Mas(Duniaku). Resepi asal dari Shahmi(MyR). Naz ambil resepi ni sebab Mas pun suka kuih keria yang lembut je dan tak guna banyak sangat tepung. Mas pun baru je buat kuih ni 2 hari lepas.
KUIH KERIA
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Resepi asal dari : Shahmi(MyR)
Bahan-bahan :
- 500 gm keledek
- 1 cawan tepung gandum
- Sedikit garam
- 3 sudu besar gula dan sedikit air - untuk salut keria
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuat keria :
- Kupas keledek dan rebus ubi keledek hingga empuk dan toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
- Lenyek sampai hancur sementara ubi keledek masih panas.
- Rehatlah dulu sementara menunggu ubi keledek betul2 sejuk.
- Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
- Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
- Setelah siap digoreng, masak gula dengan air dalam kuali lain yang bersih.
- Didihkan gula hingga pekat dan kemudian masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
- Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
- Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
- Jom kita makan.
OKEY, SELAMAT MENCUBA!
akak...walaupun mas baru jerk buat keria ni...
ReplyDeleterasa nak makan lagi...
sedapnya tengok keria akak ni.....yummyy
Uish...kecurrrrr tgk kuih keria!!! My Hubby's fav kuih...haishhh sedapnyaaa! :D
ReplyDeletesedapnya kuih keria kak...lama tak mkn...malas nk buat sama...hehe
ReplyDeletep/s: nanti singgah umah ambil award yer kak..tq..:)
Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn 😂
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1