Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday, 17 April 2011

KEK KEJU MANGGA DINGIN


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Asalnya nak buat kek keju durian tapi durian lak tak beli-beli.. Kali terakhir beli pun habis semua masuk perut sebelum sempat simpan sikit untuk buat kek ke, serimuka ke atau apa-apalah resepi yang menggunakan durian. Yang banyak ada di rumah ialah buah mangga. Jadi, buat kek keju mangga dululah. Kek keju durian lepas ni pulalah kalau rajin. 


Okey, cerita tentang kek keju mangga ni, di dasar kek keju Naz letakkan kek mangga yang dibakar dalam loyang 8 inci. Oleh kerana loyang spring foam Naz juga berukuran 8 inci, jadi bila masukkan kek mangga tu, ada sedikit ruang dibahagian tepi-tepi loyang. Rupanya kek mangga yang dibakar tadi tu, mengecut sikit selepas sejuk. Oleh itu Naz letakkan 75 gm biskut chips more yang dihancurkan dan digaul dengan 1 Tbsp butter lembut di sekeliling dasar loyang spring foam tu. Kemudian, barulah dimasukkan kek mangga tadi dan ditekan lembut memenuhi dasar loyang. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba, pastikan membakar kek mangga yang di dalam loyang yang ukurannya lebih besar daripada ukuran loyang spring foam yang ingin digunakan agar kek mangga muat betul-betul cun di dasar loyang spring foam anda.


KEK KEJU MANGGA DINGIN
(CHILLED MANGO CHEESE CAKE)
Oleh : Naz's COSK

[A] Lapisan Kek Span Mangga
Bahan-bahan :

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur gred B
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 2 tsp susu tepung
  • 1 tsp ovallete
  • 1 tsp mango paste
  • 2 tsp minyak jagung
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga kembang pada kelajuan maksimum selama 7 minit atau lebih.
  2. Masukkan minyak jagung dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam loyang 9 inci yang talah digris dan dilapik dengan kertas pembakar. Bakar selama 20 minit di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C.
  4. Setelah masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai.

[B] Lapisan Kek Keju
Bahan-bahan :
  • 250 gm krim keju
  • 200 gm krim putar (whipping cream)
  • 80 gm gula kastor
  • 1/3 cawan puree mangga
  • 1 Tbsp jus lemon
  • 150 gm isi mangga (dipotong kiub)
  • 1 1/2 Tbsp serbuk gelatin halal + 4 Tbsp air mendidih (larutkan dan sejukkan)
Cara-cara :
  1. Pukul krim putar hingga kembang dan bertanduk (soft peak). Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk lain, pukul krim keju dengan gula kastor dan puree mangga hingga berkrim.
  3. Masukkan jus lemon dan isi mangga. Gaul rata dengan spatula.
  4. Masukkan 1/2 adunan krim putar dan gaul sebati. Masukkan 1/2 lagi krim putar dan gaul sebati.

[C] Lapisan Jeli Mangga (sediakan apabila tiba masa untuk menggunakannya)
Bahan-bahan :
  • 2 tsp serbuk gelatin halal
  • 200 ml air mendidih
  • 3 Tbsp gula kastor
  • 4 Tbsp puree mangga
Cara-cara :
  1. Larutkan serbuk gelatin dan gula kastor di dalam air mendidih. Masukkan puree mangga dan gaul sebati.

CARA MENYEDIAKAN KEK KEJU MANGGA DINGIN
  1. Masukkan kek span mangga [A] ke dalam loyang spring foam 7 atau 8 inci dan tekan rata.
  2. Tuang adunan untuk lapisan keju [B] ke atas lapisan kek mangga tadi dan ratakan.
  3. Sejukkan di dalam peti ais selama 3 jam.
  4. Keluarkan kek dari peti sejuk dan tuang lapisan jeli mangga [C] dan sejukkan di dalam peti sejuk semalaman.
SELAMAT MENCUBA!

11 comments:

anymz said...

naz...cantiknya kejadian kek nih..akak ambik resepi yo..akak mmg tak tahan dgn cheese mecheese nih..mmg feveret anak2..mak anak2 pun suka jugak cuma skang ni kena tahan selera sikit..takot lemak2 tu dtg bertapa balik..huhu

Nadz Nazharzan said...

To kak Anim,
Sila la kak.. Anak2 naz pun suka sgt dgn cheese2 nie.. Naz jer yg kurang sikit tp demi anak2 kubuatkan jua..
Jangan bagi lomak2 tu bertapa balik kak Nim.. Jauhi dia kak nim..

LiNa_Pg said...

naz ni mmg rajen sungguh membaking..kemas lak tu hasilnya..rasanya dah tentu tentulah sedapkan..akak ni takut sket nak menarai kalau yg ada cis bagai..takut tak jadi huhuhu

Ayu said...

Assalam Naz,
nampak sedap mango cheesecake ni..akak so far cheese cake2 ni belum pernah cuba..maklum pelanggan kat rumah ada banyak songeh..
kalau akak buat cake biasa tu creamnya terlebih pun dia orang tak makan..huhu..sabor ajelah ..haha..

Nadz Nazharzan said...

To Kak lina_pg
Kak, anak2 Naz mmg suka keju meju ni. Naz pun 1st time buat kek keju ni. Sbb tu buat yg chilled punya jer. Kalau yg bake punya takut x jadi..

Nadz Nazharzan said...

To Kak Ayu
Waalaikumussalam Kak. Naz pn bila siap kek ni nengok mcm bnyk jer. Takut xabis, bg sikit kt jiran. Takut anak2 xmakan pun ye juga sbb 1st time buat. Tengok2 sekali mkn jer, sorang mkn 1/4 kek.. Balik sekolah jer pergi cari dlm peti ais.. Lega... Takut membazir sebenarnya sbb Naz sendiri kureng kek2 keju ni. Jiran Naz pulak dh request nk tempah..hahaha..Jangan dia menyosal lak nanti dah ler..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam naz...
amvvoiiiii.... nampak segar sungguh kek keju mangga tuh... skrg ni mmg tengah byk gak mangga ni kan.. sedapnyerrr... terliur akak dibuatnyer...

Mamasya said...

Assalammualaikun Naz

Cantik elok jadinya kek keju mango Naz tu...tengok kek yg dah potong tu..nampak sedapnyaaaa...

Nadz Nazharzan said...

To Kak Madiha..
Waalaikumussalam kak.. Memang meyegarkan sbb duduk dalam peti ais..hehehe

To Mamasya..
Alhamdulillah menjadi kak sbb ni 1st time buat kek keju..

Unknown said...

Salam sis...whipping cream tu yang mana? Non dairy ke UHT?
jenama apa?

Nadz Nazharzan said...

Anna Diddy, akk guna non dairy whip cream jenama "pride".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...