Assallmualaikum dan salam sejahtera.
Buat puding ni hari ini. Gabungan rasa sirap rose, pandan dan juga gula melaka. Hasilnya.. memang menyelerakan terutamanya apabila telah disejukkan di dalam peti ais. Gabungan warna yang ada juga memikat jiwa..
Puding kasih bertaut yang dibekukan di dalam bekas yang besar. Kiub-kiub kecil tadi bertaut rapat
antara satu sama lain.
Rupa puding yang telah dipotong.
PUDING KASIH BERTAUT (Resepi terkini yang telah diupdate di SINI)
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 tsp sirap Rose
2 tsp perisa pandan + pewarna hijau
Cara-cara :
- Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
- Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
- Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
- Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B :
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari peket agar-agar di atas tadi)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka
1 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara-cara :
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka
1 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara-cara :
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.
Boleh dibuat hantaran puding ni kerana rupanya yang cantik menawan..
NOTA :
- Resepi di atas tu Naz cuma guna sepeket serbuk agar-agar 10 gm yang dibahagi dua untuk bahagian A dan juga bahagian B. Kalau nak senang boleh guna sepeket 10 gm untuk setiap bahagian agar-agar tapi jangan lupa doublekan bahan-bahan lain dalam resepi tau!.
- Resepi di atas ni Naz dah update supaya agar-agar bahagian A digunakan sepenuhnya bersama agar-agar bahagian B. Jadi tiada agar-agar bahagian B yang lebih bila menghasilkan puding ini. Boleh rujuk di sini untuk resepi terkini PUDING KASIH BERTAUT TERKINI.
SELAMAT MENCUBA !
amboiii... rajinnya Naz mewarna-warnikan agar-agar ni..
ReplyDeletealamak tercabarnya.. (tercabar nak makan) heheheh...
ReplyDeletesalam Naz...rajinnya warna warni 1 Malaysia..
ReplyDeleteMemang cantikkkk.. Uiisshhh dah tertawan sangt ni.. Kt sini dah mula panas memang sedap la mkn jelly cam ni.. Uisshhh kena godeh jugak esok ni
ReplyDeleteaaa..cantik2,mcm puding puteri dalam kaca nih kak..tp sy lom penah buat lg laa..resepi lama.haha...leh try puding akak nih.bila nak rajin nih..jap nak cek agar2 ader x dlm stok.hihi
ReplyDeletealahai cute mute puding naz ni..cantik n nmpk sedap..msti naz ni teliti orgnya..
ReplyDeleteAssalam kak Naz..cantiknya puding ni kak..berkenan sungguh tapi kat sini tgh sejuk beku ni tak best lak nk mkn jelly ni...tapi kalau ada dpn mata tu belasah juga..hehe
ReplyDeletesalam naz..
ReplyDeletecantiknya puding... pic pun cantik mmg mengoda laaa....
naz..cantiknye puding warna warni..terguda akak tgk...
ReplyDeleteYus:
ReplyDeleteSebab nak nampak cantik tu yg rajin warna2kn puding tu Yus..
Daniela:
ReplyDeleteLia..boleh ..boleh makan ..hehehee
Kak Nazrah Bakery:
ReplyDeleteYe lakak..warna warni 1 malaysia..
izahdaut:
ReplyDeleteIzah, kau tertawan..daku menawan..hehehe.. Godek2..jgn tak godek..
HaSue:
ReplyDeleteOoo akak tak pernah taupun ada puding puteri dlm kaca...
Kak Lina pg:
ReplyDeleteSedap kak puding ni kat tekak Naz..
Nieza:
ReplyDeleteTq nieza..Cantik eh??? Kalau Nieza buat mesti lagi cantik...
AZLITA AZIZ:
ReplyDeleteTq kak.. Tergoda dah ke kak??hehehe
kzai :
ReplyDeleteTq kak zai..Naz menggoda akak eh dgn puding ni??hehehee
cantiknye... tergoda sungguh!!!
ReplyDeleteFiza nordin:
ReplyDeleteTq Fiza.. Kalau fiza buat tentu boleh jadi lebih cantik...
mesti sedap kan sis..izin share resepi bole??
ReplyDeletesalam kenal naz. mintak izin copy resepi dlm blog nie yer, byk yg best2
ReplyDeleteto Aqmar Hana:
ReplyDeleteSila..sila yer sis...Diizinkan...