Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Buat kuih puteri ayu pandan ni untuk minum petang. Dah pernah buat beberapa hari lepas tapi tak sempat post entry dan snap gambar. Atas permintaan anak yang sulung, Naz buat sekali lagi kuih ni.
Puteri ayu ku yang berbentuk bulat tengah berposing. Suka betul kuih-muih yang ada kaler-kaler ni..hehehe...
Wonder kenapa nama dia puteri ayu ek?? Ke sebab nampak kelapa tu macam crown tertenggek atas kuih tu? Jadi panggillah puteri ayu..
Yang ini pula kuih puteri ayu ku yang dibuat menggunakan acuan empat segi. Semua acuan ni kepunyaan bondaku yang diperturunkan kepada anakanda dia yang nampaknya rajin memasak(hehehe perasanlah pulak..macam rajin bebenor).
Okey, resepi di bawah...
KUIH PUTERI AYU PANDAN
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
180 gm tepung gandum } ayak bersama
1 Tbsp tepung ubi }
160 gm gula
1 tsp ovallate
2 biji telur
160 ml santan
1 Tbsp pandan emulco
Beberapa titis pewarna hijau
2 cawan kelapa parut }
2 Tbsp tepung jagung } gaul sebati
1/2 tsp garam halus }
Cara-cara :
1. Pukul telur, gula dan ovallate dengan mixer (bukan dengan rotan tau!) hingga kembang.
2. Perlahankan speed, masukkan tepung dan santan berselang-seli. Gaul hinga sebati.
3. Masukkan pandan emulco dan juga pewarna hijau dan kacau sebati.
4. Panaskan kukusan. Sementara itu sapu sedikit minyak masak ke dalam acuan kuih hingga rata. Naz gunakan berus pastry jer untuk kerja menyapu minyak ni.
5. Masukkan sedikit kelapa(lebih kurang 1 tsp) yang telah digaul dengan tepung jagung dan garam ke dalam acuan dan tekan-tekan biar kemas.
6. Sudukan adunan kuih ke dalam acuan dan susun di dalam pengukus. Kalau nak senang, masukkan adunan ke dalam bekas bermuncung dan tuang ke dalam acuan.
7. Kukus kuih selama kurang dari 10 minit. Seeloknya balut tudung pengukus dengan tuala dapur supaya air wap tidak menitis ke atas kuih semasa proses mengukus.
OKEY, SELAMAT MENCUBA!
salam naz
ReplyDeletechewahhh dlm berbagai aksii mcm persembahan catwalk la pula..pandainyeee tuan punya amek gambauuu..hihi..bonda mana tak syg anakandanya yg rajeennn.. tambah2 mak mentua tak gituuu kawan2?? hehe
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteha'ah la naz.nampak cam menari2 lak puteri ayu naz tu..cute.hehe
ReplyDelete