Sunday, 6 December 2009

BUN PANDAN MANIS


Resepi kali ini ialah resepi roti. Resepi asal ialah "Sweet bun",dapat dari blog chef Noraini. Cuma Naz tukar jadi bun pandan sebab letak air pandan. Naz menguli dengan bantuan cik breadmaker... Kalau kena uli sendiri,alamatnya tak buatlah roti ni..hehehe..

Rotiku yang sedang mengembang...

Sesudah dibakar...

Rotiku tersepit di dalam loyang yang sempit...

Dah masak...

BUN PANDAN
Bahan-bahan :
400 gm tepung roti (high-protein flour)
100 gm tepung kek
100 gm gula halus
5 gm garam halus
20 gm susu tepung
1/4 tsp bread improver
1/2 tsp bread softner
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 gm yis segera
40 gm shortening (lemak sayur)
250 ml air pandan
Inti kegemaran secukupnya

Cara:
1. BAGI YANG MENGULI MENGGUNAKAN TANGAN : Satukan semua bahan diatas kecuali inti dan lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan elastik(lebih kurang 20 minit). Rehatkan doh di dalam mangkuk besar dan tutup dengan plastik sehingga doh naik 2 x ganda.
BAGI YANG MENGGUNAKAN BREADMAKER : Masukkan semua bahan kecuali inti ke dalam breadmaker, dan pilih setting “DOH”. Biar hingga selesai dan doh naik 2 x ganda.
2. Setelah selesai, tumbuk doh untuk keluarkan udara dan uli sekejap dgn tangan.
3. Bahagikan adunan kepada 50 gm setiap satu dan bulat-bulatkan serta susun di dalam loyang yang telah disapu majerin. Boleh juga diisi dengan inti kegemaran.
4. Rehatkan doh selama 30 – 45 minit untuk naik sekali ganda.
5. Panaskan oven pada 175⁰C dan bakar doh roti selama 20 minit.
6. Sebaik keluar dari oven, sapu permukaan roti dengan majerin atau mentega.

Hasil roti ni memang lembut dan gebu. Tahan beberapa hari dan kelembutannya tak terjejas. Naz simpan di dalam plastik selepas roti siap dimasak dan disejukkan.

No comments:

Post a Comment