Tuesday, 8 December 2009
SWISS ROLL BATIK COKLAT
Ini resepi Kek Swiss Roll yang Naz guna semenjak mencuba buat kek swiss roll. Sebab first time cuba pun dah menjadi, so tak pernahlah lagi mencuba resepi lain. Maybe lain kali.
Memang dah banyak kali buat dan dah dipelbagaikan perisanya. Cuma dulu tak ada blog sendiri, so simpan dalam fail word di komputer jer. Rasanya ramai juga surirumah IT yang suka menggunakan resepi ini.
Mula-mula tergerak hati nak buat ni sebab, satu hari tu jemput anak pulang dari sekolah. Di tangannya ada sekeping/sepotong kek swiss roll coklat yang dibeli sendiri. Bila ditanya berapa harganya, dia pun menjawab;"Seringgit umi". Waduh! Mahalnya.. Lepas tu lah rajin nak buat kek ni. Lebih puas makan dan lebih menjimatkan. Lebih puas hati sebab anak makan hasil dari air tangan ibunya sendiri..
Swiss roll ku berposing sebelum kena potong...
SWISS ROLL BATIK COKLAT
Bahan-bahan :
3 biji telur gred A @ B #
2 oz gula castor #
1/2 tsp baking powder #
1/2 tsp esen vanilla #
1/2 TBSP ovallete #
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 TBSP tepung #
1/2 TBSP susu tepung #
2 oz mentega cair
1 1/2 TBSP serbuk koko
butter icing secukupnya
Kaedah penyediaan :
1) Masukkan semua bahan bertanda # ke dalam mangkuk mixer dan pukul dgn kelajuan maxima selama 7 – 10 minit or till fluffy.
2) Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
3) Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
4) Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata. Tuang adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
5) Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang dan buatlah corak yang diingini.
6) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
7) Keluarkan kek yang telah masak ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat. Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream. Potong dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment