Friday, 4 December 2009

DONUT BREADMAKER


Donut breadmaker? Kenapa yek namanya "Donut Breadmaker"? Sebab resepi ni memang dari buku manual breadmaker. Dapat dari blog pakupakis. Saja nak mencuba sebab sebelum ni buat kuih donat selalu rasa tak puas hati dengan hasilnya.. Agaknya memang tangan ni keras kalau disuruh menguli doh.. Lagi pun memang ada cik breadmaker di rumah ni, apa salahnya minta bantuan alat tu ye tak?

Memang puas hati dengan hasilnya. Donat ni elok kembangnya dan gebu setelah digoreng. Buat untuk minum petang di rumah ni. Dapat banyak jugak dan disimpan separuh di dalam peti ais. Okey jom kita tengok resepinya..

DONUT BREADMAKER
Sumber : Pakupakis

Bahan-bahan :
400 gm tepung gandum
5 TBSP gula
2 tsp yis segera/mauripan
1 1/2 tsp garam
2 TBSP susu tepung @ 2 TBSP susu pekat manis
50 gm butter
1 biji telur saiz M
190 ml air suam

Cara :
1. Gunakan setting DOH dan biarkan mesin menguli.
2. Keluarkan doh yang telah diuli. Canai pada ketebalan 1.5 cm dan terap dengan penerap/pencetak donut yang ditepungkan dahulu.
3. Perap adunan yang telah diterap selama 1/2 hingga 1 jam atau naik sekali ganda.
4. Goreng dalam minyak penuh di atas api sederhana. Balik-balikkan donut sehingga kekuningan.
5. Angkat dan toskan minyak.
6. Salutkan donut dengan gula halus.

Ini donut bentuk "love".. Anak dara di rumah ni nak bentuk yang ini pulak..Layan jer la..Tapi bila dah kembang, dah tak nampak sangat bentuk lovenye..

** Disebabkan adunan ini menghasilkan banyak donut, jadi 1/2 donut tu naz goreng sekejap sahaja dan setelah disejukkan, disimpan di dalam peti ais... Esoknya makan donut lagi..Keluarkan donut dari peti ais dan goreng hingga masak..

No comments:

Post a Comment