Sunday 11 December 2011

BISKUT COKLAT CHIP (Mawar Merah)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan olehNya untuk meneruskan lagi catatan di dalam blog ini khas buat anak-anakku di kemudian hari nanti. Bersyukur juga masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan pengunjung yang sudi bertandang ke sini.

Satu lagi koleksi biskut coklat chip yang dicuba dan disimpan resepinya ke dalam blog ini. Memang sedap bagi penggemar biskut coklat chip. Setelah mencubanya, boleh dikatakan resepi biskut ni boleh menjadi pencabar atau saingan kepada biskut coklat chips ala-ala famous amos dulu yang pernah dicuba.

Two tumbs up!! Memang tidak mengecewakan. Resepi yang sedap ni dikongsi oleh kak Mawar Merah ~ "sumber ilhamku". Terima kasih ye kak. Kak Mawar Merah ni syorkan agar Naz cuba dulu separuh adunan untuk 'test market' katanya. Tapi Naz buat terus satu adunan. Nasib baik buat satu adunan terus. Semasa menaip ni pun, biskut ni dah tinggal 1/4 saja lagi dalam balang tu. Betul-betul mendapat sambutan dari anak-anak. Teksture biskut yang ringan dan rangup betul-betul menambat hati. Lebih-lebih lagi cuti sekolah ni, cepat je makanan di dapur tu langsai.

Naz kongsikan di sini pula resepi ini ye kak Mawar. Naz olah sedikit cara penulisan resepi agar lebih mudah Naz sendiri fahami di kemudian hari. Terima kasih kak Mawar Merah.



BISKUT COKLAT CHIP (Mawar Merah)

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 3/4 sudu teh baking soda* (*ayak bersama)
  • 1 cawan butter (225 gm butter)
  • 1 1/4 cawan gula perang (Naz guna 1 cawan jer)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh asen vanilla
  • 2 cawan coklat chip (Naz cuma guna 1/2 cawan jer)
  • 2 biji telur


Cara-cara :
  1. Pukul gula dan butter hingga lembut. Campurkan telur dan asen vanilla dan pukul hingga sebati.
  2. Perlahankan speed dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit beserta coklat chip.
  3. Sudukan 1 sudu teh adunan ke atas loyang yang dilapik dengan baking paper. Letakkan jarak-jarak sebab adunan akan mengembang semasa proses pembakaran.
  4. Bakar selama 15 minit pada suhu 175 C bergantung kepada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!  

15 comments:

  1. rasa macam famous amos ye kak naz? lama betul saya tak makan biskut ni...beli mahal woo..hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Naz

    this is nice! here any kind of choc chip biscuits my kids suka..normally cannot last for 2 days la dalam balang!

    ReplyDelete
  3. Naz, mmg boleh tanding famous amos kan. Akk pun kurangkn gula. Cukup sudukan 1 sudu kecil je, sbb dia kembang jd besar..lupa tulis ari tu.

    ReplyDelete
  4. Kak kongsi resepi ni ye! Nampak mudah dan senang diikuti. Resepi yang biasa Kak Noor buat banyak bahan-bahannya. Nampak rangup sangat....

    ReplyDelete
  5. salam naz....Liza pun mmg tgh plan nk buat biskut choc chip ni...nnt nk try resepi ni laa...thanx yer naz

    ReplyDelete
  6. Assalam Naz, sedapnya biskut ni, kalo anak2 suka mmg sedap sangat2 tu

    ReplyDelete
  7. Assalam NAz nak masuk list nampak menarik
    psst pinggan tu akak beli masa sale kat kilang di Kulim,pinggan tu boleh letak direct atas stove heeh thanks ,akak pun sukee

    ReplyDelete
  8. kalau adik kata sedap..dah tentu Kakak Naz cuba...mekasih

    ReplyDelete
  9. mengukis lagii kak naz.. dh lama tun x mengukis.. sedap nmpk kukis akak nih.

    ReplyDelete
  10. kalau dah namanya choc chips ni.. gerenti laku.
    Sedap dan rangup ni naz..

    ReplyDelete
  11. Assalam Naz,
    waduh dah lama tak buat cookies, nampak rangup dan sedap cookies ni..boleh masuk list ni..

    ReplyDelete
  12. Ooh.. inilah biskut ala-ala famous amos tu ye. Nampak rangup sangat. Tak sempat Kak Noor tunggu raya nak buat ni. Insya Allah, cuti 4 hari ini Kak Noor cuba buat.

    ReplyDelete
  13. Naz, cawan yang digunakan untuk resepi ini menggunakan sukatan cawan biasa (cawan kopi lutsinar - sukatan lama) atau cawan metrik?

    ReplyDelete
  14. Nmpk senang sgt.... lepas ni nak try jugak.... thanks for the recipe. ...

    ReplyDelete