Tuesday, 25 February 2014

KEK LAPIS KASTAD JAGUNG (CORN CUSTARD LAYER CAKE)



Assallamualaikkum dan salam sejahtera.

Lama rasanya tak buat kek lapis kastad ni. Bila tiba-tiba rasa nak buat tu, terus je cuba dengan perisa lain untuk mempelbagaikan perisa. Jadi kali ni Nadz buat perisa jagung. Hmmm..not bad. Sedap.. Lagi sedap dimakan setelah disejukkan di dalam peti ais.


Untuk keknya, kali ini Nadz menggunakan resepi kek span dari sweet4ever yang amat popular di My Resipi. Ramai yang dah tau kek yang menggunakan resepi dari sweet4ever ni memang sangattttt gebu dan montok hasilnya.

Manakala untuk resepi kastadnya, Nadz masih menggunakan resepi dari laman fb yang dikongi oleh page Jom Masak. Cuma Nadz ubah dari segi perisanya.

Jadi terima kasih kepada penyumbang-penyumbang resepi yang telah berkongsi resepi.


RESEPI KEK SPAN 

Bahan-bahan :
  • 150 gm tepung super fine 
  • 5 ml serbuk penaik - (1 tsp)
  • 150 gm gula kastor 
  • 5 biji telur A
  • 15 ml ovalette -(1 Tbsp)
  • 80 ml air daun pandan
  • 80 ml minyak / mentega cair 
  • 5 ml pes pandan - (1 tsp)**bergantung kepada perisa kek yang diingini
  • Sedikit pewarna hijau (opt)**bergantung kepada warna kek yang diingini mengikut perisa

Cara-cara :

  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun) saya guna no 5.
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8", griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180'C api atas bawah
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek mendap
*******************************************************************************


RESEPI KASTAD JAGUNG (Adaptasi daripada resepi kastad pandan by Jom Masak)
Recipe by; Page Jom Masak (facebook)
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan:
  • 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
  • 1 cawan gula kastor
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
  • Secubit garam
  • 1 - 1 1/2 tsp perisa atau esen jagung dan pewarna kuning
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu pekat. Santan biasa jer.

CARA MELAPIS KEK KASTAD
  1. Sediakan loyang.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras. Boleh masukkan dalam peti ais juga masa ni.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.


SELAMAT MENCUBA! 

Wednesday, 19 February 2014

PETOLA TUMIS AIR


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

One of my favourite lauk sayur since zaman kanak-kanak dulu. Cuma dulu kalau my mum masak di kampung lauk sayur ni tak pedas. So to suite with my taste, Nadz ubah sikit cara menyediakan lauk petola tumis air ni. Like usual, I love spicy food. So  lauk ni yang patutnya tak pedas pun dah dipedaskan oleh Nadz..heheee..

Ok, resepi ringkas di bawah. Tutup mata je pun boleh buat kan.

PETOLA TUMIS AIR
By: Nadz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan:

2 batang petola
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1/2 sudu teh pati ikan bilis
Sedikit soon-direndam
2 biji telur
11/2 cawan air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara penyediaannya:

1.  Buang kulit keras pada petola, potong dan basuh. Toskan.
2.  Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga cili padi.
3.  Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
4.  Masukkan air dan biar menggelegak.
5.  Pecahkan telur satu per satu dan masukkan ke dalam periuk. Tunggu seketika hingga telur keras.
6.  Masukkan garam dan serbuk pati ikan bilis.
7. Masukkan petola . Tunggu sedikit layu dan kemudian masukkan soon yang direndam tadi.  Biar menggelegak. Tutup api dan hidangkan.


Yang ni masak waktu lain. Nadz campurkan petola dengan sawi putih dalam lauk ni. Biar banyak lagi sayurannya. Tengok..suka sangat dengan petola..hahahaa...

SELAMAT MENCUBA!

COKLAT MOIST CAKE, ORDER DARI JIRAN

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Tempahan chocolate moist cake dari jiran depan rumah. Terima kasih Kak Mah yang sudi menempah.


8" chocolate moist cake with ganache.
Deco bunga-bunga atas tu dengan buttercream.



ALHAMDULILLAH.

ORDER DARI KAK KINAH LAGI

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Tempahan dari regular customer, Kak Kinah. Tq Kak Kinah atas kepercayaan dengan hasil tangan Nadz yang tak seberapa ni.

50 pcs fruit tartlet.

16 pcs red velvet cuppies, S size.

And another 16 pcs red velvet cuppies, S size.

ALHAMDULILLAH..

Monday, 17 February 2014

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING


Assallamualaikkum dan salam sejahtera.

Ok, tengah ada mood nak mengupdate blog..ngeee... Cream puff ni dah lama sebenarnya disimpan resepi dan dah pernah buat pun. Cuma Nadz belum pernah masukkan resepi ni ke dalam blog. Masa orang lain sibuk-sibuk membuat cream puff ni, Nadz sedikit pun tak teruja nak mencubanya. First time buat dulu masa tengah mengandungkan anakanda Hasya. Last year lah tu. Tu pun buat lepas tengok anakanda Haris menikmati cream puff yang dibawa balik dari sekolahnya dengan berselera sekali. Beli di koperasi sekolah katanya. Kesian pula tengok dia makan cuma beberapa ketul je dengan penuh nikmat. Macam tak cukup je gayanya..hahahaaa...

Jadi Nadz pun google lah resepi ni terus dari blog adik manis Ct Zaliedana sebab memang terperasan dia baru jer tayang cream puffnya di laman fb. Teruslah godek-godek di dapur setelah bertanya kepada Ct tentang beberapa persoalan. Cuma lepas buat tu, Nadz tak masukkan ke dalam blog pun hasilnya sebab masa tu kan tengah malas tahap gaban untuk mengupdate blog. 

Untuk kali ini, Nadz buat dan masukkan hasilnya ke blog agar tak hilang resepi ni untuk rujukan sendiri atau anak-anak satu masa nanti.

CREAM PUFF(PASTRY)
Recipe by : Zaliana@myresepi.com




Bahan-bahan :

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder

100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur


Cara penyediaan :

Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.

Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.

Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya (Nadz mix guna mixer elektrik sehingga adunan licin).
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.

Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.

Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

puff sebelum dibakar..

puff setelah proses pembakaran selesai..

CUSTARD FILLING(INTI)
Ryecipe b: kak Ida@1001resepi

Bahan-bahan:

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla (Nadz tak letak)

Cara penyediaan:



  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
    Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
    Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

    NOTA NADZ:
    • Nadz buat adunan kastad 3 kali ganda untuk mengisi semua puff. Actually bergantung kepada berapa banyak inti yang anda pancitkan dalam setiap puff dan berapa banyak puff yang anda dapat dengan satu adunan di atas. Tapi lagi banyak intinya, lagi sedap. Puff yang Nadz dapat dengan satu adunan ini adalah lebih kurang 50 biji.
    • Untuk kali pertama menyediakan filling kastad ni dulu, Nadz masukkan juga esen vanilla seperti di dalam resepi. Tapi untuk kali ini, Nadz tak masukkan langsung esen vanilla tu sebab inginkan warna kastad yang kuning. Kalau dimasukkan esen vanilla tu, warna kastad jadi sedikit kecoklatan. 

    Nadz 'bedakkan' cream puff ini dengan gula aising..

    SELAMAT MENCUBA!

    Tuesday, 11 February 2014

    AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Haha..tuan rumah mengupdate blog macam biskut chips more. Sekejap ada, sekejap tak ada. Tapi tang tak ada tu cam lama jer..hehee..

    Okey, tak mau membebel panjang-panjang. Kerja rumah pun banyak je yang menanti minta dibuat. Just nak kongsikan resepi ayam goreng berempah yang menjadi kesukaan anak-anak di rumah ni. Mana-mana resepi ayam goreng berempah lebih kurang sama je resepinya. Asalnya ini resepi bonda Nadz di kampung cuma Nadz dah adjust dan tambah lagi bahan-bahannya supaya lebih umphhh untuk dimakan.

    Bahan-bahan di bawah ni boleh je nak adjust ikut selera sendiri. Macam Nadz memang buat banyak la rempah-rempah nya tu walaupun guna 1/2 ekor ayam je sebab anak-anak di rumah ni memang berebut nak rempah-rempah tu bila dah digoreng. Jom tengok resepi ringkas ni.

    kasi perap dulu sama dia...

    AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP


    Bahan-bahan :

    1/2 ekor ayam

    *2 sudu besar biji ketumbar
    *1 sudu teh jintan manis
    *1 sudu teh jintan putih
    (bahan bertanda * di tumbuk atau dimesin kering halus)

    #6 biji bawang merah
    #2 ulas bawang putih
    #2 inci halia
    #2 inci lengkuas
    #2 inci kunyit hidup(ganti serbuk kunyit pun ok)
    #2 batang serai
    (bahan bertanda # ditumbuk atau diikisar kasar. Kalau halus tak sedap)

    1-2 sudu besar serbuk kari daging
    Sedikit serbuk cili atau cili kisar(optional)
    Garam secukup rasa
    Beberapa helai daun limau purut-diracik halus

    Minyak untuk menggoreng


    Cara penyediaan:

    1.  Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
    2.  Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam.
    3.  Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best.
    4.  Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.
    5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ni yang best oooo.. Kalau tak angkat terus nanti rempah-rempah tu hangit dan pahit. Then teruskan menggoreng hingga habis.
    6.  Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas.


    yang kerak-kerak bertimbun atas ayam tu yang anak-anak kesayangan Nadz berebut-rebut nak tu...sodap ooooo...Kekadang tu siap bahagi-bahagikan dulu sebelum makan biar masing-masing dapat sama rata..kih..kih..kihhh....

    SELAMAT MENCUBA!