Monday, 17 February 2014

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING


Assallamualaikkum dan salam sejahtera.

Ok, tengah ada mood nak mengupdate blog..ngeee... Cream puff ni dah lama sebenarnya disimpan resepi dan dah pernah buat pun. Cuma Nadz belum pernah masukkan resepi ni ke dalam blog. Masa orang lain sibuk-sibuk membuat cream puff ni, Nadz sedikit pun tak teruja nak mencubanya. First time buat dulu masa tengah mengandungkan anakanda Hasya. Last year lah tu. Tu pun buat lepas tengok anakanda Haris menikmati cream puff yang dibawa balik dari sekolahnya dengan berselera sekali. Beli di koperasi sekolah katanya. Kesian pula tengok dia makan cuma beberapa ketul je dengan penuh nikmat. Macam tak cukup je gayanya..hahahaaa...

Jadi Nadz pun google lah resepi ni terus dari blog adik manis Ct Zaliedana sebab memang terperasan dia baru jer tayang cream puffnya di laman fb. Teruslah godek-godek di dapur setelah bertanya kepada Ct tentang beberapa persoalan. Cuma lepas buat tu, Nadz tak masukkan ke dalam blog pun hasilnya sebab masa tu kan tengah malas tahap gaban untuk mengupdate blog. 

Untuk kali ini, Nadz buat dan masukkan hasilnya ke blog agar tak hilang resepi ni untuk rujukan sendiri atau anak-anak satu masa nanti.

CREAM PUFF(PASTRY)
Recipe by : Zaliana@myresepi.com




Bahan-bahan :

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder

100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur


Cara penyediaan :

Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.

Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.

Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya (Nadz mix guna mixer elektrik sehingga adunan licin).
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.

Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.

Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

puff sebelum dibakar..

puff setelah proses pembakaran selesai..

CUSTARD FILLING(INTI)
Ryecipe b: kak Ida@1001resepi

Bahan-bahan:

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla (Nadz tak letak)

Cara penyediaan:



  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
    Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
    Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

    NOTA NADZ:
    • Nadz buat adunan kastad 3 kali ganda untuk mengisi semua puff. Actually bergantung kepada berapa banyak inti yang anda pancitkan dalam setiap puff dan berapa banyak puff yang anda dapat dengan satu adunan di atas. Tapi lagi banyak intinya, lagi sedap. Puff yang Nadz dapat dengan satu adunan ini adalah lebih kurang 50 biji.
    • Untuk kali pertama menyediakan filling kastad ni dulu, Nadz masukkan juga esen vanilla seperti di dalam resepi. Tapi untuk kali ini, Nadz tak masukkan langsung esen vanilla tu sebab inginkan warna kastad yang kuning. Kalau dimasukkan esen vanilla tu, warna kastad jadi sedikit kecoklatan. 

    Nadz 'bedakkan' cream puff ini dengan gula aising..

    SELAMAT MENCUBA!

    2 comments: