Wednesday, 12 June 2013

RENDANG AYAM BERKERISIK


Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Semoga semua pengunjung dan rakan-rakan dalam keadaan kesihatan yang baik hendaknya..InsyaAllah..

Sebenarnya, Nadz kalau buat rendang di rumah mak, memanglah menggunakan santan segar tu yang diperah dari buah kelapa yang telah disagat. Tapi kalau di sini memang selalunya guna santan kotak je. Apa yang Nadz perhatikan, setiap kali rendang yang Nadz buat menggunakan santan kotak, selalunya kurang berminyak apabila telah kering. Tidak seperti rendang yang biasa dimasak menggunakan santan perahan dari buah kelapa yang segar. 

Oleh sebab itu, kali ini bila memasak rendang, Nadz tambahkan kerisik di dalam resepi walaupun sebelum ini Nadz memang tak pernah guna kerisik pun ketika memasak rendang. Memang ada sedikit kelainan hasil rendang kali ini. Rasa kerisik itu pun menambah lagi kesedapan rendang. Oh ya, Nadz gunakan kerisik yang dibeli dari pasar raya je. Tak ada kelapalah nak dibuat kerisik. Santan pun pakai santak kotak jer, manalah ada peluang nak buat kerisik sendiri..heheheee...(alasan kah itu????)


RENDANG AYAM BERKERISIK

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam 
  • 2 biji bawang besar 
  • 8 biji bawang merah* 
  • 3 ulas bawang putih* 
  • 3-4 inci halia* 
  • 3-4 inci lengkuas* 
  • 2 inci kunyit hidup* 
  • 6 batang serai* 
  • 10-20 batang cili kering(boleh adjust ikut selera)* 
  • 100 gm kerisik (lebih kurang 7 sudu besar) 
  • Sedikit air asam jawa(kalau tak suka, boleh abaikan) 
  • 6 helai daun limau purut 
  • Santan secukupnya 
  • Garam 

Cara penyediaan :
  1. Bersihkan ayam dan potong ikut suka. 
  2. Hiris bahan-bahan bertanda * dan kisar halus. 
  3. Masukkan bahan kisar bersama ayam ke dalam kuali. Masak hingga ayam kecut sedikit. 
  4. Masukkan santan sehingga sama paras atau menutupi potongan ayam di dalam kuali. Masukkan juga kerisik dan air asam jawa. Masak hingga kering(untuk tahan lebih lama) sambil sesekali digaul untuk mengelakkan berkerak dan hangus di bahagian dasar kuali. Perasakan garamnya. 
  5. Bila telah kering, masukkan daun limau purut yang disiat-siat. Biar seketika. 
  6. Bila telah puas hati dengan rasa dan kekeringan rendang, padamkan api dapur. 
Nadz sediakan sekali nasi impit, lontong, sambal tumis ikan bilis dan juga lemang segera semasa menikmati rendang ni. Bungkuskan sedikit untuk anakanda Haris bawa ke rumah kawan study dia. Ermmm...alhamdulillah... Sedap rendang tu feedback dari mak kawan Haris.

SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

  1. memang sedap kan kak nadz kalau letak kerisik..zila pun suka letak kerisik dlm tu..tapi guna santan kotak jugak kak..sama la kita..geng ^^

    ReplyDelete
  2. Assalam Nadz..
    samalah ngan akak pun santan kotak (Ayam brand).Kerisik pun dalam paket jerr...senang beli banyak simpan jer kat umah..nk masak, gunting ajer..senang kije huhu..
    Nampak sedap tu rendang..ngan aroma daun limau purut bagai tuh

    ReplyDelete
  3. perhh,..hilang diet klu gini...

    ReplyDelete
  4. pagi tadi zila pun wat rendang ayam..kerisik redy made jew snang kan..x yah pikir byak..:)..

    ReplyDelete
  5. as-salam
    sedapnye rendang ayam..

    ReplyDelete
  6. Aslmkum Naz
    kebetulan hari nipun masak rendang.letak kerisik menyedapkan lagi rendang.
    kalau pakai santan yg segera mmg kurang minyak berbanding yg fresh.

    ReplyDelete
  7. assalam Naz
    sedap nya rendarg tu,memang tak jemu mkn rendang ni
    ktorg kat Perak memang rendang letak kerisik Naz tak kira rendang ayam atau daging

    ReplyDelete
  8. Salam kak naz.. tun mmg wat rendang letak kerisik.. dulu2 xsuka sgt mkn rendang, skrg mmg kejap2 wat rendang.. hihi.. senang nk mmg kompom lajuuu makan.

    ReplyDelete
  9. Rendang yg ada kerisek mmg sedap dan pekat kuahnya...tp mmg style rendang kat sini pkai kerisek..bhg raya mula terasa ni naz..dapnyer mkn ngan nasi impit

    ReplyDelete