Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Tiba-tiba pula tekak ni nak makan lontong dengan nasi impit dan juga sambal tumis. Siapalah yang nak tolong buatkan kalau tak dibuat sendiri kan.
Sesetengah orang memanggil Lontong ni dengan panggilan Sayur Lodeh. Tapi rasanya menu yang sama je. Mungkin lain tempat, lain panggilannya. Cara penyediaannya pun ada juga bezanya. Sesetengah resepi, kalau tak silap Nadz, di awal penyediaan perlu menumis bahan tumisan. Tapi cara Nadz buat ni tak ada tumis-menumis. Resepi dah pernah letak dulu tapi Nadz letak jugalah lagi di sini.
Ha, tengok! Snap gambar dengan periuk sekali...hihhiiii..Tak ada skill langsung..huhuuu...
LONTONG
Bahan-bahan :
- 5 ulas bawang merah
- 2-4 sudu besar udang kering (dibasuh, direndam dan toskan)
- 2 inci kunyit hidup (boleh juga guna serbuk kunyit)
- 3 batang serai - dititik
- 4 cawan santan cair (1 liter)
- 2 cawan santan pekat (500 ml)
- 2 batang terung panjang - potong-potong ikut suka
- 4 biji kentang - potong 8
- 5 batang kacang panjang - dipotong-potong
- 1 batang lobak merah - hiris memanjang atau hiris bulat serong
- 2 keping tempeh - didadu besar-besar
- Fucuk dan soo hoon - direndam hingga lembut dan toskan
- 4 biji cili hijau - hiris
- Garam secukup rasa
Cara-cara :
- Tumbuk bawang merah bersama udang kering dan kunyit hidup.
- Masukkan bahan tumbuk dan juga serai yang diketuk bersama santan cair ke dalam periuk dan letakkan atas api dapur.
- Bila mula menggelegak, masukkan kentang. Biar separa empuk. Kemudian masukkan sayuran lain dan juga tempeh. Masak hingga sayuran lembut. Kemudian masukkan fucuk dan soo hoon serta cili hijau.
- Seterusnya masukkan santan pekat dan sentiasa kacau. Rasakan garamnya. Biar mendidih perlahan di atas api sederhana. Bila telah puas hati dengan rasanya, padamkan api dapur.
Cara Menghidang :
- Masukkan nasi impit (ikut la berapa banyak nak makan) ke dalam mangkuk.
- Sendukkan kuah lontong bersama isinya. Sudukan sambal tumis. Boleh dinikmati.
- Boleh juga dinikmati bersama rendang, serunding, kuah kacang dan juga telur rebus.
- Banyak mana penggunaan santan, bergantung juga kepada berapa banyak kuah yang diinginkan. Naz mmang suka buat kuahnya banyak kerana, bila dah dimasukkan soo hoon tu, kuah akan mengering sikit diserap oleh soo hoon. Jadi boleh adjust sendiri ye!
- Penggunaan sayuran di dalam lontong juga boleh dipelbagaikan lagi contohnya, boleh ditambah dengan hirisan sayur kobis dan sengkuang. Ikut citarasa masing-masing. Boleh juga dimasukkan tauhu keras semasa memasak lontong ini untuk menambahkan lagi isinya.
- Boleh juga dimasukkan udang segar atau isi ayam sekiranya suka.
Sambal tumis ikan bilis
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan-bahan :
- 1/2 cawan ikan bilis - basuh dan toskan
- 20 tangkai cili kering - rebus, basuh dan toskan
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci belacan
- 1 labu bawang besar - dimayang
- Air asam jawa secukupnya mengikut citarasa
- Garam dan gula
Cara penyediaan :
- Kisar cili kering yang telah direbus tadi bersama dengan bawang merah, bawang putih dan belacan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga naik minyak dan cili garing. Kalau sebelum tumis ni, nak goreng dulu ikan bilis pun boleh. Guna saja minyak bekas menggoreng ikan bilis ni untuk menumis bahan kisar.
- Masukkan air asam jawa secukup rasa mengikut citarasa. Ni ikutlah selera masing-masing ye sebab sesetengah orang suka rasa lebih masam dalam sambal tumisnya. Sesetengah pula suka sedang-sedang saja. Masukkan juga garam dan gula.
- Masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah dimayang. Kecilkan api dapur dan biar sambal mereneh hingga agak pekat. Perasakan masin, masam dan manis sambal. Tambah apa yang perlu mengikut citarasa.
Oh, by the way nak bagi tau. Setiap kali masak lontong, Nadz memang buat banyak sebab MIL Nadz memang suka lontong. Sama ada ajak MIL datang makan di rumah atau tapau dan bawa ke rumah dia. Kalau masak nak bawa balik kampung arwah datuk hubby, MIL mesti pesan suruh simpankan untuknya sedikit.
Nadz masak lontong dan sambal tumis ni bersama dengan rendang ayam berkerisik dan juga lemang segera. Tapi resepi rendang ayam berkerisik dan juga lemang segera tu Nadz masukkan kemudian yer di entry lain. Penat pula rasanya ibu buyung ni bertenggek depan lappy lama-lama. Lenguh segala urat pinggang dan pinggul..hihihii...
SELAMAT MENCUBA!
assalamualaikum kak nadz..sedap ni bila kena kuah lodeh dgn sambal tumis..nasib dah berbuka..hehehe ada lagi tak..
ReplyDeleteSalam kak naz.. wahh.. mcm menu raya lah.. tun dulu2 xleh makan lontong nih.. selera pantai timur kan, xpenah jumpa lontong. bila tgk org mkn nasi himpit ngan kuah sayur lodeh ni, nmpk mcm pelik je.. skrg dh kawin org johor dah blh mkn dah.
ReplyDeleteHaaa...tu la Tun, bila dah kahwin org Johor, wajid makan lontong ni, kan Nadz? Kakpb rindu nak mkn lontong emak la. Hari tu mak datang tak sempat buat lontong. Merasa nasi lemak dia je.
ReplyDeleteTelan air akak tau.
Yg dlm periuk tu original shooting naz..heheeee.tklu pg2 camni..sarspan lontong mmg sedap..
ReplyDeleteAssalamualaikum Nadz,
ReplyDeleteTerliur..tak dapat nak cakap apa..orang johor memang ia makanan kegemaran...ada lagi ke?