ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Alhamdulillah...berhasil juga Naz mambuat biskut sampan ni yang telah membuatkan Naz termimpi-mimpi akannya sejak kali pertama makan biskut ni dulu....ceh..ceh..cehhhh...hihihiiii...Teruk benar bunyinya.
Terjumpa beberapa versi resepi biskut sampan ni dari internet dan Naz ambil keputusan untuk mencuba resepi yang ni dulu sebab bahan-bahan intinya tak complicated sangat. Ada nestum lak dalam tu. Wahhhh...biskut Aidilfitri Naz tahun ni kebanyakannya menggunakan nestum di dalam resepi..heheheee... Yelah, beli sebungkus kecil nestum pun, memang banyak dapatnya. Selalunya, memang jenuh gak nak menghabiskan nestum tu sebelum tarikh luputnya. Jadi Naz memang saja cari resepi-resepi biskut yang menggunakan nestum di dalam resepi.
Resepi biskut sampan nestum ni Naz jumpa di blog chikadakbiru. Setelah belek-belek resepi biskut ni dan membuat beberapa pertanyaan kepada tuan empunya resepi, akhirnya inilah hasil biskut sampanku yang pertama. Cuma kalau nak diikutkan untuk membuat biskut ni, perlu ada petti tin yang berbentuk sampan tu tapi bila tengok harga....mak aiiiiii... boleh tahan jugak. Lagi pun Naz terfikir kalau beli untuk buat setahun sekali je biskut ni, macam tak berbaloi pula. Tapi tak taulah kan, kalau tiba-tiba nak buat bisnes jual biskut sampan ni nanti, Naz rembat jugalah petti tin tu..hehehee...**ada juga niat di situ untuk memiliki petti tin sampan tu nampaknya...heheheeee**
Jadi Naz gunakan acuan penerap biskut seperti di bawah ni untuk membuat bentuk sampan tu.
Cuma oleh kerana biskut tu tak terletak di dalam petty tin semasa dibakar, biskut sampan Naz jadi tembam-tembam selepas masak...hhihihiiii... Adunan tu mengembang semasa dibakar. Cuba tengok gambar di bawah ni.
1. Adunan yang telah diterap bentuk sampan. Comel je..
2 Dah diisi dengan inti.
3. Telah dihias dengan ceri. Masih comel lagi..
4. Selepas dibakar...waaaaaaa...dah kembang-kembang....
Okey tak Dina?? Taklah secantik tuan empunya resepi. Kak Naz kongsikan di sini pula ye resepi yang memang terbukti kesedapannya ni. Resepi di bawah ni, adalah 1/2 daripada resepi asal dan cara penulisan resepi, telah dioleh sedikit untuk pemahaman sendiri di lain masa. Untuk resepi asal, boleh klik pada link yang Naz sertakan di bawah.
BISKUT SAMPAN NESTUM
RECIPE BY: 1.cikadakbiru.blogspot.com, 2.cikadakbiru.blogspot.com
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan
250 gram mentega - pd suhu bilik
140 gram gula perang
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil essen vanilla
Bahan Kulit
40 gm tepung jagung
2 1/4 cawan rata tepung rose @ tpg gandum
Bahan Inti nestum
1/2 cawan nestum ( yang ni bole letak lebih ) tp makesure tidak terlalu pekat
3 sudu besar tepung jagung
Hiasan
Ceri hijau - belah 4
Ceri Merah - belah 4
Badam (dipanggang sederhana garing) - belah 2
Cara-cara
1. Pukul mentega bersama gula perang sehingga kembang. (gula perlu hancur, jika tidak..susah nak bawa keluar dr acuan).
2. Kemudian masukkan telur, pukul sikit lagi. Tambahkan sedikit esen vanila dan kacau.
3. Ambil 1/3 dari adunan untuk INTI. Baki adunan untuk bahagian KULITnya.
4. Untuk bahagian KULIT, masukkan tepung jagung, kacau guna senduk. kemudian masukkan sikit2 sikit tepung gandum..adun sehingga tidak melekat tangan.
5. Kemudian utk bahagian INTI (yg 1/3 adunan tadi tu), masukkan tepung jagung dan nestum..Kacau sehingga sebati...adunan akan lembik sikit..tp jangan risau..memang mcm tuh..
Bahan Kulit
40 gm tepung jagung
2 1/4 cawan rata tepung rose @ tpg gandum
Bahan Inti nestum
1/2 cawan nestum ( yang ni bole letak lebih ) tp makesure tidak terlalu pekat
3 sudu besar tepung jagung
Hiasan
Ceri hijau - belah 4
Ceri Merah - belah 4
Badam (dipanggang sederhana garing) - belah 2
Cara-cara
1. Pukul mentega bersama gula perang sehingga kembang. (gula perlu hancur, jika tidak..susah nak bawa keluar dr acuan).
2. Kemudian masukkan telur, pukul sikit lagi. Tambahkan sedikit esen vanila dan kacau.
3. Ambil 1/3 dari adunan untuk INTI. Baki adunan untuk bahagian KULITnya.
4. Untuk bahagian KULIT, masukkan tepung jagung, kacau guna senduk. kemudian masukkan sikit2 sikit tepung gandum..adun sehingga tidak melekat tangan.
5. Kemudian utk bahagian INTI (yg 1/3 adunan tadi tu), masukkan tepung jagung dan nestum..Kacau sehingga sebati...adunan akan lembik sikit..tp jangan risau..memang mcm tuh..
6. Kemudian...amik acuan sampan(kalau takde...guna acuan tart pun bole)..letak adunan kulit tadi...bentukkan adunan agar sikit berlurah.
7. Ambil sudu kecil atau pisau ,ratakan bahagian inti nestum td dalam lurah biskut kita td...buh lebih sikit pun takpa...nanti cantik naik bila di bakar.
8. Sebelum bakar...kite deco la biskut kite td..letak laa ceri, badam..hias ikut kreativiti..sblm tuh kita panaskan suhu oven terlebih dahulu dgn suhu 170 - 180 darjah..bakar selama 20-25 minit menggunakan api bawah sajaa..sudah siapp...(Naz bakar guna api atas dan bawah untuk 10 minit terakhir).
NOTA NAZ: Memang mantoppppp biskut sampan ni.. Rasanya macam kena buat satu adunan lagi jer sebab dah nak abis dalam balang kuih tu dikerjakan Naz dan anakanda Husna setiap malam...heheheee...
SELAMAT MENCUBA!
aku suka betul kuih ni. dulu makcik aku selalu buat. sekarang die tak buat lg dah.
ReplyDeletecantik cantik....
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi mencuba...
akak memang rajin!! heee