Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk kesekian kalinya, puding roti marble ni dibuat kerana amat mudah dan ringkas serta sedap rasanya. Naz buat puding ni kali ini untuk dibawa sebagai buah tangan ke rumah SIL yang menjemput ke rumahnya untuk jamuan sempena masuk ke rumah barunya. Naz bawa puding ini yang memang mendapat sambutan hangat di sana bersama Talam Cendol yang dipublish sebelum ni.
Boleh lihat hasil puding ni yang terdahulu di SINI atau di SINI. Cuma kali ini Naz tidak letak serbuk koko dalam salah satu adunan yang telah dibahagi 3 seperti terdahulu. Naz cuma mewarnakan adunan dengan 3 jenis warna yang berlainan sahaja.
Cepat betul puding ni habis dalam masa tak sampai 1 jam. Budak-budak suka betul dengan puding ni sebab ianya bewarna-warni. Ada pula orang yang minta terus resepinya di majlis tu...hehehehe..
PUDING ROTI MARBLE
Asal Resepi Dari : http://www.youtube.com/watch?v=rgA-HYPua70
Bahan-bahan :
- 10 gm serbuk agar-agar
- 1/2 cawan gula pasir
- 3 cawan air
- 4 keping roti *
- 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
- 1/2 cawan susu pekat manis *
- 1 tin susu cair (400ml) *
- 1 sudu teh asen vanilla *
- 2 sudu besar majerin
- 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo (Naz tak guna kali ini)
- 3 jenis pewarna kesukaan
Cara-cara :
- Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
- Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
- Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
- Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
- Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
- Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berlainan. (Kalau guna serbuk koko, gaul sebati serbuk koko dengan salah satu bahagian larutan puding).
- Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
- Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
SELAMAT MENCUBA!
Assalamualaikum naz...
ReplyDeletewah cantik sungguh puding roti tu naz... sukanya diana tgk.. gabungan warna yang sgt menarik... mmg cantiiik sgt!
Cantiknya pelangi.....kaler2 yang ceria....:D
ReplyDeletesalam naz...mmg meriah kaler puding tu..
ReplyDeletecantik tul puding naz ni..
ReplyDeletepstt..tau tak?akak tak ponah buek lagi puding roti versi ni tau..huhu
puding roti biar betul...
ReplyDeletecantik sangat kalernya...
As'salam cantik sweet je warnanya..pernah buat tp x menjadi...lembik....bila lah nak cuba ni...
ReplyDeletecantik ler Naz nak masuk list hehehe
ReplyDeletebtul cam plangi la naz.. cantik.. suk akk tgok..
ReplyDeletecantik kaler2 die...soft je...
ReplyDeletemesti sedapkan kak naz...
nnt nak tryla...
nmpk bahan2 die cam agak mudah...hehhehe
puding ni pun sllu kak rose buat untuk buah tangan kalau ada majlis makan2... mmg laku sungguh, cantik dan yg penting sedap!
ReplyDeleteas-salam naz
ReplyDeletecantik puding ni..nice combinations of colour..
adik beradik memang suka buat puding ni..heheheh
ReplyDeletesalam Kak Naz..suka tgk kalernya..bdk2 mst suka kan..kaler yg ceria gitew..:=)
ReplyDeleteaduss..sungguh kutergoda ngan puding roti marbe neh..cantik dan tentunya sedap
ReplyDeleteKak Naz,mmg cun sgt,mesti sedap n lemak manis kan,msk list jugalah resepi nih,tapi xtau la bila nak try,huhu..
ReplyDeleteAssalam naz, cantiknya puding roti marble tu, tgk pun rasa nyaman je tekak akk ni hehe
ReplyDeletecantik sgt kaler! mmg puding2 gini sesuai wat bila ada makan2, senang dan cepat je laku kan.
ReplyDeleteAslmkum Naz.cantik kombinasi warna puding Naz...lembut je...patutlah cepat habis.talam cendol kat bawahpun nampak sedap..
ReplyDeletere;Naz, nasib baik straw cukup pjg nak sedut..hi..hi.. kat kelate mmg femeskan sup gear box
akak..cantiknya belang2 dia...suka....agaknya saya hari tu masak tak pekat sgt tu yg susah skit nak belang2 kan dia cam gini..jadik marble belangnya...hahaha....suka resepi akak ni..sedap..:)
ReplyDeletewahh cunnya warna puding ni kak....lama dah tak buat teringin lak rasanya...:)
ReplyDeletemacam warna aiskrim paddle pop :)
ReplyDelete