Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah hasil kerja tangan keras Naz untuk ulangtahun kelahiran Maizatul Husna yang ke 6. Hari lahir Husna sebenarnya pada 22 Julai. Tapi memandangkan tarikh tu jatuh pada hari Jumaat(cuti la ye di sini), jadi kek ini Naz buat untuk dibawa ke sekolah Husna pada hari Ahad(24 Julai).
Kek yang Naz buat adalah kek pisang lembab yang dirujuk resepinya dari blog CMG. Satu adunan kek ni memang elok jer dapat kek yang bersaiz 6 ". Tak banyak adunan ni. Rasa keknya pun memang sedappppp sangat. Lembab dan lembut je.
Asalnya Naz bercadang nak buatkan Husna kek barbie doll tapi tak confident pula nak bermain dengan butter cream untuk mereka gaun barbie doll tu. Patung untuk kek barbie doll ni memang dah lama ada. Fikir punya fikir sambil merujuk buku Panduan Asas Menghias Kek tulisan kak Zati, akhirnya Naz buat keputusan untuk buatkan Husna kek yang bertemakan swimming pool ni. Naz jadikan buku kak Zati ini sebagai rujukan walaupun deco kek Naz ni tak 100% sama dengan deco kek yang kak Zati paparkan di dalam buku tu. Jadi inilah hasilnya.
Gambar kek yang dah dipotong pun lupa nak snap sebab sibuk berbual dengan cikgu Husna. Walaubagaimana pun, Naz tuliskan juga resepinya di sini. Cuma ada satu bahan yang Naz tak letak seperti di dalam resepi asal iaitu serbuk Nescafe.
KEK PISANG LEMBAP (MOIST BANANA CAKE)
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan:
- 115 gm tepung gandum*
- 1/2 tsp soda bicarbonate*
- 1/2 tsp garam halus* (* disatukan dan diayak)
- 3 biji telur gred B
- 1 tsp ovallate
- 70 gm gula perang (brown sugar)
- 120 ml minyak jagung (boleh guna minyak masak biasa)
- 125 gm pisang rastali + 1/2 tsp esen vanilla (dilecek) - Naz guna pisang emas
Cara-cara :
- Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
- Putar gula perang dengan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. Masukkan pisang lecek tadi, putar rata.
- Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan minyak jagung hingga habis, dimulai dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Putar hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing.
- Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tandanya kek telah masak. Sejukkan kek di atas jaringan sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.
- Untuk butter cream, boleh rujuk resepi di SINI.
Birthday girl makan sampai 5 potong kek masa ni. Jarang Husna makan sekali banyak dalam satu waktu. Mungkin kerana deco yang lain dari biasa buat dia teruja untuk makan banyak.
SELAMAT MENCUBA!
So cute. i like.
ReplyDeleteBertuah husna.
hepi belated besday semoga akan menjadi anak yang sentiasa membahagiakan kedua ibu bapa.
Naz, cute sangat & cantik idea deco tu, bleh tiru ya utk birthday my niece bln dpn, hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum naz...
ReplyDeletecomel sungguh kek tu yer naz... pandai naz mendeco kek tu... suka diana tgk.. cantik2!!
n Happy Belated Birthday buat si comel Husna.. Moga dah besar nanti segala impian Husna akan tercapai dan berjaya dunia akhirat.. Amin..
Salam Naz...comel kek tu..sesuai dgn Husna..HAPPY BIRTHDAY HUSNA..
ReplyDeletehepi belated b'day husna...comelneyr kek dia..pandai mama dia deco kek...apa kerasnyer naz, ok..cantik sgt tu...yg biru2 cam jeli tu, naz pakai apa?
ReplyDeleteNaz
ReplyDeletehappy bday to Husna...semoga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yg soleha, insyaAllah..
Naz...santek arr itew kaler air swimming pool...serius Naz..well done!
Lawa betul kek tu...hepi birthday Husna...
ReplyDeleteHappy bday Husna, moga sihat ceria dan rajin belajar..jadi anak yg soleh. Cantik kek bday Husna...Husnapun senyum happy dpt kek comeei...pandai ibu buat.
ReplyDeletebday 22 Julai sama dgn husben akak.
Happy Belated Birthday Husna...semuga sihat sejahtera...ceria n happy selalu...cantiknya kek....senyum Husna sampai telinga....sukanya dia....:)
ReplyDeleteSalam Naz...
ReplyDeleteala2x cute nyer si Husna.. anyway happy belated birthday yer Husna..somoga menjadi anak yg solehah :)Pandai Naz buatkan Husna cake birthday :) creative lah :)
Slmt hari lahir Husna, moga jd anak yg solehah Naz nama anak akk pun Husna juga tp dah 14 thn..
ReplyDeletewhoaaaa~~~ sgt cantik!! happy belated bday husna =)
ReplyDeleteSalam K.Naz..
ReplyDeletewow!! cantik sgt kek nii..bertuahnya Husna..tgn yana rasanya xleh bt deko kek cani..dh keras sgt hehehee..
Hepi Belated Besday Husna..:=)
happy belated birthday to husna..cantik betul kek mama husna bt..rajin n pandai betul mama ya. :)
ReplyDeletehappy belated bday husna..lawa lah deco kek tu naz..akak pun cam nak swim samo..hehe
ReplyDeleteeh!sebelah tu baby hani ke tu?..dah boleh jalan dah?
salam naz.. cantiknya kek tu .. happy belated birthday husna.. suka tgk orang pandai deco kek .. berseri je keknya
ReplyDeleteTERIMA KASIH AUNTY2 SEMUA ATAS UCAPAN DAN DOA UNTUK HUSNA.. SEMOGA AUNTY2 SEMUA BEROLEH KEBERKATAN DARI ALLAH SWT HENDAKNYA..
ReplyDelete