Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya macam tak puas makan lauk sambal serai wangi bebola ayam semalam. Jadi hari ni lebih kurang menu ulang tayang. Cuma kali ini, Naz menggunakan ayam dan diubah suai sedikit kuantiti bahan-bahannya supaya sesuai dengan ayam dan lebih lagi rasa serainya.
Naz suka rasa sambal yang pedas, terasa manisnya, terasa juga masamnya dan tak terlalu masin. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah diubah suai kuantiti bahan-bahan ini mengikut selera masing-masing. Tapi penggunaan serai yang banyak memang menaikkan lagi rasa sambal ni.
Ayam sambal serai wangi ni sedap dimakan dengan nasi yang masih panas dilawankan dengan sayur masak lemak putih...Perhhhhh... Bertambah-tambah nanti nasi..
AYAM SAMBAL SERAI WANGI
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHENBahan-bahan kisar :
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 15-20 tangkai cili kering (direndam)
- 2 batang cili merah
- 5 biji cili padi
- 2 inci kunyit
- 1 inci belacan (lebih kurang 1 tsp)
- 8 - 10 batang serai (dihiris kasar)
Bahan-bahan lain :
- 8 ketul ayam (dibuang kulitnya dan dibersihkan) -dikunyit dan digaramkan
- 2 biji kentang dibelah 12 (macam wedges tu..)
- 1/2 labu bawang besar (dimayang)
- 4 batang serai (dihiris nipis)
- 2 batang serai (diketuk)
- 5 helai daun limau purut (dikoyakkan)
- 1-2 tsp asam jawa + 1/2 cawan air
- Gula
- Garam
- Minyak masak
Cara-cara :
- Goreng kentang, angkat dan toskan. Goreng pula ayam, angkat dan toskan.
- Tinggalkan minyak tadi sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar + bawang besar yang dimayang + serai yang dihiris + serai yang dititik + daun limau purut hingga garing.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biar mendidih.
- Masukkan kentang dan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan biar seketika untuk rasa sambal menyerap ke dalam ayam. Rasakan manis, masin dan masamnya. Ubah suai ikut selera.
SELAMAT MENCUBA!
sedapnya ayam sambal tu kak...
ReplyDeleteterliur mas nengok...
naz akak pun suka sambal camgitu
ReplyDeleteMas,
ReplyDeleteMmg sedap mas.. Akak mmg suka lauk pauk yg banyak guna serai atau lain2 daun utk mewangi dan menyedapkan masakan..
Dah terliur ye Mas, akak kirim sikit dalam mimpi Mas hehehe.
Chik Mimi,
ReplyDeleteChik Mi, mlm ni naz kirim gak utk akak dalam mimpi yer..Hehehe..
Assalam Naz,
ReplyDeleteakak dah print dah recipe ayam ball kat bawah ni..bila2 nak cubalah..nampak sedap ler..thanks ya naz..
uishhh sedapnya kak....nk tumpang lunch sini boleh?..hehe
ReplyDeleteAssalam Naz...sedap sambal tu..ada belacan, kunyit, serai lagi...fuhhh! Aroma sampai ke sini nih!
ReplyDeleteNmapk sedap..betul tu..kalo mkn ngan sayur lemak putih..mmg menambah laa..huhu
ReplyDeleteNaz, dr jauh bau ayam sambal wangi tu...nampak sedap. tp akak tak tahan pedas...mkn pedas habis berair mata hidung..hi..hi..
ReplyDeletere; nasib kita serupa...kek gulung jadi sandwich...tak pa nanti kita sama2 cuba lagi...
namanya pun ayam sambal serai wangi...tentu wangi dan harum kan..tertarik pulak tengok..agak2 ganti ngan ikan bawal pun sedap lkot..
ReplyDeleteHaish...I'm craving for this now! Sedapnyaaaa..just love lemongrass! :)
ReplyDeleteambooiiiii... rasa mcm nak ngap je ayam tu.. macam dok depan mata akak je naz... hehehe.. sedap tu... mesti punya sedap..!
ReplyDeletemesti sedap dan wangi kan..ada serai, ada daun limau purut.......
ReplyDeleteKak Ayu,
ReplyDeleteSila kak, sila..sila copy.. Terima kasih ye kerana berniat nk mencubanya..
Nieza,
ReplyDeleteLain kali kalau nk tumpang lunch, bg tau awal2 .. Boleh masak lebih2 sikit..
Muzhirah,
ReplyDeleteMmg sedap dan wangi sambal ni MZ..
Norul Mas Hana,
ReplyDeleteItulah Norul, masak2 mcm ni, sedap kita gandingkn dgn sayur lemak putih kan.. Yg x sedapnya, makan banyak pulalah nanti...
Mamasya,
ReplyDeleteKak, pedas tu boleh adjust.. Jangan guna cili padi tu kak..
Huhuhuuu... Nasib kita serupa kan...
Iza Akma,
ReplyDeleteBoleh Iza, ganti dgn lauk lain pun boleh.. Adjust2 sendiri jer:))
LOOVE2COOK,
ReplyDeletekita sama Love, I pun suka sgt rasa lemon grass tu..
Kak Madiha,
ReplyDeleteMmg sedap kak.. Mkn masa nasi tgh panas lg dlm cuaca panas ni, berpeluh2 jadinya sampai x sedar dh bertambah2 nasi..hehehe...
Cendana kasih,
ReplyDeleteNoorma, mmg sedap dan wangi.. Hehehe...