Asallamualaikum dan salam sejahtera.
Wah dah bersawang dapur cyber ku ini rupanya...Heheheeee..
Dua minggu kebelakangan ini tuan dapur sungguh sibuk. Memang tak sempat sangat nak mengemaskini entry. Sibuk dengan anak nak menghadapi ujian di sekolah (biasalah bila anak yang nak exam, ummi dia yang lebih kecut perut, yang lebih-lebih sibuk tengok topik yang perlu diulangkaji hehehe..), sibuk sebab entertain bonda dan ayahanda yang berkunjung dari Melaka, sibuk juga sebab si kecil Hani demam + selsema + batuk, sibuk mengikut hubby outstation ke Pahang (yang ni bukan sibuk tapi menyibuk..kih..kih..kihhh..) dan lagi satu sebab... competition untuk menggunakan komputer amat tinggi terutama bila cuti sekolah menjelma. Mana taknya..komputer hubby sakit. Jadi laptop kesayanganku inilah yang perlu menggantikan kerja-kerja laptop hubby tu. Ingatkan bila hubby dah tak guna laptop sayangku ini, bolehlah nak mengadap pula. Anak-anak pula sibuk nak main game... Saboooo je leeee...
Nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan pun tak sempat. Kalau sempat pun tak sempat pula nak tinggal jejak. Minta maaf ye kawan-kawan.
Nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan pun tak sempat. Kalau sempat pun tak sempat pula nak tinggal jejak. Minta maaf ye kawan-kawan.
Ni pun suruh anak yang sulung tu berhenti sekejap main game komputer. Dapatlah masukkan satu entry sementara si kecil Hani tengah nyenyak tidur. Kalau tak, tak ada peluang juga kalau si kecil tu tak tidur walaupun tak ada orang yang guna komputer ni..
Buat apple crumble ni malam tadi sebenarnya. Bawa sebagai dessert ke rumah mak mertua sebab kakak-kakak ipar ada berkumpul di sana sempena cuti sekolah ni.
Idea nak buat apple and dates crumble ni datang bila terlihat di dapur Dayang Jack. Teringin pula nak buat dan merasanya. Buat pun menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur rumah jer.. Kalau nak tengok resepi asal boleh klik pada blog DJ ni.. Di bawah ni resepi yang Naz buat malam tadi tapi tak jauh beza dengan yang DJ punya...
APPLE & DATES CRUMBLE
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan A :
4 biji epal (lebih sedap kalau guna epal Granny Smith)
10 biji buah kurma
1/4 cawan kismis
1 Tbsp gula pasir
1/2 biji lemon (Naz perahkan jus lemon ni sebab Naz guna epal merah)
Cara-cara :
3. Gaul rata.
4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk memasak di dalam oven.
Ketepikan.
Bahan-bahan B (crumble) :
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan butter pada suhu bilik
1/4 cawan gula perang
1/4 tsp serbuk kayu manis (tak nak letak pun tak apa)
Chocolate rice dan sugar ball untuk hiasan
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan kecuali bahan hiasan ke dalam sebuah mangkuk.
2. Gaul dengan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.
3. Taburkan ke atas bahan A di dalam bekas pembakar tadi rata-rata. Tidak perlu ditekan-tekan atau dimampatkan.
4. Taburkan bahan hiasan. Naz taburkan juga 1 Tbsp gula perang di permukaan crumble. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 30 minit atau sehingga keperangan.
NOTA :
Emmmm... memang sedap crumble ni.. Tak rugi mencubanya. Next time nak cuba dengan campuran buah-buahan lain pula.
Semasa menjamu di rumah mak mertua malam tadi, ramai pula yang bertanyakan resepinya.. Semua orang cakap sedap.. Terima kasih kerana berkongsi resepi ye DJ!
nyum3....kak....sedap3...berliurrrr... hehehe
ReplyDeletekak saya wndu la kak akak!
tu la sbb x nmpak2 btg idong ya :))) biasa tgk apple atau pisang..ni kali letak kurma plak..bagus idea ni..leh guna apa2 je yg ada kat fridge tu :)
ReplyDeletememang sedap..kita pun wat apple crumble ...
ReplyDeletewaa bubuh buah epal...
ReplyDeletesangt menarik..:)
apple crumble makan dgn eskrim sedap kan naz?..
ReplyDeleteada lagi tak tu?
bagus btl tuan rmh... siap tunjuk step by step nk buat camne...me ksh...senang ank murid nk ikut. hehhee....
ReplyDeletenaz rasa mcm mn yer crumbler ni,,nak bt takut anak xsuka,,bila anak tak suka mamanye la yang jd mangsa,,,
ReplyDeletesama2...thanks 4 trying. sedap crumble tu kan...DJ kalo makan mmg xleh brenti. kalo campur buah2 lain pun mmg best dan berkhasiat... :)
ReplyDeletesalam tetiba je terlintaskat fikiran apple crumble..sy ambik resepi ye tq
ReplyDelete