Wednesday, 23 February 2011

SUP AYAM MUDAH



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masak Sup Ayam Mudah jer hari ini. Resepi yang semua orang pun tau kan. Tapi nak letak juga lah dalam blog ni. Untuk rujukan anak-anak bila mula memasak nanti. Bila mula-mula cuba memasak tentulah perlukan menu yang senang dan mudah disediakan. Lagipun, ini kan blog Naz..sukahati kitalah nak letak menu apa pun kan..


SUP AYAM MUDAH
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji kentang (kupas kulitnya, dibasuh dan dibelah 4)
3-4 cawan air (boleh tambah ikut banyak kuah yang dikehendaki)
1 ketul kiub pati ayam
1 sup bunjut
Garam secukup rasa
3 Tbsp minyak masak
Daun sup dan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga halia. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan ini hingga layu dan naik bau.
  2. Masukkan air, ayam dan juga kentang serta sup bunjut. Biarkan hingga menggelegak dan masukkan kiub pati ayam dan garam. Tunggu hingga kentang empuk.
  3. Rasakan garamnya dan bolehlah ditutup api. Hidangkan bersama taburan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Boleh perahkan sedikit asam limau sekiranya suka.

7 comments:

  1. nyum3....lama dah tak makan sup2 nie =)

    ReplyDelete
  2. nazzz sedapnya lama akak tak buat sup ayam,hubby suka makan sup ayam ni dengan sambal kicap

    ReplyDelete
  3. kalau dapat hirup kuah dia... makan ngan nasik panas2, hmm x sedar 2 pinggan dah!

    ReplyDelete
  4. assalam naz
    sedapnya sup ayam..mudah2 pun kalau makan dgn sambal dan ikan masin..perghh..sedapnya..:)

    ReplyDelete
  5. simple tapi nampak cukup sedap Naz...

    ReplyDelete
  6. perghhh sedap ni kak dapat hirup kuah tu time sejuk2 ni memang mabeles..suka juga buat sup2 ni..:)

    ReplyDelete