Saturday, 4 December 2010

WATERMELON JELLY


Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni tertunailah hasrat di hati untuk membuat fruit jelly yang terkenal di kalangan blogger semenjak kebelakangan ni. Kak Nor dah buat, Izah pun dah buat dan yang pastinya resepi asal diambil dari Kak Yani-My Resipi.

Resepi asal menggunakan buah limau. Naz pula buat menggunakan buah tembikai. Buah tembikai ni ada dalam peti ais. Separuh dah dimakan. Tinggal lagi separuh, rasanya macam dah tak ada orang nak usik dah sebab kurang manis dan rupanya yang tak berapa merah. Jadi Naz proses untuk dijadikan jelly tembikai.

Wow! Memang tak mengecewakan hasilnya. Dari rupa yang kurang berseri tadi terus jadi menawan. Warna merahnya sungguh cantik selepas dikisar buah ni.. Rasanya... emmmm... sedap..Memang tak lari dari rasa tembikai dan yang pastinya dah manis dari asal sebab dah ditambah gula. Jadi kepada yang nak mencuba, dipersilakan..



WATERMELON JELLY
Sumber : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :

1/2 biji buah tembikai
10 gm serbuk agar-agar
100 gm gula

Cara-cara :

Mula-mula korek keluar isi buah tembikai dengan sudu. Kisar isi buah tembikai di dalam pengisar. Tuang dan sukat menjadi 1000ml(1 liter). Maknanya kalau kurang tambah sikit air untuk jadi 1 liter.


Masukkan tembikai kisar, serbuk agar-agar dan juga gula ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.


Letakkan kulit buah tembikai yang dah kosong tadi di atas mangkuk yang sesuai untuk memudahkan proses menuang adunan jelly. Tuang adunan jelly tembikai ke dalam kulit buah tembikai. Biarkan ia mengeras.


Setelah keras, sekiranya didapati agar-agar sedikit mendap, potong untuk mengemaskan bahagian tepi buah tembikai seperti gambar di bawah.


Kemudian bolehlah dipotong untuk dihidangkan.

3 comments:

  1. salam naz, dr smlm dah nampak n3 ni kat list follower... cuba masuk berkali2 tp tak leh.. mesti tersilap publish kan.. hehe

    bagus betul! dah buat versi tembikai.. anak murid yg rajin siap buat the making gak tu. cantik naz!! tahniah :)

    ReplyDelete
  2. wahhh.. memang kreatif dan berinovatif.. hahhaa.. sangat sedap dilihat dimata ini..mau jugak ngap sepotong dua..sodap giloss nampaknya..

    ReplyDelete
  3. salam Naz,
    nampak sedap lak puding tembikai ni.nak kena try ni..

    ReplyDelete