Friday, 31 December 2010

ROTI GORENG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama teringin nak mencuba buat roti goreng ni.  Kalau di sini, roti goreng ni diusahakan untuk dijual sebagai makanan frozen.  Intinya selalu memang kacang merah.  Anak-anak pun memang suka.  Resepi dah ditelek-telek dari beberapa sumber.  Akhirnya buat keputusan ikut resepi yang dijumpai dari blog Ijan-Findland ni tapi Naz ubah suai sikit ikut kehendak Naz.  Jadi siapa yang nak tengok resepi asal boleh rujuk sini.


Ini roti goreng inti kacang merah...

ROTI GORENG
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :
2 cawan tepung roti/ tepung gandum
2 Tbsp margarine yang dicairkan
2 Tbsp susu pekat manis
1 Tbsp gula
1 tsp garam
1/2 cawan air suam
1/2 paket yis segera (lebih kurang 2 tsp yis segera)

Ini roti goreng inti sambal bilis..

Cara-cara :
1.  Larutkan garam dan gula di dalam air suam.  Kemudian masukkan marjarin, susu pekat manis dan juga yis ke dalam larutan.  Biarkan 30 minit hingga larutan yis kembang(nampak berbuih-buih).
2.  Di dalam mangkuk yang mengandungi tepung, masukkan larutan ini sambil menguli hingga sebati.  Sekiranya perlu, tambah sedikit demi sedit air suam lagi hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan.  Biarkan doh naik dua kali ganda.
3.  Tumbuk doh untuk membuang angin.  Bulat-bulatkan doh seberat 50 gm dan isikan dengan inti pilihan anda.  Biar doh ini naik lagi sekali.
4.  Panaskan minyak dan goreng atas api perlahan.  Balik-balikkan biar masak sekata.  Angkat dan boleh dihidangkan.

NOTA :
Kalau buat double adunan ni, boleh dapat banyak roti goreng ni.  Goreng roti separuh masak(warnanya kuning cair je), dan sejukkan.  Kemudian simpan di dalam plastik atau bekas dan boleh disimpan di dalam peti ais.  Bila nak makan, just keluarkan dan goreng hingga betul-betul masak sepenuhnya.  Ingat!! Api perlahan jer tau!

No comments:

Post a Comment