Tuesday, 2 February 2010

KEK GULA HANGUS


Kek Gula Hangus atau sesetengah orang memanggilnya "Honey comb" resepi dari Kak Halimah ni memang terkenal rasanya dikalangan blogger yang dah mencuba. Naz pun dah banyak kali buat kek ini menggunakan resepi Kak Halimah ni. Memang menjadi sarang kek nie.. Rasanya pun sedap.. Dapat resepi dari Koleksi resepi pilihan diana.


KEK GULA HANGUS
Sumber: Kak halimah
Bahan untuk gula hangus :
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

Cairkan gula dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas.(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop). Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek :
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya :
1. Pukul telur sampai kembang.(warna telur menjadi pucat/’pale’)
2. Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata.
3. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
4. Tuang kan esen vanilla.
5. Last sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik. Lepas 3 jam, warna bancuhan kek akan berubah.
6. Tuangkan adunan dalam loyang yang sesuai dan kacau supaya tepung tak mendap dan bolehlah dibakar selama 1 jam pd suhu 160°C dengan api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

No comments:

Post a Comment