Saturday 22 October 2011

ROTI SOSEJ GORENG



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Dah sarapan semua? Buat roti sosej goreng yang ringkas ni saja untuk anak-anak. Rasanya semua orang pun tau cara nak membuatnya. 

Ok, ni resepi ringkas roti sosej goreng ni.

ROTI SOSEJ GORENG

Bahan-bahan :
  • 5 keping roti sandwich
  • 5 batang sosej
  • 1 biji telur + sikit lada sulah + secubit garam - dikocok sikit
  • Bread crumb secukupnya (boleh juga guna nestum, oat atau cornflakes yg diramas)
  • Minyak untuk menggoreng

Sebelah kiri tu, Naz golekkan ke dalam nestum dan 

yang sebelah kanan tu, Naz golekkan ke dalam bread crumb.
 Cara-cara :
  1. Ambil sekeping roti dan lenyek dengan penggelek hingga roti penyek. Tujuannya supaya roti tidak menyerap minyak dengan banyak ketika menggoreng nanti.
  2. Letakkan sebatang sosej di atas roti tadi dan gulung kemas. Sapukan sedikit telur sebagai gam di hujung gulungan roti agar gulungan roti tidak terbuka. Buat hingga semua roti dan sosej habis digunakan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Celup dan golek-golekkan gulungan roti sosej tadi ke dalam telur. Kemudian golekkan pula ke dalam bread crumb dan terus goreng. Gunakan api sederhana sebab masaknya sekejap saja. Masak hingga menjadi perang.
  5. Angkat dan biar di atas tisu dapur seketika supaya minyak yang berlebihan diserap. 
  6. Hidangkan dengan sos cili atau pun boleh dimakan begitu sahaja.
Ringkas je kan!
SELAMAT MENCUBA!

15 comments:

  1. sedap roti kalau buat gini naz....anak2 ida suka, pernah gak buat, lama dh....lum pernah ada n3 sbb tak sempat nk kasi possing he..hetapi kan naz, roti keping kt sini tebal sgt....

    ReplyDelete
  2. sedapnya..lama tak wat roti sosej ni.Bf ngan roti ni mmg kenyang sbb dah lengakp suma

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum naz...
    sedap nie naz... dah lama sgt diana x buat tuk anak2... irfan mmg suka sgt makan nie... mmg laku kan kalu buat nie..

    ReplyDelete
  4. Salam naz,kak ros pun dah lama tak buat roti sosej.Dah nampak naz punya ,tergoda pulak.

    ReplyDelete
  5. assalam naz,sedap roti gini, ank2 mmg suka la goreng ada sosej mcm ni,

    ReplyDelete
  6. ooo naz main golek2 ye..hehe, senang je kan nak buat roti ni..anak2 suka sgt :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Naz,

    dh tidur ke?? Kak Nur dtg mlm2 ni nk mintak seketul roti tu...mlm2 lapar tau Naz bila tengok makanan...hehe.

    ReplyDelete
  8. akak dtg pepagi buta ni Naz, senang je buat ni eh? sekali akak baca dah boleh ingat dlm otak.....cuma kat rmh ni susah skit nak beli sosej, nanti nak buat jugak la.

    ReplyDelete
  9. saya pernah cuba dua2 kak naz..kalau yg nestum tu api memang kena betul2 pelan kalau dak cepat hangus..tapi dua2 pun best..janji ada hotdog seketul kat dalam..hehehe

    ReplyDelete
  10. Assalam Naz ,sedap tu dedulu akak rajin buat bekal untuk anak2 sekarang ni maknya M heheh
    thanks Naz atas sokongan n keperihatinan mu

    ReplyDelete
  11. Assalam kak Naz, suka juga buat roti sosej gini memang sedap...:)

    ReplyDelete
  12. ohooo.. boleh pakai nestum ya.l. jenuh cari breadcrumbs tak jumpa.. heee~~ minum petang.. ini lah menunya.. :)

    ReplyDelete
  13. Nti says Alan Cuba mesti sedap kan kan kan

    ReplyDelete