Wednesday 13 July 2011

PUDING AISKRIM

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ok entry kali ini kena buat seringkas yang mungkin sementara boleh guna komputer di office hubby ni, kenalah cepat-cepat update entry yang dah tertangguh dek kerana lappy Naz yang tengah sakit ni.

Resepi Puding Aiskrim ni Naz dapat dari seorang kawan (MIRA) yang sama tempat kerja masa Naz kerja dululah. Resepi asal menggunakan sukatan TAHIL untuk berat agar-agar tali yang digunakan. Untuk ukuran bahan-bahan yang lain, dalam resepi asal menggunakan sukatan gelas. Jadi Naz cuba mengukur dan menukar sukatan-sukatan ini kepada sukatan yang standard supaya mudah untuk dirujuk di kemudian hari. Kuantitinya juga telah Naz kurangkan kerana untuk 1 TAHIL agar-agar, boleh dapat jumlah puding yang sangat banyak. 


PUDING AISKRIM

Bahan-bahan :
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 200 ml susu cair
  • 4 biji telur gred B - diasingkan putih dan kuningnya
  • 1/2 cawan santan (125 ml)
  • 4 cawan air (1 liter)
  • 1 cawan gula
  • Pewarna merah dan kuning (atau boleh guna apa juga warna yang digemari)


Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan gula bersama air hingga larut. Kemudian bahagi 2 bahagian larutan ini.
  2. Campurkan kuning telur bersama susu cair dan santan di dalam sebiji mangkuk. Pukul hingga kembang dan sebati. Kemudian masukkan adunan telur ini ke dalam salah satu larutan agar-agar tadi bersama pewarna kuning. Kacau di atas api seketika. Tuang larutan ke dalam loyang atau acuan. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  3. Sementara itu, pukul putih telur hingga betul-betul kembang dan berbuih(soft peak). Panaskan baki larutan agar-agar tadi. Masukkan putih telur yang talah dipukul hingga kembang tadi bersama pewarna merah ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika di atas api. (Boleh juga dibuat begini : Larutan agar-agar yang telah dipanaskan di atas api tadi, dicurahkan ke dalam mangkuk berisi putih telur yang telah kembang dan kacau rata).
  4. Seterusnya tuang larutan ini ke dalam loyang yang telah berisi larutan agar-agar kuning tadi. Keraskan sepenuhnya di dalam peti sejuk.
Sedapppppp sangat puding aiskrim ni. Bila Husna makan terus dia kata "Eh ummi! Ada bunyilah bila Husna gigit yang warna merah ni. Sedap.. Boleh tak ummi buat yang warna merah ni banyak-banyak lain kali..".

Memang bila digigit lapisan yang bewarna merah tu, akan terhasil bunyi.. Macam mana bunyinya tu, kenalah cuba sendiri buat puding ni dan makan ye.

Terima kasih ye MIRA kerana berkongsi resepi yang sedap sangat ni.

NOTA :

  • Untuk lapisan agar-agar dengan putih telur tu(bewarna merah), bila dicampurkan dan digaul, memang nampak macam tak sebati sebab ada lapisan cecair dan ada lapisan buih-buih. Jangan risau. Memang begitu kejadiannya. Cuma pastikan digaul rata agar buih-buih tu semuanya terkena cecair agar-agar ye!
Beginilah rupa bebuih dari lapisan agar-agar dengan putih telur.

SELAMAT MENCUBA!


41 comments:

  1. wahhhhhh...cantiknya puding tu kak naz......
    menarikk sangat....

    ReplyDelete
  2. salam naz..betul kata mas mmg cantek pinjam sat boleh ?? hehehe gilir2 dgn mas..

    ReplyDelete
  3. assalam naz, nyaman tgk puding eskrem

    ReplyDelete
  4. As'alam naz

    cantiknya puding tu, nampak kelainan seklai. sesuai lah untuk hidangan selepas makan ni kan. lappy rosak ya, patut lah senyap jer.

    ReplyDelete
  5. salam Naz..cantiknya puding tue dlm acaun yg menarik!nkmkn pon berselera sgt!

    ReplyDelete
  6. cantiknya puding Naz nie...mesti Naz nie sorang yang sabor kann..kann..kalu Nasya yang buat tatau la camne rupe dia.Mesti kaler maler..apa2 pun tabik spring sbb sudi bkongsi resepi yg sedap n hebat nih..

    ReplyDelete
  7. tomey2..rajin betul pn naz kita..:))

    ReplyDelete
  8. as salam...dtg melawat.jemput ambik tag di blog saya

    ReplyDelete
  9. Cantiknya puding Naz tu...rasa nak kidnap je..hi..hi.ingatkan ada letak aiskrim sbb nama puding aiskrim tp rupa2nya satu lapisan dibekukan dlm peti ais.

    ReplyDelete
  10. kak naz cantiknya puding tu...

    ReplyDelete
  11. cam best yo puding ni naz..masuk list lah

    ReplyDelete
  12. wahhh cerianya puding akak ni..sure sedap kan..nanti nk cuba jugalah:)

    ReplyDelete
  13. cantiknya puding tu naz..... simpan dlm peti ais lg gitu... ermmm.. mmg x boleh berkata apa2 dah... tersenyum jer... sedaaap

    ReplyDelete
  14. kak naz : comey lotte...ada masa akak ambik award yer...

    ReplyDelete
  15. Naz...

    Acuan cantik...puding pun cantik...rasa...confirm sedap...nyaman je masuk kat tekak...:)

    ReplyDelete
  16. Naz..
    geram tgk puding dlm SM tu...
    semua org memuding skrg ni yer.. kat rumah akak tu semua org memilih kalau wt puding.. kalau mkn pun sekali rasa jer pastu terperap dlm esbox.. ada puding2 tertentu jer yg anak2 & suami suka..

    ReplyDelete
  17. makan sejuk2 mesti sedap ni..huhuu

    ReplyDelete
  18. Nampak sedap...pasti anak2 Liz suka colorful puding aiskrim ini...
    nanti Liz mau mencoba

    ReplyDelete
  19. Salam Naz. Waaaaah, best nya niiiii.... cantik menawan.

    ReplyDelete
  20. Mas cayang...

    Mmg pun kan mas.. Akak pun tak tau akan jadi cam ni rupa puding ni.. First time buat ni..

    ReplyDelete
  21. Kak Illah..

    Amboi kak ilah..boleh main pinjam2 pulak eh.. Tukar2 dgn mas yer..

    ReplyDelete
  22. kak Rosaliza..

    Mmg nyaman lebih2 lagi kalau dapat yg dari peti ais kan kak..

    ReplyDelete
  23. Tun adikku sayang.

    Omey yer.. Meh datang sini akak bagi seketul..hehehe

    ReplyDelete
  24. Kak CT Delima..

    W'salam kak. Mmg lain dari puding yang pernah Naz buat kak.. Sian Naz kan..Lappy rosak..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  25. Kak Azatiesayang..

    Acuan tu yg cantik sebenarnya..Jadi kejadian puding pun cantik la kak..hehehe..

    ReplyDelete
  26. Lyn..

    Sila..sila lyn..kalau boleh makan dr komputer hehehe..

    ReplyDelete
  27. Nasya..

    Tu tgh ada mood tu..tu yg rajin. Lagipun nak tau sangat apa kejadian puding ni...
    You are welcome.. Kan sharing is caring...

    ReplyDelete
  28. Kha..

    Tq kha... Tak rajin mana pun Kha.. Itu terajin sikit jer tu..hehehee

    ReplyDelete
  29. MATAHARI..

    Terima kasih atas tag.. Nanti Naz amik eh..

    ReplyDelete
  30. Mamasya..

    Terima kasih kak.. Nak kidnap ye..boleh ker hehehe... Aaah..mula2 dgr nama puding ni, Naz pun ingat guna aiskrim.. Tu yang tak sabar nk buat nak tau kenapa panggil piuing aiskrim.. Rupanya sebab lapisan pink tu mcm aiskrim rupanya..

    ReplyDelete
  31. Kak Anim..

    Masuk list ye kak...Nanti buek tau!

    ReplyDelete
  32. Nieza..

    Hai nieza.. Ceria sebab warna tu kot.. Sedap kt tekak akak.. Tak taulah kat tekak org lain.. Cubalah Nieza..

    ReplyDelete
  33. Diana..

    Tq diana.. Dah tak terkata dah yer.. Kalau ada depan mata, tak payah berkata2..ngap jer..heheheee

    ReplyDelete
  34. Anna Qawina..

    Anna akak ker puding yg comey lotte ??? Hehehe... Ok nanti akak amik yer tq..

    ReplyDelete
  35. cik cek..

    Kak cek...acuan tu mmg dah lama Naz idam2kn...sebab tau mesti cantik bila buat puding dalam tu...

    ReplyDelete
  36. kak Madiha..

    Naz pun selalu buat puding cikit2 jer.. Satu adunan tu mesti dikurangkan sukatannya.. sbb takut tak makan dok dalam peti jer laaa.. Tu yg kekadang tu bagi sikit kat jiran sebelah rumah.. At least tak membazir kan..

    ReplyDelete
  37. Frommetoyou..

    Puding kalau makan sejuk2 mmg sedap:))

    ReplyDelete
  38. Liz..

    Sedap juga puding ni Liz.. Naz agih2kn pada jiran dan kawan.. Semua kata sedap..Silakan Liz...

    ReplyDelete
  39. HomeKreation..

    Salam along... Tergoda tak long??

    ReplyDelete