Wednesday, 10 January 2018

TART NENAS PALING SEDAP-ADY (BEST PINEAPPLE TART)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Okey, menambah lagi koleksi biskut tat nenas. Ya ampuunnnnn!!! Sungguh sedap wehhhh tat nenas resepi Ady ni.
Sungguh la betul seperti namanya.
Sungguh la sedap bagai dikata.
Sungguh la benar cair di mulut bila dimakan.
Sungguh la tak boleh bertahan sebalang biskut ni untuk semalaman.
Memang rugi lah siapa yang dah terjumpa resepi ni tapi tidak dicuba. Seriously, sedap bangat. Tak percaya ye? Cubalah sendiri. Insya Allah pasti takan menyesal punya.


Okey tak mau cakap banyak. Jom semak resepi. Cara penulisan resepi asal boleh rujuk pada link yang Nadz sertakan di bawah tu ye iaitu dari blog Ady.


TART NENAS PALING SEDAP-ADY (BEST PINEAPPLE TART)
Recipe by: Ady
Source : Sariyusa
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.my

Bahan-bahan:
  • 700 gm inti jem nenas (bulat-bulatkan seperti guli dan timbang 8 g sebiji) 
  • 350 g mentega (Nadz guna lepa susu such as buttercup, farmcows)
  • 100 g susu pekat manis
  • 2 biji kuning telur
  • 510 g tepung gandum

Cara-cara :
  1. Masukkan susu pekat dan mentega ke dalam mangkuk. Gaul atau pukul dengan hand whisk atau senduk kayu jer.
  2. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga mendapat doh yang lembut serta tidak melekat di jari.
  4. Bulat-bulatkan doh 10 g setiap satu.
  5. Ambil sebiji doh, leperkan dan letakkan sebiji inti nenas tadi. Tutup doh kemas dan bentukkan bulat.
  6. Menggunakan pisau atau sisi spatula, lorekkan permukaan doh yang berisi inti nenas tadi membentuk rupa kulit nenas. Sapu permukaan doh dengan egg wash. Buat hingga habis dan susun di atas loyang pembakar.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165-170C selama 25 minit atau hingga masak keperangan atau mengikut ragam oven masing-masing.
  8. Sejukkan dalam suhu bilik sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Egg wash:
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu the susu segar/susu cair
  • sedikit pewarna kuning (optional)
  • sedikit esen vanilla (optional)


SELAMAT MENCUBA!

5 comments: