Wednesday, 22 April 2015

BUBUR BUTIR NANGKA

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lama dah teringin nak buat bubur butir nangka. Cuma mencari-cari buah nangka, tak jumpa-jumpa pula. Kebetulan terjumpa nangka yang dah dibungkus kecil-kecil di Mydin. Terus je beli. 

Sebenarnya, membuat bubur butir nangka tidak lah sehingga wajib memerlukan buah nangka. Cuma Nadz suka masak bersama hirisan buah nangka agar rasa bubur ni nanti ada manis-manis buah nangka tu. 

Jadi mari tengok resepi mudah ni. Tiada sukatan tepat untuk bubur ni sebab boleh ikut citarasa masing-masing. Macam Nadz di rumah ni, kalau buat bubur atau pengat, kuahnya memang banyak sebab anak-anak perempuan dalam rumah ni suka makan kuahnya lebih daripada isi bubur atau pengat tu.




BUBUR BUTIR NANGKA
By: Nadz@ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan untuk butir:
  • Tepung pulut (glutinous rice flour)
  • Pewarna kesukaan
  • Secubit garam halus
  • Air secukupnya untuk menguli dan merebus butir nangka
Bahan-bahan untuk kuah:
  • 500 ml santan (adjust la ikut banyak mana kuah yang dikehendaki, I guna santan kotak je)
  • Gula secukupnya (I campur sedikit gula Melaka dengan gula pasir)
  • 1 sudu besar halba (I tak letak pun, anak-anak tak suka)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan-basuh, siatkan dan simpulkan
  • 3-4 ulas buah nangka yang telah masak-hiris ikut  
  • 3 sudu besar biji sagu-basuh, rendam seketika dan toskan 

Cara-cara penyediaan:
  1. Tepung pulut diuli dengan air yang telah dibancuh dengan garam dan pewarna pilihan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan.
  2. Panaskan air di dalam periuk. Di samping itu, sediakan satu mangkuk berisi air biasa. Apabila air mendidih, gentel doh tadi menjadi bebola-bebola lonjong dan masukkan ke dalam periuk. Apabila masak, doh tersebut akan timbul. Cedok keluar doh yang timbul dan masukkan ke dalam mangkuk lain yang berisi air yang disediakan tadi. Buat hingga habis kesemua doh direbus.
  3. Untuk kuahnya, masak santan bersama gula, garam dan daun pandan di dalam periuk. Sekiranya menggunakan gula Melaka, dinasihati agar masak dulu gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut. Kemudian tapis sebelum menggunakannya. 
  4. Apabila mendidih, kecilkan api dan masukkan butir-butir nangka tadi, buah nangka yang teah dihiris serta biji sagu. Rasakan manis bubur mengikut citarasa anda. Tutup api. 
NOTA NADZ: 
Nadz suka bubur butir nangka yang doh butir nangkanya bila digigit lembut tetapi masih kenyal-kenyal. Untuk mendapatkan bubur butir nangka dengan doh butir nangka yang lembut tetapi sedikit kenyal bila dikunyah, ikut langkah berikut:
  • Semasa proses menguli tepung pulut, jangan masukkan banyak air hingga adunan terlalu lembut. Cukup sekadar mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan boleh dibentuk.
  • Jangan biarkan bubur di atas api terlalu lama setelah doh butir nangka dimasukkan ke dalam kuah santan. Ini untuk mengelakkan doh butir nangka terlebih rebus. Nanti ia akan menjadi terlalu lembut/lembik. 
  • Walau bagaimana pun, terpulang pada citarasa masing-masing ye.
SELAMAT MENCUBA!

4 comments:

  1. dapat semangkuk pun jadilah...sedapnye...dah lama x masak bubur...

    ReplyDelete
  2. infonya sangat menarik...
    mantap...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap. selalu nampak jual kat Bazar Ramadhan. tapi tak pernah nak beli pun

    ReplyDelete
  4. I wanna tell that this is very beneficial , Thanks for taking your time to write this. Explore all kinds of users, hashtags and locations in ease with our Instagram Web Viewer Pictame2.

    ReplyDelete