Thursday, 26 December 2013

KEK BUAH KUKUS YANG SUNGGUH MOIST & MARVELOUS

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni nak kongsi resepi dan juga hasil kek buah kukus yang amatlah lembap dan confirm sedap sekiranya menjadi dibuat oleh si pembuatnya. Yelah, Nadz kata "kalau menjadi" tu sebab sekiranya tak sedap dan tak jadi nanti jangan marah pula pada Nadz. Kerana kek ni memang ramai sangat yang dah mencubanya dan ramai juga yang buat jualan. Meanings, kalau tak sedap dan tak lembap tu maknanya bukan salah resepi ok. Mesti ada silap pada diri sendiri yang membuatnya. Nadz sendiri dah banyak kali buat kek kukus buah ni cuma kali ni je yang berkesempatan nak kongsikan resepi ni dengan kawan-kawan yang masih belum pernah mencuba kek ni.

Resepi ni Nadz dapat daripada blog kak Sheila (Spices Journey). Usul asal resepi ini daripada Chef Zubaidah bte Chepa (buku Steamed Cake, terbitan One Publisher) yang dikongsikan oleh rakan kak Sheila di laman fb iaitu kak Kamilia Ibrahim Kak Uteh. Jadi Nadz kongsi pula resepi yang sungguh marvelous hasilnya ini di blog Nadz pula. Untuk rujukan sendiri juga pun. Terima kasih kepada yang menyebarkan resepi ini. Nadz copy resepi dari blog kak Azie.


KEK BUAH KUKUS
Source : Kak Shiela (Spices Journey), Kak Azie (Azie Kitchen)
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan bahan:

  • 225 gm Mentega 
  • 340 gm gula pasir
  • 50 gm air panas
  • 500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
  • 3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
  • 1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:

  • 1 sk cream of tartar 
  • 2 sk soda bikarbonat
  • 350 gm tepung gandum 
  • 1 sk serbuk Nutmeg/buah pala 

Cara cara:

  1. Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
  2. Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
  3. Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 
  5. Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
  6. Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.
  7. Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 
NOTA:
  • Kek ni lebih sedap dan lebih moist selepas 2 hari. 
  • Kek boleh disimpan di dalam bekas bertutup atau boleh dibalut dengan plastik wrap. Kek akan menjadi lebih moist.
  • Potong kek menggunakan pisau yang tajam untuk mendapatkan potongan yang cantik.
  • Warna kek bergantung kepada warna gula hangus yang dibuat di awal proses membuat kek.


SELAMAT MENCUBA! 

12 comments:

  1. Oohh 4 jam ek..mau habis gas ni..haha..ok nk try kot2 rajin..cam x rajin lg ni

    ReplyDelete
  2. memang best kek ni...
    suka sangat..

    ReplyDelete
  3. Rasa mcm nk trai.. Tapi memikir sapa yg nak makan tu.. Ngundur smula..

    ReplyDelete
  4. Anna, kalau nak kukus kurang 4 jam pun boleh tapi kena pastikan kek dah masak sepenuhnya la.. Maybe dlm 2 jam kot. Dulu akak buat 1/2 adunan kukus 2 jam jew..

    ReplyDelete
  5. Mas, kan mas kan.. Kek ni mmg sangat osem!

    ReplyDelete
  6. Aik?? ada lagi dak Anna ni. Akk guna butter jenama 'buttercup' tu je.. Dah butter tu yg bnyk stok kat rumah ni..

    ReplyDelete
  7. Haha..tulah Izah, kalau nk masak pepe, mmg kita ni fikir ada ke tak org yg nk menghabiskan tu kan. Alaaa...kalau teringin sgt, buat 1/2 adunan jew.. First time cuba dulu, akk buat 1/2 adunan jer...

    ReplyDelete
  8. Saya pernah buat kek ni.memang menjadi dngn cantiknya.terima kasih kpd yg menyumbang resepi

    ReplyDelete
  9. I tried ur recipe cake turn out very moist.thank you.taste very delicious

    ReplyDelete
  10. I tried ur recipe cake turn out very moist.thank you.taste very delicious

    ReplyDelete