Saturday, 1 September 2012

VANILLA FONDANT CUPCAKES FOR HANTARAN


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semua pengunjung blog ini dalam keadaan yang baik-baik saja hendaknya. Masih lagi sibuk beraya ke? Atau sibuk menghadiri kenduri pertunangan dan perkahwinan di musim perayaan ini?

Kali ini, Naz nak kongsikan resepi kek cawan vanilla yang Naz buat dan hias menjadi kek hantaran pertunangan sepupu (inlaw) di sini pada hari merdeka semalam. Tahniah kepada NAZMI dan pasangannya FATIMAH yang jauh nun di Penang. 

Kek cawan ni direquest oleh ibu Nazmi (aunty in law Naz-makngah) dan menyerahkan sepenuhnya kepada Naz untuk menyiapkan satu hantaran ni. Jadi Naz buatlah ikut sesedap citarasa sendiri. Syukur Alhamdulillah mereka cukup puas hati dengan hasil tangan Naz ni...hehehee..Seronok bila apa yang kita hasilkan orang suka. 

Kek cawan vanilla sebelum dihias.

Resepi Naz ambil dari laman "My Resipi" sumbangan miss ad. Baca komen dari orang yang dah mencuba kek cawan ni amat memberangsangkan. Yupp, memang best kek di bila dah masuk ke mulut Naz. Naz minta izin untuk simpan resepi yang marvelous ini di sini pula ye miss ad. Terima kasih!

KEK CAWAN VANILLA
RECIPE BY: miss ad@My Resipi

Bahan-bahan:
  • 150 g mentega
  • 185 g tepung naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla
Cara-cara: 

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati.
  4. Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh (Naz masukkan adunan 1/2 penuh je sebab naik tinggi kek ni).
  5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C atau mengikut oven masing-masing.

Untuk ising:
(Naz tak buat sebab nak hias dgn fondant)
  • 100 g mentega
  • 200 g gula ising
  • 2 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • chocolate rice utk tabur


  1. Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim.
  2. Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice

Jadi di bawah ni, saja Naz masukkan gambar-gambar deco Naz untuk rujukan sendiri bila nak buat lagi nanti. Maklumlah masih amatur. Perlu rujukan setiap kali nak buat..heheheee...


Semuanya dari fondant kecuali bunga ros tu bunga gumpaste.

Untuk hiasan-hiasan di atas kek cawan ni, Naz menggunakan fondat. Fondant Naz beli dari kedai bakery. Kecuali bunga ros warna putih tu, Naz guna bunga gumpaste. Bunga ni pun dibeli dari bakery. Bukan apa, sebenarnya Naz lebih suka guna fondant daripada gumpaste sebab kalau gumpaste ni, kerasnya tak boleh digigit. Tapi kalau fondat ni, masih boleh dikunyah-kunyah macam gula-gula. 

Ini bunga-bunga dan daun yang Naz terap. Semua ni dari fondant.
Bunga-bunga dari fondant yang telah Naz terap ni, Naz masukkan ke dalam bekas telur burung puyuh supaya ia sedikit melengkung bila nak digunakan. Jadi lepas terap Naz biarkan dalam bekas tu beberapa jam sebelum digunakan. Jadi bunga-bunga fondant ni nanti akan melengkuk dan statik bentuknya walaupun tak sekeras bunga gumpaste.

Bekas telur burung puyuh ni, yang plastik tu. Naz gunakan bekas ni sebab bekas ni boleh dibasuh dan lebih terjamin kebersihannya. Kalau nak guna bekas telur ayam pun boleh tapi Naz nasihatkan gunakan yang dari plastik juga sebab boleh dicuci dulu sebelum digunakan. Kalau bekas telur yang meterialnya dari kertas tu, dikhuatiri kurang bersih. 

Bunga fondant ni telah dibentukkan melengkuk sikit sebelum digunakan.
Bunga-bunga ni pun Naz dah bentukkan supaya melengkuk sikit di dalam bekas telur puyuh.

Okey, sebelum ada yang bertanya, Naz bagi tau siap-siap di sini. Untuk bunga dari gumpaste tu, Naz lekatkan di atas permukaan fondant menggunakan gum daripada fondant juga. Caranya ialah sedikit fondant dicampurkan dengan air panas dan dilenyek-lenyek sampai jadi cam gam. Untuk bunga dan daun dari fondant tu pula, Naz lekatkan menggunakan air biasa saja.

Ok banyak sangat membebel kali ini. Harap bermanafaat kepada sesiapa yang berminat nak tau serba sedikit passal fondant ni. Ilmu Naz pun tak seberapa. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.

SELAMAT MENCUBA!

5 comments:

  1. lawa...cantik...cute...hehehe

    nanti boleh tunjuk tak peralatan yang NAz gunakan utk main fondan ni..CK tingin ler nk cuba..almaklum la, anak2 buah sume dah membesar, masing2 dok berkapel..tak lama lagi, tumbang la lembu... so sbg mak sedara, mesti lah nk kena bagi sesuatu... kat Bake With Yen ada dijual fondan dalam pek kecik, CK rasa cukup la utk bereskperimen dulu kot...hehe

    ReplyDelete
  2. assalam Naz..sangat teruja melihat hasil seni Naz..kak lina pun tingin nak belajar deco2 n..tapi xreti huhuhu..
    Jgn kata fondant,yg bese2 pun xlepas..

    ReplyDelete
  3. Askmkm kakkkk...woooo...lewat ambe sampai..nak order la..huhu...cantik sgt tau..

    ReplyDelete
  4. its so cute....
    klo saya nak order tulisan fondant
    "ENGAGEMENT" bole tak kak?

    ReplyDelete
  5. Suhaia selamat: Add akak di fb dan nanti kita chatting ye Su. Biasanya akak x amik tempahan wording ni tp kita tgk dulu cam ne ye..

    ReplyDelete