Wednesday, 18 April 2012

DAGING MASAK MERAH


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Tuan dapur COSK memang amat-amat sibuk sekarang. Jadi untuk kerap bersiaran agak terbatas sikit. Minta maaf banyak-banyak. 

Ok, kita terus kepada resepi. Daging masak merah ni, biasa Naz buat ada beberapa versi. Ini versi yang tak pedas sebenarnya. Mudah sebab cuma guna beberapa jenis sos sahaja di dalam resepi. Biasanya kalau makan di gerai makan di sini, lebih kurang beginilah rupa daging masak merahnya. 

Mula-mula makan daging masak merah ni dulu, Naz tertanya-tanya kenapalah dagingnya begitu merah. Rupa-rupanya daging ni direbus dulu di dalam air yang dititiskan pewarna merah dan kemudiannya dihiris-hiris nipis. Cara memasak daging ni menjadi lauk daging masak merah macam biasa je.

Jadi marilah bawa pinggan berisi nasi masing-masing untuk makan bersama Naz yer..hehehee..

DAGING MASAK MERAH
OLEH : Naz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :
  • 500 gm daging 
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit air rebusan daging sekiranya suka
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili thai atau sos pencicah
  • 2 inci halia - hiris halus
  • 1 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 biji cili padi - diketuk (boleh diganti dengan cili merah atau hijau yang dihiris)
  • Minyak masak
  • Garam 

Cara penyediaan :
  1. Bersihkan daging dan buang lemak-lemak yang jelas kelihatan. Cuci bersih dan kemudian lumurkan daging dengan 1-2 sudu besar tepung gandum dan perap selama 10 minit untuk menghilangkan hanyir daging. Kemudian cuci bersih.
  2. Rebus daging sehingga empuk di dalam air yang dititiskan pewarna merah. Setelah empuk, toskan daging. Hiris daging nipis-nipis. 
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan juga serai. Biar hingga semua bahan layu.
  4. Masukkan semua sos yang digunakan. Kacau rata. (Bab sos ni, kuantitinya boleh jer nak adjust ikut kesukaan sendiri).
  5. Masukkan daging yang telah dihiris tadi bersama cili padi ketuk dan juga daun limau purut. Masukkan sedikit air rebusan daging sekiranya suka lauk yang sedikit basah.
  6. Gaul rata dan biar seketika di atas api dapur. Rasakan garamnya. Tutup api dan boleh dihidangkan dengan taburan daun ketumbar sekiranya suka.
NOTA : Daging di atas tu, selepas dihiris Naz goreng sebentar supaya ia sedikit kering. Goreng tak pakai minyak yang banyak atau penuh pun. Just gaul-gaul dan balik-balikkan kejap daging tu dalam kuali yang ada sedikit minyak sebab daging tu memang dah empuk dan masak. Then minyak bekas goreng daging tu, gunakan untuk menumis bahan-bahan tumis. Sebab tu kaler merah pada daging tu lagi menyerlah. Nanti bila ada post resepi daging masak merah ni lagi, Naz upload gambar yang dagingnya tak digoreng dulu sebelum masak lauk ni ok!

SELAMAT MENCUBA!

22 comments:

  1. Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh...


    Naz,sedap daging msk merah tu...lagi sedap kalau dpt mkn tengahari ngan Naz kan?? Hehehe...utk kak Nur daging nk lebey2 erk??

    ReplyDelete
  2. wahhh....best lah..sya memang suka lauk nie....kalo bulan posa mesti beli...sedapkann

    ReplyDelete
  3. Assalam kak naz,wah bizi ngan tempahan ke kak,alhamdulillah murah rezeki..Erm daging merah gini sy suka,tapi hb lak xsuka,sbb nmpk kale merah tuh,huhu..Kalo order kat kdai tomyam saya jer yg ngap,hehe..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Naz,
    Amie dah datang ni bawa sepinggan nasi...dah duduk bersila pun,jangan Naz kata daging dah habis & hanya tinggal warna merahnya saja ye... nangisss hu hu huuu

    ReplyDelete
  5. sedap tu kak naz.. dah nampak mcm hidangan kat restoren thai dah tu.. cantik jek kaler dia..

    ReplyDelete
  6. salam naz
    dah lama naz x bersiaran..jengah2 jgk dapur naz nie..tp tuan umah x der..he hhee daging merah terbaeekk..my pebret tue.:)

    ReplyDelete
  7. nasi goreng USA satuuuuuu!!!!!!!!!!!!!1 hihihi.. dulu masa duk shah alam selalu order nasi goreng usa nih. mula2 order sebab nk tau camner rupanya. rupa2nya nasi goreng ngn daging masak merah nih. mmg pelik betul sbb daging dia merah, rupa2nya rebus ngn pewarna.

    ReplyDelete
  8. salam naz..lauk fov ain nie..ye lah br ain tau knp daging yg kat kedai tu warne merah..ooo rebus dgn pewarna rupanya..hee lps nie leh try buat..xyah beli lg..rebus sndr compom2 lembut kan

    ReplyDelete
  9. salam Kak Naz..serius sy br terkenangkn kak naz..br tringt nk skodeng akak tup-tup kak naz dah sampei depan pintu..tp knp x bwk ddaging masak merah ni..huk..huk..tak mkn nasi lg ni..asik mkn puding je..

    ReplyDelete
  10. Naz..Melly datang bukan bawa sepiring tapi 2 piring nasi loh, sedap nya lauk daging masak merah nya..slurrp

    ReplyDelete
  11. Salam Naz,lama kak ros tak masak daging masak merah.ni.Sedap kan???

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Naz..waaahhh tergoda tgk daging msk merah nii..mkn pulak dgn tomyam..gandingan mantop tuu..bestnyaa:-)

    ReplyDelete
  13. datang mengunjung bawa mangkuk untuk di isi..hihi..
    sedapnya terliur di buatnya , kita amik resepi ya..tq naz..

    ReplyDelete
  14. owh... baru mas tahu upenya daging tu merah sbb titisan dari pewarna merah ye....

    mas kalau makan kat luar suka oder daging msk merah gak... sedapppp

    ReplyDelete
  15. Nadz...sukenyer daging masak merahhh.... nti kene try gakk nih... slalu beli kt luar kdg2 daging tu liat sdkit...buat sendrik leh wt lembut2 kn.....walllahh....

    ReplyDelete
  16. salam, singgah sini nak makan lauk ni ngan nasi panas, sedapnyee

    ReplyDelete
  17. akak saya dulu pun tertanya2 jugak cam ne la dia buat kaler merah tu...hehehe..ada rahsia disebaliknya rupanya..kekeke..tapi memang nampak sedap je bila dah berwarna merah daging tu kan kak..hehehhe

    ReplyDelete
  18. As'salam Naz

    sedapnya lauk, kalau ada gandingan nasi paprik emm...berambah sedapnya. Lama juga k.ct dan family tak makan daging masak merah ni, dulu2 kalau makan luar pasti mintak lauk daging ni :)

    ReplyDelete
  19. Nadz,
    Biasanya klu mkn kat gerai kelantan mcm ni la rupanya daging masak merah yg diaorg bt. br ina tau yg diaorg letak pewarna sket ^_^

    ReplyDelete
  20. Salam Naz.akak dulupun tertanya2 mcm mana daging masak ni jadi merah.bila tengok resepi rupanya letak pewarna masa rebus.dah lama tak buat,nanti boleh cuba resepi Naz.
    re;Naz...model ayam goreng tak da kali ni...sibuk main...

    ReplyDelete
  21. Sungguh la cantik dan menyelerakan daging merah akak tu. saya bila tgk daging ni, mulalah... tak keruan dibuatnya. haha.. saya suka sangat daging dan jugak kambing. :D

    ReplyDelete
  22. Nmpk sedap betul tapi kita tak berani nak makan lagi daging masak merah ni ehehe.. ngeri betul kalau tgk kalernya walau tahu mmg sedap kan daging ni :D kita jer yg jakun :D

    ReplyDelete