Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Semoga segala urusan sepanjang hari ini berjalan lancar dan diberkati. Insyallah..
Buat biskut lak..hehehe.. Alaaa..sesaja buat untuk kudapan anak-anak. Maklumlah, bila petang je, masing-masing cari makanan yang boleh dikunyah-kunyah. Dah beberapa kali projek buat cookies ni tertangguh. Asyik keluar masuk peti ais je butter tu. Akhirnya terlaksana juga niat untuk membuat cookies ni.
BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP (Hanieliza)
SUMBER RESEPI : Chef Hanieliza
Bahan-bahan A :
- 250 gm butter ATAU 125 gm butter + 125 gm majerin
- 1 sudu besar shortening
- 160 gm gula halus
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh asen vanilla
Bahan-bahan B :
- 230 gm tepung gandum (ayak)
- 20 gm serbuk koko (ayak)
- 100 gm coklat chips
- 50 gm white coklat chips (boleh gantikan dengan coklat rice)
- 50 gm badam cincang (roasted)
- 50 gm nestum
- Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan asen vanila. Kacau rata.
- Masukkan bahan-bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
- Sudukan adunan kecil-kecil (sebesar guli) ke dalam loyang.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak (Naz guna suhu 175C selama 20 minit).
- Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!
mintak sebalang naz! hehehee....
ReplyDeleteskrg ni akak pun mcm terasa nk mkn cookies2 atau kudap yg manis2 jer... mcm best je layan petang2 sambil2 buat kerja kat opis ni...
Alamak teringin nak membiskut le pulak.
ReplyDeleteassalamualaikum.. comelnya kotak sekut tu. hehe.. dah lama dah teringin nak buat biskut ni. tapi nak buat sekut oat. insyaAllah.. rajin2 nanti nak buat , tapi bila nengokkan kerangupan n warne sekut kak naz ni, skrg jugak rasa nak kunyah sekut
ReplyDeleteas-salam Naz
ReplyDeleteuiyyooo..tgk gambar dah tahu kesedapannye..
Setiap hari raya, Kak Noor cuba buat biskut ini. Pelbagai resepi yang Kak telah Kak Noor cuba tapi masih tak sama rasanya dengan cookies yang kita beli kat kedai Amous Cookies. Kenapa ye! Cookies yang kita buat pun sedap, tapi x dapat nak samakan.
ReplyDeletehitam itu menawan,hik3x..hitam pun hitam lah kak,jnji sedap! :D
ReplyDeleteerrr...duit ada seploh hengget je, mintak 100g udah lerr..lepas kempunan... adulaaaa sejibij famos amos remos laa....
ReplyDeletedapat kukis ni memang tak leh nyetop lah ngunyah..
ReplyDeleteer.. haritu bundo buat kukis gak.
baru nak google cari resepi famos amos...cookies ni ada iras famos amos tak??? nani nk try buat la...
ReplyDeletedh lama x mengukis.. ada nestum ngan badam, mesti sedap kukis ni kan.
ReplyDeletedari photonya uda nampak sedap cookies ini, lain kali mau buat juga, anak anak di rumah semua nya cookies monster.. hehe
ReplyDeletesedapnya kak naz..saya dah lama teringin nak buat cookies nih...kena beli jugak nampaknya saya ni shortening...adeehhhh
ReplyDeleteSedap ni...mengoyel tak lepas
ReplyDeletesalam, naz, shortening sudu besar tu., naz guna sudu apa?
ReplyDeletesudu nasi or makan. tq.
Anonymous..
ReplyDeleteW'salam.. Naz guna sudu metrik sebenarnya tu. Tapi kalau tak ada, guna sudu besar biasa tu je pun boleh(tablespoon).
salam naz..nk tnye, klu xgune shortening tu boleh x?
ReplyDeletesalam.bakar biskut biasany guna api atas dn bawah ke atau api bawah je..sy budak bru belajar,tq
ReplyDeleteTo MizzTina:
ReplyDeleteKalau x guna shortening tu, gantikan dgn majerin ye..
To Al-hakim Shop;
ReplyDeleteBakar biskut menggunakan api atas dan bawah ye.
Dah try biskut ni...sgt sedap. Boleh buat tagline la Naz. Kejap ada kejap x de... Kejap je licin..
ReplyDeletetq for sharing..
ReplyDeleteSalam..kalau shortening tu xde boleh ganti dgn bahan lain tak?
ReplyDeletenaz ,kalu nk wat biskut tanpa guna shortening bole ke?
ReplyDeleteAinim dan Caramel Me, shortening tu utk merangupkan biskut. x nak letak boleh ganti dgn butter ye.
ReplyDelete