Ternampak kek batik yang dibuat oleh Diana di fb. Terus pergi tengok resepi di blognya. Masa tu tengah terfikir-fikir nak masakkan apalah untuk anakanda Husna sempena jamuan hari raya di sekolahnya. Tengok dan intai-intai resepi kek ni, emmm...terus tak fikir panjang. Buat kek ni je lah. Bahan-bahan pun memang dah ada di dapur rumah.
Resepi dari Diana ni ada sedikit kelainan. Selain menggunakan biskut cream crakers, ada bahan lain di dalam resepinya seperti telur dan juga nestum. Cara melapis kek ni pun ada dua. Samaada menggaul biskut dengan adunan kek dan kemudian ditekan ke dalam loyang atau melapis adunan kek berselang seli dengan biskut. Since Diana ada mention yang biskut cream craker ni agak rapuh dan mudah pecah bila digaul nanti, jadi Naz buat keputusan untuk melapisnya berselang seli dengan adunan kek.
Minta halal ye Diana. Naz kongsi di sini pula. Memang sedap! Lembut jer adunan kek tu.
KEK BATIK CREAM CRAKERS
Sumber Resepi : Diana
(Naz buat 1/2 adunan jer. Dapat satu loyang 5" X 9")
(Naz buat 1/2 adunan jer. Dapat satu loyang 5" X 9")
Bahan-bahan :
- 6 biji telur
- 250 gm mentega
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan gula (Naz kurangkan sikit)
- 1 1/2 cawan milo
- 1 1/2 cawan Nestle nestum original
- 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm ) (Naz guna 400 ml..senang nak sukat)
- Cream Crackers Hup Seng secukupnya
- Choc Rice secukupnya
Cara-cara :
- Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
- Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
- Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum... Pukul adunan sampai ianya betul-betul sebati.
- Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
- Tutupkan api dan masukkan cream crackers dan gaul perlahan.
- Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah di lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
- Taburkan choc rice di atas kek.
- Simpan di dalam peti ais sebelum d potong.
- Boleh juga di buat seperti d bawah nie yer...
- Sediakan loyang yang telah di lapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi.. ratakan. Tekan-tekan bia padat
- Kemudian susun cream crackers d atasnya .. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
- Taburkan atasnya dengan choc rice... Simpan d dalam peti ais sebelum d potong...
Langkah demi langkah cara melapis kek batik cream craker :
Ratakan sedikit adunan kek di dalam loyang dan tekan padat.
Lapiskan dengan biskut cream craker.
Lapiskan semula dengan adunan kek. Ratakan dan tekan padat.
Pada lapisan terakhir adunan kek, taburkan dengan chocolate rice atau apa jua
bahan hiasan mengikut kreativiti anda.
NOTA :
- Sebaiknya guna sudu plastik untuk meratakan adunan kek kerana adunan kek tidak melekat pada sudu plastik dan memudahkan kerja meratakan. Naz guna sudu biasa sebelum tu, dan adunan melekat-lekat pada sudu menyukarkan kerja meratakan adunan kek. Boleh juga guna sudu biasa yang dibalut hujungnya dengan plastik wrap.
SELAMAT MENCUBA!
Assalamualaikum naz..
ReplyDeleteterima kasih sudi cuba resipi nie yer naz... harap sesuai ngan selera naz sekeluarga.. :)
slm naz...lama tak nmpk naz..apa khabar naz, masih ada suasana raya lagi rasanyer kt m'sia kn...menda ni sedap, anak2 ida suka gakk
ReplyDeletewahh.. baru je tgk kak diana wat, express betul kak naz. hihi.. dh lama x wat kek batik, tunggu berat turun 3-4 kilo dulu baru blh mkn kuih manis2. hehe
ReplyDelete