Gulai tempoyak is always my favourite. My hubby pun memang suka sangat gulai tempoyak ni. Sekarang dah berjangkit pula pada anak-anak. Cuma gulai tempoyak ni, kalau nak lagi kaww, kena buat pedas-pedas tapi since anak-anak pun nak makan, kenalah buat yang kurang pedas. Risau juga kalau sakit perut dia orang makan lauk yang pedas menyengat.
Gulai tempoyak ni juga famous dimasak menggunakan ikan patin. Since di dalam peti ais yang ada ikan keli je, so Naz masak guna ikan keli jer la. But not bad. Sedap jer masuk ke tekak sampai kena beringat-ingat masa makan tu jangan tambah nasi lagi. Maklumlah baru jer lepas menaikkan berat badan sempena musim perayaan ni. Kang, tambah-tambah makan, tambah gumuksss pula nanti.. hehehe... Tapi tak pe..tak pe.. Makan je lah kan. Lepas tu, setiap hari gi lah jogging ker, aerobic ker, cycling ker kan..kan..kan... hehehe.. Ada siapa-siapa nak ikut pergi jogging setiap pagi???
GULAI TEMPOYAK IKAN KELI
Bahan-bahan :
- 1 ekor ikan keli sederhana besar
- 4 sudu besar tempoyak - boleh letak lebih lagi ikut citarasa
- Cili padi - ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
- 2 biji cili merah - tak letak pun tak apa
- 2 inci kunyit hidup - kalau tak ada, boleh guna serbuk kunyit jer
- 2 batang serai - dititik
- 8 - 10 tangkai daun kesum - dicuci & ambil daunnya saja
- 2 - 3 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
- Ikan keli disiang dan dibasuh bersih. Rendam seketika di dalam air asam jawa untuk menghilangkan hanyir. Kemudian toskan dan lalukan air bersih. Kerat kepada 3 atau 4 bahagian setiap ekor.
- Tumbuk cili padi dan cili merah bersama kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk bersama air, dan juga serai. Masukkan juga tempoyak. Biar hingga menggelegak.
- Bila menggelegak, masukkan ikan yang telah dikerat-kerat tadi bersama daun kesum. Masak atas api sederhana hingga ikan masak sepenuhnya. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Biar lauk mereneh (guna api slow la yer) seketika dalam 15 minit supaya rasa tempoyak tu sebati dengan ikan. Baru lagi best! Tutup api.
SELAMAT MENCUBA!
hasben tun mmg suka sgt laa nih. tun nyer tekak susah sket nk telan ikan sungai. hihi.. kalau ikan keli ni tun mkn kalau goreng garing je...
ReplyDeleteps: naik 2 kilo!!!!!! nk pengsan tgk penimbang, so kompom xde kuih2 manis wat masa terdekat. hehe.. jom exercise!
kak naz....lauk peberet mas ni kak..
ReplyDeletesedapnya tengok..
rasa nak meleleh air liur...he3
huahhhh i like sangattttt. perghhh dapat hirup kuah dia boleh lupa semua benda
ReplyDeletebestnya..tapi kalau ikan keli jawabnya abg ku tak makan la...
ReplyDeleteterliur tgk Naz...bak tempoyak sikit..
ReplyDeletesedap gulai tempoyak baru buat minggu lepas.. rasa nak makan lagi tempoyak dalam peti sejuk tu tinggal sikit je. huwaaa
ReplyDeletewahhh..ada ikan keli gulai..sedap wat lunch nnt nih..
ReplyDeleteTERBAIK la kak.. mmg best gile.. tp buat ari 2 tlebih cili... menangis abah makan.. hahah thanks ye..
ReplyDelete