Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Menu kali ini ialah Laksa Johor. Kali terakhir Naz buat laksa Johor ni ialah pada tahun 2005 dan ketika ini menetap di negara orang kerana mengikut encik hubby yang menyambung pelajarannya di sana.
Laksa Johor mempunyai ciri-ciri keistimewaannya sendiri yang membezakannya dengan jenis laksa lain yang terdapat di Malaysia ini. Ciri-ciri tersebut ialah penggunaan spagetti sebagai bahan utamanya disamping penggunaan ulam-ulaman sebagai bahan sampingan hidangan beserta dengan sambal belacan sebagai pelengkap menu ini.
Untuk resepi laksa Johor ini, tiada penggunaan telur rebus sebenarnya. Tapi oleh kerana encik hubby dan anak-anak Naz, memang suka sangat telur rebus dimasukkan ke dalam hidangan-hidangan laksa, maka sebab itulah ada telur rebus dalam gambar-gambar laksa Johor Naz ini.
Selain itu, kuah untuk laksa Johor ini sepatutnya bewarna sedikit kemerahan seperti kari kerana penggunaan serbuk kari di dalam resepinya. Cuma kuah yang Naz buat tu kurang warna merahnya kerana Naz tak tunggu sehingga naik atau terbit minyak betul-betul sebelum memasukkan isi ikan dan juga santan ke dalam kuahnya. Jadi untuk mendapatkan kuah yang lebih kelihatan menarik, selepas menumis pes laksa ini, tunggu dulu sehingga terbit minyak di permukaan barulah masukkan santan dan juga isi ikan yang telah dikisar.
LAKSA JOHOR
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan kisar :
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 cm halia
- 3 cm lengkuas
- 3 batang serai
Bahan-bahan lain :
- 1/4 cawan minyak masak
- 500 gm ikan kembung (direbus, diambil isinya dan dikisar halus)
- 4 sudu besar udang kering (direndam dan ditumbuk)
- 2 liter santan
- 2 sudu besar asam jawa + 1/2 cawan air
- 2 keping asam gelugor
- 3 sudu besar kerisik
- 10-15 tangkai daun kesum (dicuci)
- Garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan pes :
(bancuh bersama dengan sedikit air untuk menjadi pes)
- 2 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 2 sudu besar serbuk kari daging
- 2 sudu besar cili kering kisar
Bahan-bahan sampingan :
- 1 paket spagetti atau mee kuning - utk spagetti, rebus seperti arahan di paket hingga lembut
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 biji timun - dihiris
- Taugeh - dibuang ekornya
- Daun selom - dihiris
- Daun selasih - dihiris
- 8 biji limau kasturi - dibelah 2
- 6 biji telur rebus (optional)
Bahan-bahan untuk sambal :
(ditumbuk lumat)
- 6 biji cili merah
- 3 biji cili padi
- 2 inci belacan - dibakar
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan bancuhan pes dan kacau hingga terbit minyak.
- Tuangkan santan dan kacau sekali sekala hingga menggelegak.
- Masukkan isi ikan, udang kering, air asam jawa, asam keping dan juga kerisik serta daun kesum.
- Kacau sekali sekala hingga menggelegak dan masukkan garam serta gula secukup rasa. Bila terbit minyak semula, matikan api dapur.
- Untuk menghidang, masukkan spagetti atau mee ke dalam mangkuk. Taburkan bahan-bahan sampingan dan sendukkan kuah. Hidangkan bersama perahan limau kasturi dan juga sambal belacan.
cedapnya naz.....lama tak makan laksa johor...bak semangkuk....nyum nyum!
ReplyDeleterajinnya akak buat laksa johor...
ReplyDeletenak semangkuk boleh kak..
nampak sedapp sangat..
sedapnya naz,teringat akak ada pes laksa johor dlm esbok tu..entah bilo lah nak buek..:)
ReplyDeleteowh.. ada kisar ikan jugak rupa2nya.. tun ingat laksa johor nih kuah dia sebijik kuah kari.. hihi..
ReplyDeleteNaz, meleleh air liur tengok laksa johor ni... lama x buat dan lama juga x makan! jamu mata kat sini dulu la ya..
ReplyDeleteDah lama tak makan laksa johor... selalunya musim2 raya baru akak rajin nak buat. Nama aje org Johor...
ReplyDeletesedapnyer naz....mmmmmm
ReplyDeleteKak NoorMasri:
ReplyDeleteHehehe..Naz pun sebab lama x makan laksa ni yg buat ni..
nak semangkuk je ke kak? :))
Mas:
ReplyDeleteTu time terajin tu Mas.. Kalau time malas, masak yg simple2 jer..
Mas pun nak semangkuk jer ke? Banyak ni..hehehee...
Sedap Mas.. Kak Naz suka letak sambal belacan dia tu bnyk2..
Kak Anymz:
ReplyDeleteMekasih kak Nim.. Ha! Apo layi.. Dah ado pes pun dlm esbok.. Buek jo lah..
Tun Telani:
ReplyDeleteOwh adikku... Mmg ada letak isi ikan kisar jugak dlm kuah laksa ni.. Dah tau boleh le try..
Kak Rose:
ReplyDeleteKak ada tisu tak nak lap air liur tu..hihihiii..
Nak jamu mata pun boleh kak..
Miss Vanilla:
ReplyDeleteWah..akak mmg buat laksa ni eh time raya.. Umah akak kat ne? Boleh la Naz gi beraya nanti..hehehheee..
Dari dapur Nasya:
ReplyDeleteMmg sedap pun..heheheee....
akak,bestnyer laksa johor..pernah mkn tapi tak pernah buat...selalu dok buat laksa penang jer..nanti nk cuba jugalah..hehe
ReplyDeleteSalam Naz,
ReplyDeleteTerliur tengok laksa Johor Naz, pakai sphagetthi lagi.......nak order sepinggan leh
waduh sedapnya laksa johor..lama tak makan..jadi teringin plk...menyelerakan sungguh...
ReplyDeletebest ni laksa.. nak tunggu ramai rakyat baru boleh buat laksa ni naz.. klau tak ..akk lah kene ngadap sorang2..
ReplyDeleteNieza :
ReplyDeleteAkak lak tak pernah beli laksa johor.. tak tau mana nak cari.. Sbb tu buat sendiri..
Wattie :
ReplyDeleteNak sepinggan?? meh le datang umah.. Boleh makan sama2..
Kak Yatie :
ReplyDeleteKak mmg la lama akak tak makan sbb akak duduk di Johor.. Cuba akak duduk negeri lain, confirm akak buat punya.. Adatlah kalau tmpt tu senang nak dapat, mesti kita tak rajin nk buat kan..
dZana :
ReplyDeleteKak zana, mmg dapat bnyk kuah tu.. Naz pun siap agih2 sikit utk org sbb tak terabis kitaorg nak makan..hehehee..
lyn at home :
ReplyDeleteLin org Johor ke? Nanti bila datang rajin, buat tau!F Tak pun tunggu balik johor le hehehe..
salam kak naz,sue dah ketinggalan kapal terbang nih,hehee..sedapnya laksa johor tuh,first time makan time keje partime catering dlu,boleh tahan sedapnyer:)
ReplyDelete