Sumber : Google |
Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Oh tidakkkkkk!!!! Daku kena tag jugakkkkkkkk!!! Anaaaa.. ha tengok muka di atas tu.. Comel tak bila dia kena tag? Tersusun gigi dia tersengih. Besar pulak sebelah biji mata dia..
Okeylah Ana, terbeliak biji mata ke, tersengih lebar ke...tag tetap kena jawab kan.. Tapi kena jawab ringkas-ringkas dan cepat-cepat ni.. Anakanda yang kecil tu tak berapa sihat.. Tidur pun macam tidur-tidur ayam jer..
Apakah status anda?
Sudah tentu seorang isteri kepada sang suami yang tersayang dan tercinta, yang sporting, yang baik hati dan tak cerewet. Ibu kepada 4 orang cahaya mata (1 lelaki, 3 perempuan) walaupun yang ada bersama hingga ke hari ini cuma 3 orang. Yang seorang lagi tu anak ke 2 Naz yang tetap diingat sampai bila-bila, telah pergi mengadap Illahi 1/2 jam selepas dilahirkan.
Jadi dipendekkan cerita, status Naz sekarang ialah surirumah sepenuh masa.
Ceritakan tentang diri anda.
Apa nak cerika ek? Lama dah tak buat karangan BM ni...
Just an ordinary and easy going person. Dilahirkan di N9 ketika ayah bertugas sebagai guru di sana tetapi dibesarkan sepenuhnya di Melaka. Sekarang menetap di Kubang Kerian mengikut suami yang bekerja di sini. Naz sebenarnya merupakan seorang yang sukar meluahkan dan suka memendam. Memang banyak sakit di dalam kalau jadi orang macam ni. Tapi sejak berkahwin, sikit-sikit tabiat ini dikikis bila perlu atas dorongan suami.
Usia??? Hai.. dah masuk three series dah.. Lima tahun dah guna three series ni. Pendidikan yang mak ayah tanggung adalah hingga Ijazah.. Naz ada diploma dari UPM dalam bidang kesihatan haiwan dan juga ijazah dalam bidang Dietetik dari UKM.
Pernah bekerja dulu tapi berhenti atas tuntutan tanggungjawab di rumah. Suami sibuk, sang isteri pulak kena kerja luar kawasan. Anak-anak perlukan perhatian dan didikan lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia yang semakin mencabar ni, jadi salah sorang kena berkorban. Part nak berkorban ni takkanlah sang suami kan.. Jadi, Naz lah yang tarik diri dari bidang pekerjaan makan gaji. Sekarang jadi dietitian sepenuh masa di rumah pulak..heheheeee..
Ceritakan tentang blog anda.
Blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN ni lahir asalnya bertujuan untuk menghimpun resepi-resepi yang telah Naz cuba. Sebelum adanya blog ni, Naz suka sangat baca blog mereka ni : hanieliza.fp, rinnchan.fp, ulampegaga.fp, mamafami.fp, resipidiana.bs dan juga rozzan.bs.
Dari sinilah datang minat untuk mengambil gambar makanan-makanan yang telah disediakan dan disimpan ke dalam word document beserta resepi-resepinya untuk rujukan Naz sendiri dan untuk kegunaan anak-anak Naz satu masa nanti. Sampai satu ketika tu, MamaFami pernah minta link Naz kalau ada yang sememangnya tak ada masa tu. Boleh tukar-tukar link katanya(tak tau la MamaFami ingat lagi ke tak). Bermula dari situ dah ada juga terdetik di hati nak buat blog. Tapi tak buat-buat pun sebab tak reti. Cuma tiba-tiba terfikir, kan senang kalau disimpan resepi-resepi yang pernah Naz cuba ke dalam blog sendiri disamping boleh dikongsi dengan orang lain. Tak perlukan ruang yang banyak di dalam komputer dan boleh dirujuk di mana sahaja janji ada line internet. Dan memang Naz tak sangka akan sampai ke tahap ini dimana melalui blog yang ada, Naz dapat menambah rakan walaupun tidak bersua muka disamping menimba ilmu melalui blog rakan-rakan yang lain.
Apakah pandangan anda tentang dunia blog?
Dunia blog sebenarnya boleh menjadi sebagai satu platform untuk sesiapa sahaja mencari ilmu, berkongsi ilmu, menambah rakan taulan dan sebagainya dari sudut positif. Dalam erti kata lain, banyak manafaatnya. Tapi harus diingat, setiap sesuatu perkara itu telah ditetapkan oleh Allah SWT akan ada kebaikan dan keburukannya, akan ada kekurangan dan juga kelebihannya. Jadi kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran perlu bijak dan tahu menggunakannya agar boleh mengelakkan perkara perkara yang negatif dari berlaku tak kiralah kepada diri kita sendiri atau kepada orang lain.
Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog.
Aiiihhhhh...tak reti la nak bagi nasihat.. Diri sendiri pun masih banyak kekurangan dan masih perlu diperbaiki. Tapi pada sesiapa yang baru nak memulakan blog, tahniah! Tak kiralah apa topic yang nak diutarakan dalam blog anda, harap dapat memberi manafaat kepada sesiapa sahaja..Insyallah..
Nyatakan keunikan yang ada pada blog anda.
Entahlah.. Tak tau pulak apa yang unik. Banyak kekurangan kalau dibandingkan dengan rakan blogger yang lain. Jadi soalan ni tak boleh lah nak dijawab sebab diri sendiri punya blog kan.. Mungkin orang lain yang membaca blog ni yang lebih tau ada unik atau tidak di blog Naz nie..
Sampai bila nak manulis blog dan impian anda dalam dunia blog.
Insyallah.. selagi terdaya, selagi diizinkanNya, selagi masih ada kudrat dan selagi ada kerajinan nak mengupdate, selagi itulah blog ini akan terus bernyawa.
Harapan dan impian paling utama, biarlah blog ini boleh menjadi rujukan untuk anak-anak Naz suatu masa nanti disamping memberi manfaat kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke sini.
Tag 5 rakan-rakan anda yang anda nak kenal sangat.
Ishhhh...tang nak tag orang lain ni yang payah sikit ni.. Takut tuan empunya diri tak suka. Anyway sebab tujuannya untuk mengenali, tag jugalah mereka di bawah ni. Kalau dah kena tag ni sebelum ni, tak perlulah jawab lagi sekali. Kalau belum, buatlah bila ada kelapangan tak kiralah samada cepat atau lambat. Harap pada yang kena tag ni tak marah yer..Ambil sekali gambar smiles di bawah ni buat mereka yang ditag. Kena senyum jer walaupun kena tag tau! Untuk AnnaQawina juga, sudilah kiranya mengambil gambar smiles di bawah ni sebab sudi nak berkenalan dengan orang blog ini..
Yang kena tag dari Naz :
Kak Norli - Norli Loves Cake
Shiela Shafea - Nshafea Resepi Teratak Mama
Ctnaemah - Mylittledapur2
selamat berkenalan naz..hehehe
ReplyDeletesalam kenal kak =)
ReplyDeletetu dia...dah bape hari dok peram & buat karangan nih? kekekeke...btw..t.kasih sudi jawab tag tu...bnyk manfaat gak kan, sini kita leh tau & kenal kwn2 lain..
ReplyDeletemana tau 1 hari nanti leh bersua lak kat dunia nyata ni..hihi
nanti nak bawak balik smile tuh...
kepada yg kena tag tu, selamat berkenalan yer..:)
salam naz.. tu dia dah kena sesi suaikenal ya.. hehe.. dietition rupanya... seronok kan kenal dlm alam maya ni..mudah2an satu hari kita dpt bersua muka.. :)
ReplyDeleteterima kasih naz ka ilah seronok baca kesemua ayat dr a-z noktah terakhir..takziah juga krn anakanda tercinta tlh pergi.redhakan ia krn dia penyelamat kita jalan ke syurga naz... kak ilah pernah gugur thn 07 baru lagi pun sedih juga...
ReplyDeletepengorbanan mu itu amat berharga ibarat sebutintang yg tidak blh dicapai tgn namun cahayanya tetap menerangi lelangit biru...okies selamat berkenalan hehehe
salam kenal juga dr saya kak...ha pakar mkn ni...bagus2 hehe
ReplyDeletesalam kenal naz.. nad dah jwb tag tauu ;)
ReplyDelete