Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Sarapan pagi ni buat nasi lemak dengan sambal tumis sotong kering. Resepi Naz dah pernah letak dulu. Klick je pada nama makanan di atas tu ye untuk melihat resepi.
Cuma kali ini, sotong kering tu Naz rendam selama 4 jam sahaja. Tidak seperti sebelum ini, 6 jam Naz rendam sotong tu dalam air abu. Saja jer nak buat ujikaji. Hasilnya sotong tetap lembut dan boleh digigit selepas dimasak(tak macam tayar basikal lah) dan ada rasa kenyal-kenyal sikit. Tidak seperti yang dulu tu, bila direndam 6 jam memang lembut betul.
Jadi terpulanglah nak rendam lama mana. Kalau suka yang betul-betul lembut, rendamlah 6 jam. Tapi kalau suka rasa sotong tu biar ada liat-liat sikit, rendamlah dalam masa 4 jam sahaja. Okey kalau nak tengok cara merendam dan melembutkan sotong kering rujuk di sini.
wahhhhh bestnya
ReplyDeleteuish..ada sambal tumis sotong kering..mmg paberet kita tu.. hari ni kita pun breakfast nasi lemak jugak, cuma sambal tumis ikan bilis, tp ada paru goreng
ReplyDelete> MATAHARI
ReplyDeleteHai ana.. nasi lemak mmg sedap...utk tmbhkn mengantuk mata..hehehe..
> Noorma
ReplyDeleteUihhhh tak pe.. Janji ada sambal tumis..Baru trangkat mkn nasi lemak..
sedapnye paru grg..lebih2 lg kalau garing