Thursday, 25 November 2010
TELUR MATA KERBAU MASAK KICAP
Agaknya sebab dah banyak sangat makan daging semasa raya Haji minggu lepas, anak-anak minta lauk telur goreng kicap jer.. Hati-hati!! Resepi yang simple macam ni selalunya membangkitkan selera.. Lebih-lebih lagi kalau dimakan ketika nasi panas-panas. Ditambah pula ada sambal belacan. Emmmmm.. tak terkata..
TELUR MATA KERBAU MASAK KICAP
Bahan-bahan :
Beberapa biji telur ayam
1 labu bawang besar (dimayang)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Sedikit air asam jawa atau beberapa titis cuka
Kicap manis
Air
Cara-cara :
1. Telur digoreng satu per satu.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga halia (kalau nak dihiris-hiris halus je pun boleh).
3. Panaskan sedikit lebihan minyak menggoreng telur tadi di dalm kuali. Tumis bahan tumbuk hingga layu. Masukkan bawang besar. Gaul hingga bawang besar layu.
4. Masukkan kicap manis dan juga air asam jawa (kalau guna cuka, letak beberapa titis je..nanti masam lak kuah tu jadinya..). Masukkan juga air kosong. Part ni, agak-agaklah letak bahan-bahan tu ye.. Ikut banyak mana nak kuahnya.
5. Bila menggelegak, masukkan telur yang telah digoreng tadi dan gaul biar sebati dengan kuahnya.
6. Okey dah siap untuk dihidang.
NOTA :
Kalau suka, sewaktu menumis tadi boleh masukkan 2 inci kulit kayu manis.
Untuk menambah bahan dalam masakan, bolehleh masukkan sekali kentang yang dihiris-hiris dan digoreng dulu ke dalam lauk ini. Masukkan sekali dengan telur goreng pada langkah 5.
sedap lauk yg ringkas2 mcm ni
ReplyDeleteni la menu evergreen kan. sedap even simple ;)
ReplyDeletelauk fabret suami saya ni..=)
ReplyDelete