Saturday, 20 November 2010

SOSEJ PUFF


Menu yang amat senang disediakan. Yang penting, tentulah perlu ada bahan-bahannya...
Okey, jom tengok apa yang diperlukan..

SOSEJ PUFF
Bahan-bahan :

Pastry puff segera (Naz guna jenama "Kawan")
Sosej
Telur

Cara-cara :
(Boleh juga rujuk dari blog Yani niii..)
1. Keluarkan puff pastry dari peti sejuk. Biar hingga lembut.
2. Panaskan oven pada suhu 200 C.

3. Bentangkan sekeping puff pastry. Letakkan sebatang sosej di tengah-tengah pastry. Kemudian kerat-kerat bahagian tepi pastry seperti di atas. Seterusnya balut sosej dengan keratan-keratan pastry di tepi-tepi sosej tu secara berselang-seli antara kiri dan kanan.
4. Setelah selesai acara balut membalut sosej, sapukan telur di atas sosej yang berbalut tadi.
5. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak dan kekuningan.

2 comments:

  1. wah, menarik ni... pnah try, tapi balut cam selimut jer.. hehe. Lain kali nak try cenggini. (kalu ada stok pastry, msti buat skrg... cun betollah!)

    ReplyDelete