Saturday, 30 October 2010

MERENDAM DAN MELEMBUTKAN SOTONG KERING


MERENDAM DAN MELEMBUTKAN SOTONG KERING
Bahan-bahan :

Sotong kering
Air abu
Air paip


Cara-cara :
1. Masukkan air abu dan air paip ke dalam bekas untuk merendam sotong kering. Nisbah campuran air abu kepada air paip adalah seperti berikut... 1:10. Maknanya 1 bahagian air abu dicampur dengan 10 bahagian air paip menggunakan penyukat yang sama.
2. Masukkan sotong kering yang keras lagi tu ke dalam campuran air tadi dan biarkan direndam selama 6 jam. (Edited: Try kali ke 2, Nadz just rendam 4 jam saja. Lagi bagus texturenya. Seeking kenyal tapi lembut bila digigit).
3. Setelah 6 jam, sotong dah pun kembang. Keluarkan sotong dan buang campuran air tadi.
4. Rendam pula sotong dengan air panas atau suam untuk lebih kurang 1 jam. Kemudian bilas sotong tadi. Bolehlah dimasak atau disimpan ke dalam freezer(sejuk beku).

NOTA : Kalau nak dapatkan sotong yang lembut, ikut tau cara di atas tu... Jangan derhaka pada tips ni sebab Naz sendiri dah pernah merebus sotong kering di dalam air paip selama lebih kurang 3 jam di atas api dapur dan hasilnya, bila dibuat sambal tumis, sotong ku macam tayar basikal...hehehe.. liat yang amat.. Jadi kalau dah beli sotong kering yang masih kering tu, pergilah cari air abu untuk melembutkan sotong tu.

Air abu tu selalunya dijual di dalam botol kaca. Rupanya sama seperti air paip.

NASI LEMAK & SAMBAL TUMIS SOTONG KERING



NASI LEMAK
Bahan-bahan :

2 cawan beras
2 cawan santan
2 helai daun pandan(dibasuh dan disimpulkan)
1 inci halia(dihiris menjadi 3 keping)
2 ulas bawang merah(dimayang)
Secubit garam

Cara-cara :
1. Basuh beras dan toskan.
2. Masukkan semua bahan lain ke dalam periuk berisi beras dan masak seperti biasa.
3. Setelah masak, hidangkan bersama sambal tumis, telur rebus, ikan bilis goreng dan juga timun.



SAMBAL TUMIS SOTONG KERING
Bahan-bahan :

3 keping sotong kering (dipotong ikut suka)
20 tangkai cili kering(direbus seketika di atas dapur)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan(boleh abaikan pada yang tidak suka)
1 biji bawang besar(dihiris)
1 cawan air asam jawa
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan juga belacan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan mesin hingga garing.
3. Masukkan bawang besar dan gaul rata.
4. Masukkan sotong. Biarkan seketika sambil sesekali digaul rata.
5. Masukkan air asam jawa dan biar menggelegak.
6. Masukkan garam secukup rasa dan juga gula. Biarkan sehingga sambal kelihatan pekat.

NOTA : Untuk merendam dan melembutkan sotong kering yang masih kering tu, boleh rujuk di sini.

Tuesday, 26 October 2010

AYAM GORENG MASAK KICAP


AYAM GORENG MASAK KICAP
Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam (dibasuh dan dipotong kecil)
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
1 labu bawang besar (dimayang)
4 biji kentang (dikupas kulitnya,dicuci dan dihiris)
Kicap manis
Air
Air asam jawa atau cuka masakan

Cara-cara :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng kentang yang telah dihiris. Toskan.
2. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng dan toskan.
3. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Bahan tumbuk ni kalau nak dimayang saja pun boleh.
4. Ambil sedikit minyak untuk menggoreng ayam tadi. Tumis bahan tumbuk dan juga bawang besar yang telah dimayang hingga kelihatan layu.
5. Masukkan kicap manis dan air asam jawa. Kalau tiada air asam jawa, boleh diganti dengan beberapa titis cuka masakan. Masukkan air mengikut kehendak(berapa banyak kuah yang dikehendaki). Adjust lah rasanya ye..
6. Bila kuah telah menggelegak, masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Biar seketika dalam 2 minit. Tutup api.
7. Boleh dihidang dengan nasi panas.

Sunday, 24 October 2010

SWISS ROLL BLUEBERRY



Semalam baru beli jem blueberry dari kedai kek. Memang niat nak buat kek swiss roll dengan filling blueberry.

SWISS ROLL BLUEBERRY
Bahan A
:
3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp esen vanilla
1/2 TBSP ovallete
1.5 oz tepung gandum
1/2 TBSP susu tepung

Bahan-bahan lain :
2 oz mentega cair
Jem blueberry secukupnya
Buttercream icing yang bewarna ungu


Cara-cara :
1. Pukul Bahan A (kelajuan maxsima) sampai fluffy (7 – 9 min).
2. Asingkan 1 1/2 sudu besar batter dan masukkan ke dalam piping bag dan titiskan beberapa titis pewarna ungu dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Masukkan mentega cair ke dalam adunan batter di dalam mixing bowl tadi, kemudian kaup balikkan biar rata.
4. Tuangkan adunan batter ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kalis minyak kemudian ratakan permukaannya.
5. Paipkan adunan yang diasingkan tadi ke atas adunan yg diratakan dlm loyang dan buatlah corak yang diingini.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
8. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan kek dengan jem blueberry dan juga buttercream secara lemah lembut.
9. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.

NOTA : Warna ungu Naz hasilkan dengan mencampurkan pewarna merah dengan biru. Nisbahnya ialah - 2 merah:1 biru. Maknanya, 2 titis merah dengan 1 titis biru. Boleh adjust ikut suka.

Lorekan atau corak pada kek tu, kalau tak buat pun tak apa. Bukan kemestian. Lebih kepada untuk kek kelihatan cantik.

Saturday, 23 October 2010

NASI HUJAN PANAS


NASI HUJAN PANAS
Bahan-bahan
:
2 cawan beras/basmati [basuh dan toskan]
2 cawan air
1/4 cawan susu cair
1 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
1 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 tsp garam
pewarna hijau, merah dan kuning
2 TBSP majerin atau minyak sapi

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]*
3 ulas bawang merah ]*
1 ulas bawang putih ]*
(* ditumbuk)

Cara membuat:
1. Panaskan majerin/minyak sapi dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato dan beras. Kacau rata.
5. Masak saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan. Taburkan kismis.
7. Biarkan nasi masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Hidangkan nasi bersama dengan lauk-pauk seperti ayam masak merah, kurma daging, kari ayam dan acar mentah atau pun nenas masak bombay..

Friday, 22 October 2010

ROTI TELUR


Hari ni masak roti telur yang sangat simple resepinya. Sesiapa pun tau buat kan.. Roti telur ni makan ketika panas-panas lagi sedap. Kalau masak menggunakan non stick pan lagi baik sebab boleh mangurangkan penggunaan minyak..

ROTI TELUR
Bahan-bahan
:
4 keping roti sandwich
1 biji telur
Garam
Lada sulah

Cara-cara :
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
2. Masukkan garam dan sedikit lada sulah ke dalam telur. Pukul telur sedikit dengan garfu.
3. Panaskan kuali yang diletakkan sedikit minyak masak atau boleh juga menggunakan majerin.
4. Celup roti ke dalam telur dan goreng di dalam kuali hingga masak. Terbalikkan roti agar masak di kedua belah permukaannya.
5. Hidangkan.

Thursday, 21 October 2010

JOM JOIN GIVEAWAY "SWEET LIZAHANUM "



Assallamualaikum dan salam sejahtera semua. Liza Hanum menganjurkan 1st Happy Anniversary "SWEET LIZAHANUM" GA. So siapa-siapa yang berminat untuk menyertai bolehlah menyertainya mengikut syarat-syarat yang telah Cik Liza tetapkan. Untuk maklumat lebih lanjut dan lebih tepat tentang GA ni sila klick di sini.
Sila-silakan ye.. Boleh kita mengeratkan lagi persahabatan di alam cyber ini..

Tuesday, 19 October 2010

ORANGE MOIST CAKE


Salam semua. Kek oren lembap ni, resepi asalnya Naz dapat dari link kak Rinn tapi seperti biasalah dah diubah suai ikut tekak si pembuat ni. Resepi asal boleh klick di sini.

ORANGE MOIST CAKE
Bahan-bahan
:
240gm majerin
1 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum
3 tsp serbuk penaik
*(kalau guna self raising flour, abaikan penggunaan serbuk penaik)
1/2 cawan susu segar
4 biji telur
3-4 TBSP pati orange Sunquick
2 biji buah oren- parut dan ambil kulitnya sahaja

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima.
3. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung diselang-selikan dengan susu hingga habis.
4. Masukkan pati orange Sunquick dan parutan kulit orange.
5. Bakar pada suhu 175 C selama 45 minit atau sehingga masak.

NOTA : Memang sedap kek ni sebab terasa betul orennya.. Masa buat kek sandwich hari tu, resepi ni jugak lah Naz guna. Cuma Naz guna 1/2 adunan je.. Pada yang nak mencuba, selamat mencuba!

Monday, 18 October 2010

KACANG BUNCIS OH! KACANG BUNCIS

Salam semua. Ni nak cerita pasal sayur kacang buncis yang Naz goreng malam tadi. Lama betul tak makan kacang buncis ni. Hari tu pergi Tesco, nampak kacang buncis ni yang sungguh segar, terus beli. Memang hajat nak goreng untuk makan dengan nasilah. Nak dijadikan cerita, Naz ni kalau makan sayur, memang tak pernah sikit hehehe...Tak kiralah sayur apa pun. Kadang-kadang tu, sayur lagi banyak dari nasi di dalam pinggan makan.

Jadi malam tadi masa makan malam, Naz dah tibai banyak kacang buncis ni. Rasanya yang rangup dan sedikit manis buat Naz lupa diri pulak. Sedap betul walaupun cuma goreng kicap jer..

Masuk bab tidur pulak... Malam tadi masa tengah nyenyak tidur, terbangun pula pukul 3 pagi. Sebab perut rasa tak selesa. Rasa cam nak muntah. Bangun dari pembaringan, dan terus termuntah. Perut rasa cam kena gastrik. Asyik sendawa jer.. Pedih rasa ulu hati. Sungguh tak selesa. Hubby suruh makan MMT. Kalau dear hubby tak suruh pun memang nak telan ubat tu. Sampai ke subuh tak lena tidur dibuatnya.

Fikir punya fikir, makan apalah sampai perut berangin ni.. Hubby kata perut masuk angin sebab tak makan kot. Tak makan apanye kalau malam tadi sampai habis sayur kacang buncis tu Naz tibai. Barulah teringat, kacang buncis tu kan salah satu jenis sayuran yang berangin. Laaaa... rupanya sebab makan kacang buncis berlebihan, tu yang kena gastrik ni...

Tu la nak dijadikan cerita. Lain kali kena beringat. Makanan, kalau yang berkhasiat sekalipun tak boleh diambil secara berlebihan sebab boleh memudaratkan. Macam Vitamin A yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit kering/gatal, rambut gugur dan hilang selera makan.

Tulah cerita pasal kacang buncis. Lain kali memang perlu beringat. Lebih-lebih lagi, selepas melahirkan anak ke 3 tu, rasanya perut Naz memang dah tak tahan sangat dengan makanan berangin kalau diambil berlebihan. Dulu tak pulak. Tak pe lah kan. Yang penting perlu beringat sebelum mudharat tiba.. Ni pun masih rasa berangin lagi perut ni..Ok sampai sini dulu bebelan ini...

KACANG BUNCIS GORENG KICAP


KACANG BUNCIS GORENG KICAP
Bahan-bahan
:
20 batang kacang buncis(basuh dan hiris menyerong)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis/ isi ayam(potong kecil)/ udang kering
Kicap manis
Air

Cara :
1. Tumbuk bawang bersama ikan bilis atau udang kering. Kalau pakai isi ayam tak yah tumbuk lah..
2. Panaskan 1-2 TBSP minyak masak di dalam kuali.
3. Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
4. Masukkan kicap manis dan air. Ni ikutlah banyak mana yang nak. Kalau suka berkuah, letak lebih kicap dan air tu.
5. Bila dah manggelegak, masukkan kacang buncis tadi. Biarkan seketika sambil dibalik-balikkan. Jangan lama sangat sampai sayur tu lembik.
6. Ok dah siap. Boleh dihidang..

NOTA : Haaa.. baca entry seterusnya ye pasal kacang buncis ni... :)

Saturday, 2 October 2010

KEK SANDWICH COKLAT OREN


KEK SANDWICH COKLAT OREN
Bahan-bahan Kek Coklat :

125 gm butter
1 cawan gula kastor
2 biji telur
1 1/4 cawan + 2 TBSP tepung gandum } ayak
1/2 tsp soda bikarbonate } ayak
1/2 tsp asen vanilla

1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan air

Cara :
1. Pukul butter dan gula --> fluffy
2. Dalam mangkuk yg berasingan, pukul telur hingga kembang.
3. Tuang telur ke dlm adunan butter dan gula tadi sedikit-sedikit sambil terus memukul.
4. Masukkan asen vanilla. Gaul rata.
5. Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan dgn spatula.
6. Bancuh serbuk koko dgn air dan tuang ke dalam adunan. Kaup balik adunan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 175 C hingga masak.

Bahan-bahan Kek Oren :
120 gm butter
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri(tambah 1 1/2 tsp baking pwdr jika guna tepung gandum)
1/4 cawan susu segar
2 TBSP pati oren sunquick(kordial sunquick tu...)
Parutan kulit sebiji oren sunquick

Cara :
1. Butter dan gula dipukul hingga kembang.
2. Pada kelajuan maksima, masukkan telur 1 per 1.
3. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang-seli dengan susu.
4. Masukkan pati oren sunquick dan juga parutan kulit oren. Gaul rata.
5. Bakar pada suhu 175 C hingga kek masak.

CARA MEMBUAT KEK SANDWICH COKLAT OREN :

1. Keluarkan kek coklat dari loyang.

2. Sapukan permukaannya dengan buttercream.

3. Tindihkan kek oren ke atas kek coklat tadi.

4. Hiaslah kek mengikut kesukaan masing-masing.

Friday, 1 October 2010

AWARD DARI KAK INA






Hai! Ni sebenarnya award yang kak Ina dah beri lama dulu. Cuma baru sekarang dapat bawak balik ke rumah sendiri... Sorry ye kak Ina.. Bukan tak sudi. Teringin sangat pun nak angkut pemberian orang ni tapi apakan daya, saya budak baru belajar. Ni ada masa lama sikit menggodek komputer masa si kecil tidur, tu yang dah jumpa cara nak angkut ni.. Rupanya kena pakai lori lah..hehehe:)
Anyway thanks ye kak Ina.. Love U..


a) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD


Okey dah!


(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI



.(c) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5. KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...

(1) FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU :

1. Angah- Family from my side

2. Naz- Family from my hubby side

3. Naz- All my friends

4. Ummi- Anak-anak tersayang

5. Ayang- Sometimes (sudah semestinya my hubby laaaa)

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :

1. 11 Jun - Wedding anniversary

2. 17 Ogos - Birthday Hubby

3. 6 Mei - Birthday my 1st child (Mohd.Haris)

4. 22 Julai - Birthday my 2nd child (Maizatul Husna)

5. 10 Mei - Birthday my 3rd child (Maisarah Hani)

Banyak lagi tarikh penting sebenarnya..tapi syarat nk 5 jer kan..


(3) FIVE THINGS YOU DID YESTERDAY :

1. Basuh kain baju

2. Masak untuk famili

3. Tengok tv

4. Gosok baju sekolah anak-anak 

5. Outing dgn famili

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY :

1. Dapat melelapkan mata seketika ketika penat

2. Makan makanan yang sedap ketika lapar

3. Jogging

4. Day out with hubby

5. Bertafakur dan mengingati Allah


(5) FIVE FAVOURITE MOVIES :
1. Click

2. Dil Hai Tumhara

3. Toy story (semua sekali)

4. Badshah

5. Yes boss


(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES :

1. Cooking

2. Blogging

3. Jogging

4. Reading magazine and malay novels

5. Jalan-jalan

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE : yang ada sekarang

1. Encik Hubby

2. My kids

3. Parents and siblings

4. Kawan-kawan yang menyenangkan hati

5. Aunty & uncle hubby yg baik2 belaka


(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION :

1. Kuantan, Pahang

2. Penang

3. KL(sebab jarang dpt pergi)

4. Mana-mana taman tema air

5. Perth

(9) FIVE REASONS YOU ANSWERED THE SURVEY :
1. Sebab dah diamanahkan.
2. Sebab dah dapat award.
3. Sebab soalannya pun bukan susah.
4. Sebab ada masa. 
5. Sebab dah lama tertangguh.

(10) FIVE PERSON TO TAG :
 Tak nak tag sesiapalah..Tapi pada sesiapa yang sudi nak amik award tu, dipersilakan..