Tuesday, 31 August 2010

PUDING CENDOL



Hmmm... masuk ni dah kali yang ke berapa rasanya buat puding cendol ni. Entry dulu pun dah pernah tulis. Cuma kali ni ada sikit je perubahan yang naz buat.. Cara melapis Naz buat lapisan gula merah dulu, tunggu ia mengeras dan baru buat lapisan yang ada cendol pula. Sebabnya, Naz rasa lebih senang begini kerana bila puding telah keras sepenuhnya, bila diterbalikkan puding ke dalam pinggan, secara automatik lapisan gula merah akan berada di atas dan lapisan cendol di bahagian bawah.. Tak kisahlah.. Mana-mana pun boleh kan...
Puding ni naz buat untuk dibawa ke rumah makngah untuk berbuka puasa. Makngah jemput berbuka puasa di rumahnya dan request naz buat puding ni. Jadi inilah hasilnya.



PUDING CENDOL
Bahan-bahan
:
Lapisan Gula Merah/gula melaka :
> 600 ml air
> 250 gm gula merah/gula Melaka
> 400 ml santan pekat(guna 300 ml santan je pun ok gak)
> 10 gm serbuk agar-agar
> secubit garam

Cara:
1. Masak gula merah dengan ½ drpd 6oo ml air. Tapis.
2. Masak baki air bersama air gula tadi dan agar-agar serbuk hingga larut & mendidih.
3. Masukkan santan & biar mendidih seketika dgn api yang perlahan. Tutup api.
4. Tuang lapisan gula merah ke dalam loyang atau acuan pilihan. Biarkan beku.

Lapisan Cendol :
> 500 ml air
> 220 gm gula pasir
> 300 ml santan pekat
> 10 gm serbuk agar-agar
> 500 gm cendol
> secubit garam

Cara:
1. Air, gula pasir dan agar-agar serbuk dimasak sehingga mendidih dan larut.
2. Masukkan santan & garam. Kecilkan api & biar mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau. Tutup api.
4. Cucuk atau cakar permukaan lapisan gula merah tadi. Tuangkan adunan cendol. Biarkan mengeras sepenuhnya.

1 comment: