Thursday, 8 April 2010

KEK KURMA


Kek Kurma ini resepi asal diperolehi dari My Resipi dan penyumbangnya ialah eumora3179. Disebabkan di dalam peti ais ada sekotak kurma, jadi tu yang mencari resepi kek yang menggunakan buah kurma di dalamnya.. Jumpa beberapa resepi, tapi untuk kali ini, Naz cuba resepi yang ini dulu. Hasilnya... memang best kek ni.. Kalau tak percaya, cubalah buat menggunakan resepi ini.. Insyallah hasilnya tak mengecewakan. Hubby pun kata sedap kek kurma ini.. Anak-anak pun tak sabar nak makan selepas kek ni dikeluarkan dari oven..

Okey, resepinya di bawah ye..

KEK KURMA
Bahan-bahan
:
200 gm kurma
100 gm kismis
175 gm tepung gandum (ayak)
1 tsp baking powder (ayak)
1/2 tsp soda bicarbonate (ayak)
150 gm butter
125 gm gula halus
3 biji telur
1 tsp asen vanilla
1/2 cawan air (Naz tukar kepada susu segar)

Cara :
1. Buah kurma dibuang bijinya dan direndamkan ke dalam air/susu. Kemudian kukus seketika sehingga kurma lembut. Setelah lembut, keluarkan dari kukusan dan lenyek(tak perlu terlalu hancur..)
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu per satu dan teruskan memukul hingga kembang.
4. Tambahkan asen vanila.. gaul rata.
5. Masukkan buah kurma yang dilenyek tadi. Kacau rata hingga sebati.
6. Masukkan kismis ke dalam tepung dan kemudian masukkan tepung bersama kismis ke dalam adunan. Gaul dengan spatula hingga sebati.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah digris, dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 45 minit..

Jemput makan..


NOTA : Kek ni bila dipotong, rupanya macam kek pisang tapi rasanya lain tau..

Kismis tu pulak, kalau tak letak pun tak apa.. Naz cuma letak sikit je kismis(20 gm) sebab dah tak ada stok kismis di rumah..

5 comments:

  1. salam nazd, nmpk sedap kek kurma ni...nak cuba jugalah...thanks..

    ReplyDelete
  2. Yatie, mmg sedap kek tu..Naz pun first time cuba.. Cubalah buat.. Yatie masak semuanya sedap:)

    ReplyDelete
  3. Hai... salam... alhamdulillah.. resepi yg sya share kt myresepi Siap letak kt blog u.. btw thank u. so sya cp blik lah respi ni sbb buku respi sya smuanye hncur lebur kna banjir sudaaa... thanks again..

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan. Tq ats resepi kek kurma tu. Mmg sedap. satu kelainan. Dpt pujian

    ReplyDelete