Monday, 12 April 2010
IRISH COOKIES FOR SIL
Okey ini kira tempahan last minute dari adik ipar untuk ulang tahun perkahwinan mak dan ayahnya. Adik ipar ni duduk di KL, tapi mak dan ayah dia duduk di sini. Tu yang Naz offer diri tolong buatkan cookies utk diberi pd family dia..
Harap Anis dan family puas hati ye! Kalau cakap awal-awal, bolehlah tolong aturkan sesuatu yang lebih spesial. Tapi tak pe la kan. Yang penting ingatan dan doa dari kita sebagai anak mereka..Betul tak?
So di bawah ni kita layan gambar je. Resepi Irish Cookies ni boleh didapati di bawah label cookies/biskut.
Irish Cookies yang dah dimasukkan ke dalam container...
Dah siap dihias ringkas dengan reben...
Kebetulan masa tengah membakar cookies ni, anak yang sulung balik dari sekolah. "Ummi, besok ada jamuan di sekolah. Cikgu suruh bawa apa-apa." Kalau ikutkan anak Naz, dia minta belikan saja biskut dari pasar raya..
Jadi disebabkan tengah buat cookies nie, Naz pun buat la lebih untuk anak sulung Naz bawa ke sekolah. Cookies yang ini Naz bakar kosong saja dan bila telah sejuk, Naz paipkan coklat cair dan taburkan sugar ball di atasnya.
Irish Cookies untuk anakku...
Saturday, 10 April 2010
PENGAT DURIAN
Pengat Durian atau ada orang yang memanggilnya Serawa Durian. Sebab di sini sekarang musim durian, so tu yang buat pengat ni.. Okey resepinya di bawah ye..
PENGAT DURIAN
Bahan-bahan :
180 gm gula melaka
3 cawan air
1 cawan santan pekat
3 helai daun pandan
Beberapa ulas durian(ikut suka nak letak banyak mana)
Gula pasir(optional jika perlu, rasa kemanisan pengat dulu)
1/2 tsp garam
Cara :
1. Masak gula melaka bersama air hingga gula larut. Tapis.
2. Masukkan gula melaka yang telah larut tadi bersama durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga menggelegak.
3. Masukkan santan dan garam. Kecilkan api dan tunggu hingga mendidih tapi kena jaga tau! Jangan sampai pecah minyak, nanti tak sedap.
4. Rasa kemanisan pengat, dan tambah gula pasir sekiranya perlu.
5. Okey, dah siap. Boleh dimakan...
Boleh dimakan dengan roti...
Boleh juga dimakan dengan pulut..
Yang penting, tepuk dada, tanya selera...
Thursday, 8 April 2010
KEK KURMA
Kek Kurma ini resepi asal diperolehi dari My Resipi dan penyumbangnya ialah eumora3179. Disebabkan di dalam peti ais ada sekotak kurma, jadi tu yang mencari resepi kek yang menggunakan buah kurma di dalamnya.. Jumpa beberapa resepi, tapi untuk kali ini, Naz cuba resepi yang ini dulu. Hasilnya... memang best kek ni.. Kalau tak percaya, cubalah buat menggunakan resepi ini.. Insyallah hasilnya tak mengecewakan. Hubby pun kata sedap kek kurma ini.. Anak-anak pun tak sabar nak makan selepas kek ni dikeluarkan dari oven..
Okey, resepinya di bawah ye..
KEK KURMA
Bahan-bahan :
200 gm kurma
100 gm kismis
175 gm tepung gandum (ayak)
1 tsp baking powder (ayak)
1/2 tsp soda bicarbonate (ayak)
150 gm butter
125 gm gula halus
3 biji telur
1 tsp asen vanilla
1/2 cawan air (Naz tukar kepada susu segar)
Cara :
1. Buah kurma dibuang bijinya dan direndamkan ke dalam air/susu. Kemudian kukus seketika sehingga kurma lembut. Setelah lembut, keluarkan dari kukusan dan lenyek(tak perlu terlalu hancur..)
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu per satu dan teruskan memukul hingga kembang.
4. Tambahkan asen vanila.. gaul rata.
5. Masukkan buah kurma yang dilenyek tadi. Kacau rata hingga sebati.
6. Masukkan kismis ke dalam tepung dan kemudian masukkan tepung bersama kismis ke dalam adunan. Gaul dengan spatula hingga sebati.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah digris, dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 45 minit..
Jemput makan..
NOTA : Kek ni bila dipotong, rupanya macam kek pisang tapi rasanya lain tau..
Kismis tu pulak, kalau tak letak pun tak apa.. Naz cuma letak sikit je kismis(20 gm) sebab dah tak ada stok kismis di rumah..