Thursday, 31 December 2009
SERIMUKA PANDAN
Kali ini nak simpan resepi Serimuka Pandan pulak ke dalam blog ini. Ada juga orang yang memanggil kuih ini dengan nama Putri Salat. Apa-apa pun ini merupakan resepi yang Naz guna untuk membuat kuih ini.
SERIMUKA PANDAN
(Untuk loyang segi empat 17 cm)
LAPISAN BAWAH (PULUT)
Bahan-bahan :
1 cawan pulut
1 1/4 cawan santan cair
Secubit garam
Cara :
# Basuh pulut.
# Masukkan pulut, santan dan garam ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
# Lapik loyang lain dengan plastik .
# Masukkan pulut yang telah masak tadi. Ratakan dan tekan pulut supaya mampat dan cantik.
# Kukus semula dan tuang lapisan atas.
LAPISAN ATAS
Bahan-bahan :
1 cawan santan pekat
1/4 cawan jus pandan + sedikit pewarna hijau
1/4 cawan gula
2 TBSP tepung gandum
2 TBSP tepung kastad
1 biji telur
1/2 tsp garam
Cara :
# Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul. Tapis adunan sekiranya perlu.
# Tuang adunan perlahan-lahan ke atas pulut tadi.
# Kukus lebih kurang 30 minit. Untuk mengelakkan wap air jatuh ke atas kuih, balut penutup kukusan dengan kain.
# Biarkan kuih sejuk dulu di dalam loyang sebelum dipotong.
Nota:
* Adunan di atas cuma menghasilkan kuih dalam loyang square 17 cm saja. Jadi kalau nak buat banyak, doublekan aja adunan di atas tu.
* Jus pandan boleh digantikan dengan beberapa titis perisa pandan yang dicampurkan dengan air dan pewarna hijau bagi sesiapa yang sukar mendapatkan daun pandan. (Naz pun guna perisa pandan sebab nak try. Sedap jer..)
* Naz gunakan santan dalam kotak sebab memang dah ada di rumah..
Perisa pandan dan pewarna hijau yang Naz gunakan.
No comments:
Post a Comment