Wednesday, 25 November 2009
CUCUR UDANG SEMPOI
Resepi cucur udang ni, diletakkan di sini sebenarnya cuma sebagai simpanan koleksi resepi untuk rujukan sendiri pada masa hadapan. Manusia ni kan sering terlupa. Jadi untuk mengatasi masalah itu, saja letakkan resepi yang semua orang tau untuk membuatnya di sini.
Buat untuk minum petang anak-anak di waktu hujan-hujan ni... Makan ketika panas-panas memang menyelerakan.
CUCUR UDANG SEMPOI
Bahan-bahan :
100 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/3 cawan udang kering
Garam secukup rasa
Sedikit daun kucai (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
Air untuk membancuh adunan
Cara :
1. Udang kering direndam seketika dan dicuci. Kemudian tumbuk lumat.
2. Tepung gandum dan baking powder diayak ke dalam mangkuk. Masukkan serbuk kunyit dan garam.
3. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk lumat tadi ke dalam mangkuk adunan bersama dangan daun kucai.
4. Tambah air sedikit demi sedikit sambil membancuh adunan. Jangan terlalu cair.
5. Goreng dalam minyak di atas api sederhana.
6. Hidangkan bersama sos pilihan anda.
Terdapat pelbagai versi cara menyediakan cucur udang. Udang kering boleh digantikan dengan udang segar. Naz cuma guna udang kering sebab stok udang kering memang sentiasa ada di rumah. Yang penting seronok bila tengok makanan yang dihidangkan dimakan dengan berselera oleh orang di rumah ni sampai licin..
No comments:
Post a Comment