Thursday 15 November 2012

APAM PISANG KUKUS (RESIPI PILIHAN DIANA)

 
ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam walau di mana jua berada. Semoga dengan bermulanya tahun Hijrah yang baru ini, kita sama-sama lebih berusaha ke arah kebaikan dan ke arah keredhaan Illahi untuk dunia dan akhirat..insyallah.

Apam pisang ni antara resepi apam pisang yang selalu Naz buat. Senang dan rasa pun sedap. Tengoklah rupanya tu, montok tak? heheheee... 

Resepi apam pisang ni dah lama Naz simpan dan guna. Naz perolehi dari blog yang dah tak boleh dibuka sekarang ni iaitu blog RESIPI PILIHAN DIANA. Memang Naz banyak simpan resepi-resepi yang Naz kutip dari blog Diana ni sebab nilah antara blog yang Naz sering buka masa mula-mula kenal dunia masakan melalui internet dulu.

APAM PISANG KUKUS
SOURCE: Resipi pilihan Diana

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar) 
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak masak)
  • 4 biji telur 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh baking soda 
  • 1 cawan gula (Naz guna 3/4 cawan)
  • secubit garam 

Cara-cara: 
  1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan. 
  2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. 
  3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan pisang lecek dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega/minyak. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih. 


SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

  1. salam maal hijrah naz,
    apam pisang mmg sedap..byk jgk resepi2 apam pisang yg zila simpan..keep resepi nie jgk nnt2 leh buat..trgoda sbb nampak gebus jew:)

    ReplyDelete
  2. salam Nadz..lama kak ros tak buat kek ek pisang...apam ni mesti sedap.

    ReplyDelete
  3. naz... terliur tgk apam pisang ni, lama x makan kuih ber apam he he

    ReplyDelete
  4. slm Maal Hijrah ye kak...

    iye..memang gebu sungguh apam pisang tu...suka yg bentuk love...hehaiii geram nak gigit je hihihi

    ReplyDelete
  5. tengok apam pisang akak yg gebu tu...
    baru teringat mas dah lama tak buat apam..
    sedapppnya

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam naz...
    alhamdullillah.. baby ni kalau tendang2 slowmotion je rasanya... sopan santun gitu.. hehee.. nak pegang pun tak bape nak rasa dgn tangan... :)
    sini cuaca tadi mcm mendung nak hujan... tapi skrg dekat kul 3 pun lom hujan.. dok standby gak ni.. kot2 nak angkat kain.. ehehehe..
    :) dah lunch naz? masak per tadi?

    ReplyDelete
  7. sedapnye Naz nengok apam pisang ni, suka tgk yg brurat2 banyak..

    ReplyDelete
  8. dh try buat.. menjadi, tp step kt ats tuh x lgkp.

    ReplyDelete
  9. To Yazlin Izati:
    Thanks sbb maklumkan. Aahh teringgal step masa masaukkan pisang lenyek tu. Dah edit.. tq again!

    ReplyDelete
  10. Telur ngan gula perlu pukul sampai kembang ke?

    ReplyDelete
  11. to Salhah Suhot:
    Nadz pukul sampai berbuih telur dgn gula tu...

    ReplyDelete
  12. Akak..apa Mksd kukusan tu kena panaskan dlu?

    ReplyDelete
  13. Nurul, maksud kukusan kena panaskn dulu tu, ialah panaskan air dlm pengukus yg kt bahagian bawah sekali tu sampai menggelegak sblm letak adunan apam utk dikukus dlm periuk kukusan.

    ReplyDelete
  14. Knp kek pisang sy berwarna coklat pucat tidak coklat gelap

    ReplyDelete