Saturday 15 October 2011

BLUEBERRY CHEESE TART



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Cheese tart datang lagi..hehehe.. Ok, kali ni untuk filling jamnya, Naz gunakan blueberry jam. Untuk crust atau tart shell dan juga filling cream cheesenya, masih menggunakan resepi daripada kak Azita Zain lagi. 


BLUEBERRY CHEESE TART

(a) PASTRY/ TART SHELL/ CRUST
Sumber Resepi : Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN
Oleh : Naz's COSK @ ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum
Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.

(b) CREAM CHEESE FILLING




Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Masukkan inti jem blueberry ke dasar crust.
Masukkan pula adunan cream cheese menutupi jam tadi dan
buat lorekan di atas creem cheese untuk corak yang anda inginkan.




CARA MENYEDIAKAN CHEESE TART
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filing, lebih sedap!
  4. Pacitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata-rata hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis-garis kecil di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis-garis kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik).
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian tajam lidi, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minti. Siap!!


Tips untuk mendapatkan cistat yang gebu dan montok (mengikut pengalaman Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejuk beku (freezer).
  2. Keluarkan cream cheese 30 - 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh (sampai ke bahagian sisi crust).

 SELAMAT MENCUBA!

15 comments:

  1. waaahhhhhhhhhhhh
    comelnyer chese tart diaaa...
    kalau dekat nak order dah ni...
    hehehe

    ReplyDelete
  2. assalam naz, lama dh teringin nk buat cistat ni, t krim cis ada sikit je tu. cantik tart naz tu

    ReplyDelete
  3. salam naz..dh lama dok peram resepi cistat ni..nnt smpai seru bru nak buat...hihihi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum naz..
    comelnya cheese tart yg naz buat nie.. diana mmg teringin nak buat.. tp smpi skg pun x buat2 lg.. fikir pasal melorek tu terus M melanda... :D.

    ReplyDelete
  5. teringin la nak buat tart sendiri....saya sampai sekarang tak buat2 jugak sebab acu nya tak dek...hehehhe..tak tau bila nak beli....kkekeke..sedapnya..suka makan tart...:)

    ReplyDelete
  6. assalam Naz, akak cukup jeles kalau tgk org wat tart ni sbb akak wat tart ni tak pernah pass.Dulu time berjinak2 ngan myR adalah wat 3x tart telur.crust dia jd keras.Pastu terus berpatah arang huhuh

    ReplyDelete
  7. Nazjadi cantiknya boleh ambil order ni

    ReplyDelete
  8. Bila le agaknya semangat buat tat ni nak mai penang

    ReplyDelete
  9. naz dah boleh ambil tempahan ni.. cantik hasilnya.. suke ni.. yg malas nk mengentel shellnya jer tu.. klau dah ada stok shell sng jer..

    ReplyDelete
  10. salam naz,
    cantik jer tart naz tu. bundo beli shell je kat naz boleh ke. malas tul nak buat...hehe..

    ReplyDelete
  11. AAAAARGHHH Xtahan....Naz mengetart lagi..??amik tempahan ke Naz..???

    ReplyDelete
  12. Bukan main banyak loreknya tu, rajin bebeno ko, Naz. ;-)

    ReplyDelete
  13. wahh.. rajinnyer kak naz.. tun xpernah lg try buat. aritu ingat nk wat utk raya, tp terkena virus M plak. hihi

    ReplyDelete
  14. Cheese tat lagi...cantik.bilalah nak rajin cam Naz buat tat ni...malas nak buat tat shell...nak mkn rajin pula...hi..hi..

    ReplyDelete