Salam semua. Haaa.. tak payah beritahu pun, semua tentu dah tahu resepi kuih di atas tu kan. Resepi Apam Dot Dot ni tengah hangat di kalangan blogger rasanya. Naz buat malam tadi untuk sarapan pagi. Satu adunan..., mak oiiiii... banyaknya.. Hai.. Kalau ikut resepi guna acuan kuih lompang tapi memandangkan buatnya pun dah dekat pukul 12 malam, jadi Naz guna acuan muffin. Cepat sikit siapnya.. Bukan apa, acuan kuih lompang Naz sikit jer.. Jadi nak kena ulang banyak kali mengukus... Hai...pukul berapa pulak la nak tidur... Risau si kecil tu pulak kalau terjaga cari ummi dia laaaa... Okey, resepi di bawah..
Opppssss ini tambahan. Baru tahu melalui Hana, rupanya resepi ni disumbangkan oleh Kak Lily. Jadi terima kasih Kak Lily kerana sudi berkongsi resepi ni dengan blogger-blogger semua.
APAM DOT DOT
Bahan-bahan :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - (Naz kurangkan kepada 180 gm)
150 gm susu segar
3 tsp baking powder
1 tsp ovallete
1 tsp asen vanilla (Naz tambah)
Filling blueberry secukupnya (Naz gunakan juga jem strawberry)
Pewarna (ikut sukalah berapa jenis warna nak guna)
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut kesukaan.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau beg plastik yang bersih.
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan menggunakan api sederhana selama 10-15 minit.
Haaa.. yang ini ibu apam dengan anaknya... :)
Yang ibu guna acuan muffin dan yang anaknya guna acuan lompang.
Ini pun ibu apam dengan anaknya tapi anaknya tak de dot dot ...
Memang dapat banyak apam ni. Anak dara Naz siap bawak bekal pergi sekolah untuk makan dengan kawan-kawannya. Pas tu siap bungkus asing lagi untuk beri pada guru kelasnya.. Hai.. mintak-mintak okey la pada tekak gurunya tu.. Kalau tak, buat malu den yo...
alahai comelnyer apam...sesuai utk kanak2 ribena....hehehe...
ReplyDeletesalam naz.. nak mintak 2 ketui boley??? hehe... tima kasih jugak wat kak.lily sbb kongsikan resepi nih wat kite semua...
ReplyDeletelawo tul dot dot nyer tu..slalu jek lupa nak beli pewarna biru..kalau nak buat biru kot letak nila kain je nanti...hehehheee..
ReplyDelete> moklong
ReplyDeleteHahaha...mmg kalau buat apa2 di rumah ni, suka yg comel2.Biar anak2tergoda:)
> Hana
ReplyDeleteSalam Hana. Aik 2 ketul je ke?
Oooo..empunya resepi ni kak lily ye..Ye la tq pd dia sbb share resepi yg sedap, mudah, dan comel lote ni kan.
> izahdaud
ReplyDeleteAik izah..jangan izah..Kang pening lalat lak kalau guna nila kain tu hehehehhheee..
Comelnya. haha.
ReplyDeleteRasanya apam yg kecik2 ni pernah makan. Tapi kena makan byk lah, makan sikit cepat sgt habis. hehe
> Affan Ruslan
ReplyDeleteMemang pun Affan.. Kalau kecik2 apam tu mmg nampak comel jer tp bila nak makan kena makan bnyk lak ye tak..