Thursday, 17 January 2013

AYAM PERCIK KELANTAN

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nadz ni nama jer tinggal di Kelantan tapi inilah pertama kali membuat Ayam Percik Versi Kelantan ni. Nadz buat ayam percik ni semasa cuti sekolah yang lalu semasa BBQ di rumah mak di Melaka. SIL yang request untuk makan ayam percik versi kelantan ni. Katanya nak yg kuahnya tu warna putih.

Alhamdulillah... Memang kena betul resepi dengan selera adik-beradik, ipar duai serta semua anak-anak masing-masing. Budak-budak memanglah suka sangat sebab kuah percik Kelantan ni tak pedas langsung. Rasanya yang lemak-lemak tu dengan sedikit rasa manis memang suka sangatlah kanak-kanak menikmatinya.

Okey, resepi Nadz ambil dari blog kak Jie Jie yang memang pakar dalam bidang masakan. Nadz kongsikan di sini pula ye kak Jie Jie.

Inilah rupa kuah ayam percik yang telah siap.

AYAM PERCIK KELANTAN
Recipe by: Kak Jie Jie

Bahan-bahan:
  • 3 ketul dada ayam 
  • 4 cawan santan pekat 
  • 1 keping asam keping 
  • sedikit bancuhan tepung jagung( untuk segera pekatkan kuah-tapi lebih sedap kuah pekat sendiri tanpa bantuan tepung jagung) 
  • Garam secukupnya 
  • Sedikit gula( kuah ni manis sedikit aje) 


Bahan kisar:
  • 2 inci halia 
  • 4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh) 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih. 

Bahan untuk rebusan ayam:
  • 3 ulas bawang putih-dititik 
  • 1 inci halia- dihiris-hiris
  • Sedikit garam 
  • 1 keping asam keping. 
  • Air secukupnya. 

Cara-cara: 
  1. Ayam direbus separuh masak dengan bahan-bahan rebusan dan toskan (Nadz kukus 1/2 masak).
  2. Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih. 
  3. Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul. 
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. (Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan jagung.) 
  5. Apabila sudah cantik kuahnya (berkilat sikit) angkat dan ketepikan. 

Cara membakar:
  1. Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana. 
  2. Balik-balikkan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi. 
  3. Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 16 January 2013

RVC, CUSTARD LAYERED CAKE & CHOC. CHEESE TART ORDERED FROM YATI


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah masuk minggu ke 3 dalam tahun ini dan baru sekaranglah tuan rumah ni berkesempatan mengupdate blog..kih..kih..kih... Lama betul bercuti semenjak cuti sekolah dulu. Macam-macam hal sebenarnya berlaku sepanjang blog ni tak dapat diupdate. Maaf sangat-sangat kepada pengunjung yang bertandang ke sini tetapi tiada pembaharuan dalam entry..(macamlah ada orang yang buka blog ni kan...hihihii..perasan....).

Okey, banyak juga entry tertunggak sebenarnya. Cuma untuk kali ini, Nadz nak tunjukkan order yang datangnya dari Yati (rakan fb) untuk adik, Sarah serta familinya di Pasir Tumbuh. Yati ni tinggal di KL.

Jom kita lihat order dari Yati ini khas untuk birthday adiknya, Sarah yang berumur 11 tahun pada 10/01/2013 yang lepas. Cuma Yati request tempahan-tempahan ini disiapkan untuk tarikh 11/01/2013 iaitu pada hari cuti.

Yang ini KEK BALDU MERAH (red velvet cake) selaku tempahan utama dari Yati. Yati request kek yang disirami chocolate ganache di atasnya tetapi oleh kerana Yati juga request cartoon art work di atas kek, jadi chocolate ganache tu Nadz paipkan di kedua-dua lapisan dalam kek. Kalau tuang chocolate ganache tu di atas kek, hilang pula lukisan tu nanti.

Bahagian dalam RVC yang ada chocolate ganache dan juga cream cheese.


 Seterusnya KEK KASTAD KELADI (layered custard cake) tempahan dari Yati.  


Ini pula tempahan ke tiga Yati iaitu 50 pcs chocolate cheese tart untuk mengakhiri tempahannya kali ini.

Message dari Yati:  "Salam akak, ma saya ckp kek n smua yg tempah 2, sedap sgt2, hehe, time kasih.." 

Alhamdulillah... Senang dan gembira hati bila dapat feed back dari cumtomer berbunyi macam tu. Hilang terus rasa penat menyiapkan tempahan...hihihiii...

Terima kasih Yati atas kepercayaan untuk akak menyiapkan tempahan ni. Actually ini merupakan kali ke tiga Yati request untuk menempah kek dari Nadz. Cuma untuk kali pertama dan ke dua dulu, tak dapat Nadz penuhi sebab ketika tu Nadz berada di luar daerah.

So akhir kata buat kali ini, SELAMAT TAHUN BARU 2013 untuk pengunjung dan rakan-rakan semua walau pun agak terlewat ucapan ni. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lalu..InsyaAllah..