Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, 25 November 2015

ROTI BOY/ MEXICAN BUN/ PAPAROTI


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Roti boy atau Mexican bun atau pun Paparoti. Macam-macam nama ada. Nadz pernah kongsikan resepi ni dulu. Kali ini pun Nadz masih menggunakan resepi yang sama.

Cuma untuk fillingnya tu, Nadz buat double dari adunan asal sebab masa buat dulu tu, itinya macam sikit sangat. Okay, jom semak resepi.


ROTI BOY (MEXICAN BUN)
Tried by :  Nadz@ovenkecil.blogspot

Bahan-bahan (17 biji )-bergantung kepada saiz setiap roti yang anda bentukkan.

# Bahan untuk Inti # (Nadz double kan kuantiti di bawah kali ini)
  • 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 35 gram gula perang
# Bahan untuk Topping #
  • 100 gram mentega, dilembutkan
  • 80 gram gula aising, diayak
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air (boleh kurangkan kepada 2 sudu besar jika tak mahu rasa nescafe yang kuat)
  • secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur ke dalam bancuhan kopi
  • 100 gram tepung serbaguna/tepung gandum, diayak
# Bahan untuk Doh Manis #
  • 500 gram tepung roti/tepung gandum, diayak
  • 20 gram tepung susu, diayak
  • 1 such besar bread improver (Nadz tambah)
  • 75 gram gula kaster
  • 1 sudu teh)garam
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu segar tapi gunakan air)
  • 60 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara :
Cara untuk Intinya :
  1. Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. 
  2. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. 
  3. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. 
  4. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram(kali ni Nadz buat 15 gm setiap satu) dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping : 
  1. Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. 
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. 
  3. Masukkan esen kopi. 
  4. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. 
  5. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
***Nadz sediakan filling dan topping sehari sebelum menguli roti***

Cara untuk Doh Manis : 
  1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster, bread improver dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 
  2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
  3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 
  4. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. 
  5. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara untuk membuat Roti Boy : 
  1. Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. 
  2. Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). 
  3. Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. 
  4. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit di dalam suhu suam. 
  5. Pipe topping di atas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. 
  6. Bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit atau sehingga roti keperangan.
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 17 November 2015

MUSHROOM SOUP WITH GARLIC BREAD


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Mushroom soup homemade yer resepi untuk hari ini. Resepi yang memang terkenal dan ramai kawan-kawan telah mencubanya. Review yang sangat baik di laman My Resipi.



MUSHROOM SOUP
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot

Bahan-bahan :
  • 1 keping dada ayam 
  • 1500 ml air (1000 ml + 500 ml)
  • 500 ml susu segar
  • 1 ketul kiub ayam (Nadz guna 2 kiub)
  • 1 tin kecil cendawan butang~dihiris 
  • Garam
  • Secubit ajinomoto (Nadz tak letak)
  • 1 cawan tepung gandum (next time boleh guna 1/2 cawan saja sebab likat sangat mushroom soup Nadz)
  • 1-2 tsp serbuk lada hitam (Nadz tambah)
Cara penyediaan : 
  1. Potong ayam kecil-kecil. Bersihkan.
  2. Masukkan 1000 ml air dan ayam ke dalam periuk. Rebus hingga masak.
  3. Masukkan susu dan kiub pati ayam. Masak guna api yang perlahan.
  4. Masukkan cendawan. 
  5. Bancuh tepung gandum dengan baki 500 ml air. Masukkan bancuhan tepung ini ke dalam periuk. Masukkan garam dan perisa. Masak dan kacau-kacau sup hingga pekat.
  6. Tutup api dapur.


GARLIC BREAD
Recipe by : Nadz @ovenkecil.blogspot

Bahan-bahan :
  • Apa-apa jenis roti yang sesuai (Nadz guna roti dari resepi INI)
  • 4 ulas bawang putih (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa)
  • 1/2 cawan butter (lembutkan pada suhu bilik)
  • Sedikit garam halus ikut keperluan
  • Daun parsley~dicincang (kalau ada yg fresh lagi bagus. Kalau tak ada guna parsley flake je)
Cara penyediaan :
  1. Tumbuk atau cincang bawang putih hingga lumat.
  2. Campurkan dengan butter, garam dan daun parsley. Gaul sebati.
  3. Belah ketulan roti tetapi jangan sampai putus dan sapukan garlic spread/ garlic butter tadi di celah-celah potongan roti.
  4. Panaskan oven 175°C. Bakar dalam oven selama 10-15 minit. 
  5. Sekiranya inginkan garlic bread yang lembut, balut roti yang telah disapu butter tadi dengan aluminium foil sebelum membakar. Tapi sekiranya suka garlic bread yang sedikit rangup, susun roti yang telah disapu butter tadi di atas loyang dan terus bakar begitu saja.
SELAMAT MENCUBA.

Monday, 16 November 2015

ROTI LEMBUT GEBU


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Lama betul tak update blog. Semangat berblogging semakin suram ni...hihihii...

Okey, kali ni nak share resepi roti yang gebu dan lembut sesuai dengan namanya. Resepi datangnya dari Anie Japri (fb) dan telah dikongsi semula oleh Mas Duniaku. Jom tengok resepi.

ROTI LEMBUT GEBU
Recipe by: Anie Japri (fb)
Source: Mas Duniaku
Tried by: Nadz@ovenkecil.blogspot.my

Bahan-bahan:
500 g tepung high protein
250 ml air peti sejuk
1 biji telur
30 g susu tepung
80 g butter/majerin
1 tsp garam
85 g gula
1 paket yis (11g)


Cara penyediaan:
a) Bread maker 
  • Masukkan semua bahan cecair ke dalam bread maker. 
  • Masukkan bahan-bahan kering.
  • Tekan set nombor 8 untuk doh. 
  • Bila siap, keluarkan doh dan bentukkan doh. Biar naik sekali ganda.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 15-20 minit. (Waktu membakar ikut perangai oven masing-masing ye).
b) Mixer (cara saya)
  • Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar perlahan biar semua bahan bercampur gaul.
  • Masukkan majerin dan uli seketika.
  • Tuang air peti sejuk sedikit-sedikit sambil terus menguli. Uli hingga doh licin dan elastik.
  • Keluarkan doh dan timbang 50 g setiap satu. Bentukkan dan letak dalam loyang yang telah dilengser majerin.
  • Biar doh naik sekali ganda (lebih kurang 45 minit - 1 jam, bergantung kpd cuaca dan suhu bilik). 
  • Panaskan oven pada suhu 150°C. Sapu atas doh dengan susu segar atau egg wash dan bakar selama 30 minit. 
  • Bila masak, keluarkan roti dan terus sapu permukaan roti dengan majerin untuk mengekalkan kelembapan.  
Roti tabur cheddar cheese

Roti tabur gula

Roti tabur parsley flake

NOTA NADZ: 
  • Nadz taburkan sebahagian doh dengan gula pasir dan sebahagian lagi dengan cheddar cheese di permukaan roti sebelum mambakar.
  • Sedikit doh Nadz tabur daun parsley untuk dibuat garlic bread.
SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...