Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 22 April 2015

BUBUR BUTIR NANGKA

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lama dah teringin nak buat bubur butir nangka. Cuma mencari-cari buah nangka, tak jumpa-jumpa pula. Kebetulan terjumpa nangka yang dah dibungkus kecil-kecil di Mydin. Terus je beli. 

Sebenarnya, membuat bubur butir nangka tidak lah sehingga wajib memerlukan buah nangka. Cuma Nadz suka masak bersama hirisan buah nangka agar rasa bubur ni nanti ada manis-manis buah nangka tu. 

Jadi mari tengok resepi mudah ni. Tiada sukatan tepat untuk bubur ni sebab boleh ikut citarasa masing-masing. Macam Nadz di rumah ni, kalau buat bubur atau pengat, kuahnya memang banyak sebab anak-anak perempuan dalam rumah ni suka makan kuahnya lebih daripada isi bubur atau pengat tu.




BUBUR BUTIR NANGKA
By: Nadz@ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan untuk butir:
  • Tepung pulut (glutinous rice flour)
  • Pewarna kesukaan
  • Secubit garam halus
  • Air secukupnya untuk menguli dan merebus butir nangka
Bahan-bahan untuk kuah:
  • 500 ml santan (adjust la ikut banyak mana kuah yang dikehendaki, I guna santan kotak je)
  • Gula secukupnya (I campur sedikit gula Melaka dengan gula pasir)
  • 1 sudu besar halba (I tak letak pun, anak-anak tak suka)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan-basuh, siatkan dan simpulkan
  • 3-4 ulas buah nangka yang telah masak-hiris ikut  
  • 3 sudu besar biji sagu-basuh, rendam seketika dan toskan 

Cara-cara penyediaan:
  1. Tepung pulut diuli dengan air yang telah dibancuh dengan garam dan pewarna pilihan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan.
  2. Panaskan air di dalam periuk. Di samping itu, sediakan satu mangkuk berisi air biasa. Apabila air mendidih, gentel doh tadi menjadi bebola-bebola lonjong dan masukkan ke dalam periuk. Apabila masak, doh tersebut akan timbul. Cedok keluar doh yang timbul dan masukkan ke dalam mangkuk lain yang berisi air yang disediakan tadi. Buat hingga habis kesemua doh direbus.
  3. Untuk kuahnya, masak santan bersama gula, garam dan daun pandan di dalam periuk. Sekiranya menggunakan gula Melaka, dinasihati agar masak dulu gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut. Kemudian tapis sebelum menggunakannya. 
  4. Apabila mendidih, kecilkan api dan masukkan butir-butir nangka tadi, buah nangka yang teah dihiris serta biji sagu. Rasakan manis bubur mengikut citarasa anda. Tutup api. 
NOTA NADZ: 
Nadz suka bubur butir nangka yang doh butir nangkanya bila digigit lembut tetapi masih kenyal-kenyal. Untuk mendapatkan bubur butir nangka dengan doh butir nangka yang lembut tetapi sedikit kenyal bila dikunyah, ikut langkah berikut:
  • Semasa proses menguli tepung pulut, jangan masukkan banyak air hingga adunan terlalu lembut. Cukup sekadar mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan boleh dibentuk.
  • Jangan biarkan bubur di atas api terlalu lama setelah doh butir nangka dimasukkan ke dalam kuah santan. Ini untuk mengelakkan doh butir nangka terlebih rebus. Nanti ia akan menjadi terlalu lembut/lembik. 
  • Walau bagaimana pun, terpulang pada citarasa masing-masing ye.
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday 14 April 2015

KEK PISANG LEMBAP TABURAN BADAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kek pisang lembap ni pernah Nadz buat dan publish kan resepinya dulu di SINI. Cuma kali ini, Nadz tambahkan taburan badam cincang di atas kek sebelum dibajar. 

KEK PISANG LEMBAP TABURAN BADAM

Bahan-bahan:

4 biji pisang emas/awak-lecek
(I used 5 biji pisang berangan)
1 cawan gula pasir (Boleh ganti gula perang, lagi sedap)
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
11/2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
(*ayak bersama)
1 sudu besar air limau nipis (I gantikan dengan cuka masakan)
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla


Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 185C api atas bawah.
  2. Sediakan loyang 4 segi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak. (I guna loyang square 8"×8").
  3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih(3-5 minit). (I guna hand mixer).
  4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.
  5. Masukkan pisang, esen dan air limau. Gaul sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar di dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
*** Nadz taburkan badam cincang di permukaan kek sebelum masukkan kek ke dalam oven.***



SELAMAT MENCUBA.
KALAU MALAS NAK BUAT, BOLEH ORDER SAHAJA 
DENGAN NADZ.
Pm di 012 6
467509
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...